Pergi ke kandungan

Garry Monk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Garry Monk
Monk bermain untuk Swansea City pada tahun 2010
Maklumat peribadi
Nama penuh Garry Alan Monk[1]
Tarikh lahir (1979-03-06) 6 Mac 1979 (umur 45)[1]
Tempat lahir Bedford, England
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Swansea City (pengurus)
Kerjaya remaja
0–1995 Torquay United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1996 Torquay United 5 (0)
1996–2004 Southampton 11 (0)
1998Torquay United (pinjam) 6 (0)
1999Stockport County (pinjam) 2 (0)
2001Oxford United (pinjam) 5 (0)
2002–2003Sheffield Wednesday (pinjam) 15 (0)
2003–2004Barnsley (pinjam) 14 (0)
2004 Barnsley 3 (0)
2004–2014 Swansea City 226 (3)
Jumlah 287 (3)
Pasukan diurus
2014– Swansea City
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Garry Alan Monk (lahir 6 Mac 1979) merupakan pengurus dan bekas pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pertahanan.

Dia merupakan pengurus Swansea City dalam Liga Perdana Inggeris dan pernah bermain untuk mereka dalam empat divisyen bola sepak dari tahun 2004 sehingga tahun 2014, majoritinya sebagai kapten. Dia bermain 260 perlawanan untuk Swansea dalam semua pertandingan sepanjang sepuluh musim dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Liga 2012-13.

Karier sebagai pemain

[sunting | sunting sumber]

Awal karier

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Bedford, Bedfordshire,[1] Monk memulakan kariernya sebagai pelatih di Torquay United, membuat lima penampilan pada musim 1995–96 semasa masih menjadi pelatih. Pada akhir musim tersebut, dia berpindah ke Southampton untuk melengkapkan perantisan dan menjadi pemain profesional bersama The Saints pada bulan Mei 1997.[2]

Monk kembali ke Torquay secara pinjaman pada bulan September 1998 dan selepas kembali ke the Dell, dia dengan segera menembusi skuad utama, membuat penampilan sulungnya untuk pasukan utama ketika menentang Derby County pada 28 November 1998. Pada bulan September 1999, dia dipinjamkan ke Stockport County sebelum dipanggil semula ke pasukan utama untuk dua perlawanan pada bulan Januari 2000.[2]

Dia kemudiannya dipinjamkan ke Oxford United (pada bulan Januari 2001), tetapi dipanggil semula dari Oxford oleh Glenn Hoddle keranan krisis kecederaan pertahanan Southampton. Pada bulan Mei 2001, dia berada dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan terakhir di The Dell, menentang Manchester United dan Arsenal, kedua-duanya berakhir dengan kemenangan.[2]

Monk dipinjamkan lebih lama ke Sheffield Wednesday (dari bulan Disember 2002 sehingga 20 Mac) dengan pilihan untuk perpindahan tetap, tetapi tidak menjadi kenyataan selepas penyingkiran Wednesday ke Divisyen Dua.[2] Dia meninggalkan the Saints pada bulan Februari 2004 dan menyertai Barnsley secara perpindahan percuma, selepas dipinjamkan ke situ untuk tiga bulan lepas. Dia gagal untuk menyesuaikan diri di Oakwell tetapi menjaringkan gol pertama dalam kariernya ketika kemenangan 2-1 dalam Piala FA menentang Bristol City pada 16 Disember,[3] dan berpindah ke Swansea City secara perpindahan percuma pada bulan Jun 2004.

Swansea City

[sunting | sunting sumber]
Monk memanaskan badan untuk Swansea pada musim 2004–05

Monk membuat penampilan sulung untuk Swansea pada 7 Ogos 2004 ketika kekalahan 0–2 kepada Northampton Town di Vetch Field dalam hari pertama musim League Two.[4] Pada 4 September, dia diberi kad merah pada minit ke-84 ketika menentang Yeovil Town.[5] Monk sekali lagi dibuang padang pada 20 November ketika kekalahan 0–2 kepada Shrewsbury Town kerana menolak pengadil, Eddie Ellans pada minit ke-43.[6] Dia menerima kad merah ketiganya pada 8 Februari 2005 ketika kekalahan 0–1 kepada Mansfield Town.[7] Swansea menamatkan musim itu dengan meraih promosi ke League One.

