Loceng
Loceng (disebut [lo.céng],[1] Jawi: لوچيڠ Mal., Sin. dan Bru.; juga dalam baku Indonesia: lonceng[2]) atau genta (Jawi: ݢنتا ; [gĕn.ta]) ialah sejenis alat perkusi ringkas diperbuat daripada logam ditempa, kaca atau seramik yang dilengkapi suatu bandul pemukul dalam rongganya untuk membunyikannya. Ia pernah lazim sebagai suatu alat pemberitahuan atau panggilan untuk rakyat jelata agar berkumpul mendengarkan sebarang khabar berita pengumuman atau maklumat yang dikeluarkan oleh penguasa, ia turut dipakai untuk tujuan keupacaraan baik dalam ibadah keagamaan anutan agama tertentu mahupun dalam acara rasmi.
Alat lonceng pula dapat dibezakan lanjut kepada dua jenis mengikut saiz bersesuaian tujuan tertentu dengan istilah tersendiri:
- lo[n]ceng - lebih digunakan untuk alat bersaiz kecil dipasangkan pada peralatan yang boleh dibawa pada basikal, rumah, kenderaan seperti kapal dan sebagainya.
- genta (pinjaman Sanskrit: घण्टा ghaṇṭā[3]) lebih digunakan untuk alat yang bersaiz besar dan digantung di tempat tinggi agar dapat didengari dari jauh misalnya menara jam atau menara gereja.[4]
Mekanisme
[sunting | sunting sumber]Loceng dapat menghasilkan bunyi kerana adanya gelombang yang dihasilkan kedua komponen logam (bandul dan badan loceng) ketika digoyangkan. Gelombang tersebut menggetarkan udara disekitarnya. Perambatan getaran membentuk pola rapatan dan regangan. Pola rapatan dan regangan inilah menggetarkan udara di sekitarnya dan menjalar ke segala arah.
Gelombang yang dihasilkan merambat pada frekuensi tertentu dan akan menggetarkan gegendang telinga lalu memberikan informasi dalam telinga ke otak dalam menukarkan isyarat terhantar kepada bentuk suara atau bunyi. Gelombang bunyi termasuk ke dalam gelombang longitudinal kerana penyebaran membentuk pola rapatan dan regangan seperti yang telah dijelaskan di atas. Gelombang bunyi memerlukan suatu medium dalam perebakannya.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Zaman dahulu
[sunting | sunting sumber]Alat ini dahulu pernah digunakan untuk mengkhabarkan berita kepada masyarakat dan sebagai penanda waktu. Loceng atau genta digunakan di berbagai agama di dunia sebagai penanda waktu ibadah atau sebagai bagian dari perangkat ritual. Genta digunakan antara lain dalam ritual Buddhisme dan Hinduisme. Dalam agama Buddha genta digunakan untuk menandai waktu beribadah, genta besar biasanya diletakkan di biara dan dibunyikan pada waktu-waktu tertentu. Pada agama Hindu terutamanya di Bali, genta kecil berukir wajra digunakan pedanda (pendeta) Hindu dalam ritual pemujaan.
Loceng juga digunakan oleh umat Kristian untuk memandakan waktu beribadah, biasanya dibunyikan tiga kali pada pukul 6.00 pagi, 12.00 tengahari, dan 6.00 petang mengikut waktu setempat. Loceng digunakan pertama kali dalam gereja Katolik Romawi sekitar tahun 400 Masihi, dan dianggap diperkenalkan oleh Paulinus, Uskup Nola di kota Campania, Italia. Penggunaannya menyebar luas dengan cepat dan tidak hanya digunakan untuk mengumpulkan umat ramai dalam acara keagamaan, tetapi juga sebagai peringatan ketika ada ancaman bahaya yang mendatang.
Zaman moden
[sunting | sunting sumber]Alat ini semakin lama semakin dikurangkan penggunaannya seiring berkembangnya teknologi komunikasi; namun ada juga beberapa tempat yang tetap menggunakannya untuk keperluan umum, contohnya dipakai di beberapa sekolah menandakan jam waktu pelajaran, istirahat, masuk kelas, serta mengisyaratkan pengumuman tertentu. Selain itu, loceng juga dijadikan sebagai hiasan di pohon natal, biasanya loceng hiasan ini bentuknya kecil, berwarna-warni, dan terbuat dari bahan plastik, kaca, atau aluminium.
