Pergi ke kandungan

Genggeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genggeng
Julat zaman: Zmn Trias–kini
230–0 Ma[1]
Nautilus belauensis
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Keluarga:
Nautilidae
Genus

Carinonautilus
Cenoceras
Eutrephoceras
Pseudocenoceras
Strionautilus
Allonautilus
Nautilus
† = pupus

Sinonim[2]
  • Eutrephoceratidae Miller, 1951

Genggeng (Jawi: ݢيڠݢيڠ) ialah sejenis moluska lautan pelagik dari keluarga sefalopod Nautilidae.[3] Keluarga tersebut terdiri daripada enam spesies hidup dalam dua genus, salah satu genus ini adalah Nautilus yang jenis. Semua spesies dalam keluarga moluska ini dilindungi di bawah Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.[4] Haiwan ini ditemukan di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Bentuk haiwan ini tidak berubah selama ratusan jutaan tahun dan sering dianggap sebagai "fosil hidup".

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama genggeng asalnya dipakai kepada spesies Nautilus pompilius.[5]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama keluarganya dijejak daripada bahasa Latin daripada kata bahasa Yunani ναυτίλος nautílos bermaksud "kelasi", nama ini dahulunya merujuk kepada sejenis gurita dalam genus Argonauta yang disangka menggunakan dua lengannya seperti layar.[6][7]

Keluarga Nautilidae mempunyai enam spesies yang masih hidup dan beberapa spesies yang telah pupus dalam dua genus:

Cangkerang

[sunting | sunting sumber]

Cangkerang genggeng diperbuat daripada aragonit[8] dan penuh gewang. Ia terdiri daripada dua lapisan: lapisan luar berwarna putih dengan belang jingga gelap[9] dan lapisan dalam putih yang berkilau warna-warni.

Ia melindungi organ-organnya dan membantu mengawal keapungannya melalui sebuah sistem yang mengepam gas keluar atau masuk dalam badannya seperti kapal selam.[9] Cangkerang nautilus boleh menahan tekanan dasar laut sehingga kedalaman kira-kira 800 meter. Jika nautilus menyelam lagi dalam, cangkerang tersebut akan remuk.[10]

Biji mata genggeng ringkas dan kecil yang tidak dapat melihat tajam. Ia menggunakan deria bau untuk mencari makanan dan pasangan.[11]

Mulutnya terdiri daripada paruh kuat yang mampu merenggut mangsa seperti krustasea dari batu yang dihinggap.[12]:105

  1. ^ Ward, P. D.; Saunders, W. B. (1997). "Allonautilus: A New Genus of Living Nautiloid Cephalopod and Its Bearing on Phylogeny of the Nautilida". Journal of Paleontology. 71 (6): 1054–1064. doi:10.1017/S0022336000036039. JSTOR 1306604. S2CID 87319305.
  2. ^ Cichowolski, M.; Ambrosio, A.; Concheyro, A. (2005). "Nautilids from the Upper Cretaceous of the James Ross Basin, Antarctic Peninsula". Antarctic Science. 17 (2): 267. Bibcode:2005AntSc..17..267C. doi:10.1017/S0954102005002671. S2CID 128767860.
  3. ^ "Nautilidae Blainville, 1825". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. 2024. Dicapai pada 7 September 2024.
  4. ^ "Checklist of CITES species". CITES. Dicapai pada 24 November 2022.
  5. ^ Burkill, Isaac Henry (1935). A dictionary of the economic products of the Malay peninsula. I–Z. Kuala Lumpur, Tanah Melayu: Kementerian Pertanian dan Kooperasi. m/s. 1537.
  6. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "nautĭlus or nautĭlŏs". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  7. ^ "Origin of nautilus". Dictionary.com Unabridged. 2017. Dicapai pada 15 November 2017.
  8. ^ Buchardt, B.; Weiner, S. (1981). "Diagenesis of aragonite from Upper Cretaceous ammonites: a geochemical case-study". Sedimentology. 28 (3): 423–438. Bibcode:1981Sedim..28..423B. doi:10.1111/j.1365-3091.1981.tb01691.x.
  9. ^ a b "Sea Wonder: Chambered Nautilus". Yayasan Kawasan Perlindungan Laut Kebangsaan. 21 Ogos 2021. Dicapai pada 26 November 2022.
  10. ^ Dunstan, A.J.; Ward, P.D.; Marshall, N.J. (February 2011). Solan, Martin (penyunting). "Nautilus pompilius life history and demographics at the Osprey Reef Seamount, Coral Sea, Australia". PLOS ONE. 6 (2): e16312. Bibcode:2011PLoSO...616312D. doi:10.1371/journal.pone.0016312. PMC 3037366. PMID 21347356.
  11. ^ Grasso, F.; Basil, J. (2009). "The evolution of flexible behavioral repertoires in cephalopod molluscs". Brain, Behavior and Evolution. 74 (3): 231–245. doi:10.1159/000258669. PMID 20029186. S2CID 13310728.
  12. ^ Griffin, Lawrence E. (1900). The anatomy of Nautilus pompilius. 8. Washington, D.C, Amerika Syarikat: Pejabat Pencetakan Pemerintah. doi:10.5962/bhl.title.10466. OCLC 18760979.