Pada 22 November 2005, Monk menjaringkan gol pertamanya untuk Swansea ketika kemenangan 4-0 dalam Football League Trophy ke atas Rushden & Diamonds di Stadium Liberty.[8] Gol pertamanya dalam liga datang pada 14 Januari 2006 ketika seri 1–1 dengan Bradford City.[9]

Pada bulan Ogos 2006, selepas Roberto Martínez dilepaskan, ia telah diumumkan bahawa Monk telah dijadikan kapten untuk musim akan datang. Walau bagaimanapun, selepas dua perlawanan memasuki musim 2006–07, dia mengalami kecederan dan terlepas keseluruhan kempen.

Monk kembali ke pasukan pada permulaan musim 2007–08 sebagai kapten dan mengetuai the Swans untuk meraih promosi ke peringkat kedua bola sepak Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun. Monk mengangkat trofi pertamanya sebagai kapten Swansea selepas pasukan itu meraih promosi dengan muncul juara League One.[10] Dia menjaringkan satu gol pada musim itu ketika kemenangan 3–2 ke atas Leeds United.[11]

Pada musim 2008–09, Monk bergandingan dengan Ashley Williams yang ditandatangani dari Stockport County. Pada 9 Ogos, hari pembukaan musim Championship, Monk dibuang padang ketika kekalahan 0–2 kepada Charlton Athletic di The Valley.[12] Satu-satunya gol daripadanya musim itu adalah ketika kemenangan ke atas Bristol City pada 18 April 2009.[13] Dalam musim pertama mereka selepas kembali ke Championship, Swansea menduduki tempat ke-8.

Pada musim 2009–10, Swansea terlepas tempat untuk play-off Championship pada hari terakhir musim. Pada 11 Ogos, dalam pusingan pertama Piala Liga, Monk menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Brighton & Hove Albion.[14] Dua minggu kemudian, dia merupakan salah seorang daripada tiga pemain Swansea yang dibuang padang – bersama-sama Àngel Rangel dan Gorka Pintado – ketika pasukan itu kalah 1-2 selepas masa tambahan kepada Scunthorpe United dalam pusingan kedua.[15]

Musim 2010–11 bermula dengan baik dan Monk bermain setiap perlawanan sehingga mengalami kecederaan ketika menentang Colchester United dalam Piala FA pada 8 Januari 2011.[16] Dia kemudiannya kembali ke pasukan dan mengetuai the Swans untuk tempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan perlawanan akhir play-off Championship ke atas Reading. Monk kemudiannya diberi kontrak baru tiga tahun, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2014.[17]

Pada 6 Februari 2013, Monk menandatangani kontrak lanjutan setahun bersama Swansea, mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2015.[18] Monk kemudiannya memenangi trofi utama pertama dalam kariernya selepas Swansea, dibawah pengurus Michael Laudrup mengalahkan Bradford City 5-0 dalam perlawanan akhir Piala Liga 2013 di Stadium Wembley. Monk mengangkat trofi bersama-sama Ashley Williams selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63 menggantikan Ki Sung-yueng.[19]

Karier pengurusan

[sunting | sunting sumber]

Swansea City

[sunting | sunting sumber]

On 4 February 2014, Monk dilantik oleh pengerusi, Huw Jenkins sebagai pemain-pengurus sementara selepas pemecatan Michael Laudrup.[20] Perlawanan pertama di bawah kendaliannya adalah pada 8 Februari menentang Cardiff City dimana Swansea menang 3–0. Monk menjadi pengurus tetap Swansea City pada 7 Mei 2014, menandatangani kontrak 3 tahun.[21]

Dalam perlawanan pembukaan musim 2014–15, Monk membawa Swansea untuk kemenangan 2–1 ke atas Manchester United, kemenangan pertama kelab itu dalam liga di Old Trafford.[22] The Swans menyambung permulaan positif mereka pada musim itu dengan dua kemenangan di tempat sendiri ke atas Burnley dan West Brom.Monk menerima anugerah Pengurus Bulanan Barclays untuk bulan Ogos.