Loceng-loceng terkenal
[sunting | sunting sumber]Genta Klang
[sunting | sunting sumber]Genta Klang ditukang pada Zaman Besi dengan tujuan dipakaikan pada gajah tunggangan, ia ditemui oleh pekerja landasan kereta api berdekatan Klang, Selangor pada tahun 1905.[5]
Loceng Cakradonya
[sunting | sunting sumber]Loceng ini sangat terkenal di daerah Aceh. Sejarah mencatat bahawa loceng cakradonya merupakan pemberian dari Laksamana Cheng Ho, seorang pemimpin armada laut China yang diutuskan Maharajanya kepada Kesultanan Samudera Pasai pada tahun 1405. Pemberian loceng ini dalam rangka mengikat hubungan persahabatan dan kerjasama antara dua kerajaan di negara yang berbeza. Loceng ini berukuran 11/2 m dan lebar 1 m. Pada sekitar tahun 1524 M, Kesultanan Pasai ditaklukkan oleh Kesultanan Aceh Darussalam, dan loceng tersebut akhirnya diangkut ke Banda Aceh[6].
Nama "Cakradonya" diberikan dari nama armada perang Sultan Iskandar Muda, yang mana cakra berarti "khabar" sedangkan donya ertinya "dunia" seiring fungsi loceng sebagai alat menyampaikan khabar termasuk isyarat perang pada masa kepemimpinan baginda sultan. Pada bahagian atas loceng ini terdapat tulisan aksara Cina dan Arab. Aksara Tionghoa yang tertulis adalah "Sing Fang Niat Toeng Juut Kat Yat Tjo", tetapi tulisan aksara tersebut sudah tidak terbaca lagi kerana sudah lapuk dimakan usia. Mulanya Loceng raksasa yang merupakan salah satu peninggalan bersejarah yang bermutu tinggi ini diletakkan di dekat Masjid Raya Baiturrahman yang terletak dalam pekarangan kompleks Istana Sultan. Namun kini Loceng Cakradonya telah dipindahkan ke Museum Aceh dan ditempatkan dalam sebuah kubah di halaman museum tersebut sejak tahun 1915. Hingga kini genta raksasa ini menjadi simbol atau icon khusus Kota Banda Aceh.
Loceng Soli Deo Gloria
[sunting | sunting sumber]Sebuah loceng besar peninggalan Belanda di Museum Fatahillah. Loceng peninggalan Belanda sejak abad 18. Pada masanya, loceng ini selalu dibunyikan sebagai petanda adanya tawanan yang akan dihukum gantung oleh Pemerintah Belanda. Di bahagian atas menara terdapat alat penggerak kuno yang kini sudah tidak berfungsi lagi. Pada alat penggerak tersebut tergantung sebuah besi semacam bandul, sedangkan loncengnya menempel di bahagian atas. Di dekat loceng ini ada sebuah besi yang dikaitkan dengan besi lainnya untuk menarik. Jika besi penarik tadi ditarik kemudian dilepas, maka besi tadi akan memukul loceng. Loceng ini akan dibunyikan untuk memanggil semua warga di dalam mahupun di luar tembok Batavia untuk menyaksikan hukuman gantung.
Loceng buatan tahun 1742 tersebut terbuat dari besi. Di masa Gubernur DKI Ali Sadikin, 1973, gedung bekas balai kota ini mengalami pemugaran besar-besaran. Namun tak ada data yang menyebutkan bahagian bagian mana saja yang sudah dipugar dan diganti dengan yang baru. Berdasarkan pada keterangan arkeolog yang juga Kepala Unit Pelaksana Teknis (UPT) Kota Tua, Candrian Attahiyyat, kemungkinan besar loceng pun ikut diganti. "Loceng yang sekarang kan kecil. Kemungkinan sudah mengalami perubahan sejak sebelum 1973, tetapi bisa juga pada saat pemugaran besar tahun 1973," ujarnya.
Dalam buku "Dari Stadhuis ke Museum", Hans Bonke dan Anne Handojo menyebutkan, tanggal 25 Januari 1707, Petronella Wilhelmina, putrri Gubernur Jenderal Joan van Hoorn (1704-1709) meletakkan batu pertama. Menara kecil dipasang di atas atap dan loceng dipasang kembali di sisi bordes. Dalam catatan lain, loceng dibikin tahun 1742, ertinya selama abad 18 saja sudah terjadi perubahan. Boleh jadi loceng kematian dibikin setelah terjadi pembunuhan ramai orang Cina pada 1740. Hukuman mati terakhir yang mengikutsertakan loceng kematian terjadi pada 1896. Tjoen Boen Tjeng dihukum gantung kerana terlibat dalam penjarahan.
Buku ini juga mencatat, setelah tahun 1870 para juru foto dari Woodbury & Page yang membuat foto-foto pertama di Batavia menunjukkan bahawa bagian depan stadhuis sudah banyak berubah dalam 20 tahun terakhir. Sayangnya perubahan yang terjadi di sepanjang abad 18, 19, hingga 20 tak tercatat secara detail.
Big Ben
[sunting | sunting sumber]Nama "Big Ben" secara tidak rasminya merujuk kepada menara jam menempatkan genta yang senama di hujung Istana Westminster, London, England; namun nama tersebut lebih tepat merujuk kepada loceng raksasa seberat 14.5 tan yang tergantung dalam puncak menara jam itu. Loceng berat tersebut akan berdentang setiap pergantian jam, yang bunyinya seringkali disebut sebagai bong oleh penduduk setempat. Menara jam empat sisi berdentang terbesar di dunia ini telah berusia 150 tahun pada tahun 2009 ini. Selama perjalanan waktu 150 tahun itu loceng Big Ben juga sempat mengalami beberapa kerosakan mekanik disebabkan oleh pendedahan kepada karat dan salji yang masih dapat diatasi. Hingga saat ini, menara jam berloceng buatan Whitechapel Bell Foundry tersebut menjadi mercu tanda terkenal se-United Kingdom.
Loceng kereta api
[sunting | sunting sumber]Kereta api wap zaman dulu menggunakan loceng yang dipasang pada lokomotif atau dipasang di belakang cerobong asap. Loceng ini dioperasikan secara manual iaitu dengan menarik pemukulnya dengan tangan. Fungsinya adalah untuk komunikasi sesama pengendali kereta dengan stesen yang menggunakan kod Morse jika terjadi sesuatu halangan di hadapan misalnya suatu mogok atau terjadi perompakan di hadapan landasan. Titik dilambangkan dengan satu kali bunyi loceng, dan garis dilambangkan dengan dua kali bunyi loceng secara berurutan kerana pada zaman dulu belum ada telefon kereta api. Sedangkan zaman sekarang, untuk kereta yang masih menggunakan loceng, loncengnya sudah digerakan secara hidraulik dan tidak menggunakan sandi morse.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Genta Raja Seongdeok, loceng terbesar di Korea.
- Loceng kapal
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "loceng". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ "lonceng". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 375. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 71.
- ^ "genta". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ Linehan, W. (1951). "Traces of a Bronze Age culture associated with Iron Age implements in the regions of Klang and the Tembeling, Malaya". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 24 (3 (156)): 1–59. JSTOR 41502997.
- ^ http://melayuonline.com/ind/encyclopedia/detail/266/cakra-donya
- Sumber utama
- Giok, Ko Sing, 1957. Riwayat Hidup K'ung Tse. Solo: Perserikatan K'ung Chiao Hui Indonesia
- Poerwadarminta, W. J. S. (1976). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.
- Mirabito, M.A.M & Morgenstern, B.L (2004). New Communication Technology: Application, policy, an Impact, Fifth Edition, Uk: Focal Press. Page 30,Chapter 12.
- Turkle, Sherry (1995). Life on The Screen: Identity in The Age of The Internet. New York: Touchstone.
- http://st-yohanesbosco.org/bosconian-detail.php?id=476&sub_id=158 Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine
- http://www.kompas.com/readkotatua/xml/2009/03/28/15460063/lonceng.pengiring.kematian
- http://files.ictpamekasan.net/bse/BS-e%20SMP_MTs/072%20IPA%208%20Saiful%20Karim/014-Bab%2013.pdf[pautan mati kekal]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Loceng di Wikimedia Commons