Pada 11 Mei 2015, Swansea merekodkan kemenangan berganda ke atas Arsenal, menjadikan the Swans hanya pasukan ketiga dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menang di tempat sendiri dan di tempat lawan ke atas Arsenal dan Manchester United dalam musim yang sama.[23][24] The Swans mengakhiri musim itu ditempat kelapan.[25]

Monk menandatangani kontrak baru tiga tahun pada bulan Julai 2015.[26]

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 31 Disember 2013.
Persembahan kelab Liga Piala Piala Liga Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Liga Piala Piala Liga Jumlah
1995–96 Torquay United Divisyen Ketiga Football League 5 0 - - 5 0
1996–97 Southampton Liga Perdana Inggeris - - - -
[1997–98 - - - -
1998–99 4 0 1 0 - 5 0
1998–99 Torquay United (pinjam) Divisyen Ketiga Football League 6 0 - - 6 0
1999–2000 Southampton Liga Perdana Inggeris 2 0 - - 2 0
1999–2000 Stockport County (pinjam) Divisyen Pertama Football League 2 0 - 2 0 4 0
2000–01 Southampton Liga Perdana Inggeris 2 0 - - 2 0
2000–01 Oxford United (pinjam) Divisyen Kedua Football League 5 0 - - 5 0
2001–02 Southampton Liga Perdana Inggeris 2 0 - 1 0 3 0
2002–03 1 0 - - 1 0
2002–03 Sheffield Wednesday (pinjam) Divisyen Pertama Football League 15 0 - - 15 0
2003–04 Southampton Liga Perdana Inggeris - - - -
2003–04 Barnsley (pinjam) Divisyen Kedua Football League 14 0 4 1 - 18 1
2003–04 Barnsley 3 0 - - 3 0
2004–05 Swansea City Football League Two 34 0 4 0 1 0 39 0
2005–06 Football League One 36a 1 - - 36 1
2006–07 2 0 - - 2 0
2007–08 32 1 3 0 2 0 37 1
2008–09 Football League Championship 40 1 3 0 3 0 46 1
2009–10 23 0 1 0 2 1 26 1
2010–11 32a 0 1 1 3 0 36 1
2011–12 Liga Perdana Inggeris 16 0 2 0 - 18 0
2012–13 11 0 - 4 1 15 1
2013–14 0 0 - 1 0 1 0
Career total 288 3 23 3 16 1 326 7

↑a  Musim 2005-06 dan 2010–11 termasuk tiga penampilan play-off.

Statistik pengurusan

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 24 Mei 2015.[27]
Pasukan Dari Ke Rekod
P M S K Menang %
Swansea City 4 Februari 2014 Sekarang &&&&&&&&&&&&&060.&&&&&060 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040.00
Swansea City
Individu
  1. ^ a b c d Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 291. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ a b c d Holley, Duncan; Chalk, Gary (2003). In That Number – A post-war chronicle of Southampton FC. Hagiology Publishing. m/s. 552–553. ISBN 0-9534474-3-X.
  3. ^ "Barnsley 2–1 Bristol City". BBC. 16 December 2003. Dicapai pada 11 March 2010.
  4. ^ "Swansea 0-2 Northampton". BBC Sport. 7 August 2004. Dicapai pada 2 May 2015.
  5. ^ "Yeovil 1-0 Swansea". BBC Sport. 4 September 2004. Dicapai pada 2 May 2015.
  6. ^ "Shrewsbury 2-0 Swansea". BBC Sport. 20 November 2004. Dicapai pada 2 May 2015.
  7. ^ "Mansfield 1-0 Swansea". BBC Sport. 8 February 2005. Dicapai pada 2 May 2015.
  8. ^ "Swansea 4-0 Rushden". BBC Sport. 22 November 2005. Dicapai pada 2 May 2015.
  9. ^ "Bradford 1-1 Swansea". BBC Sport. 14 January 2006. Dicapai pada 2 May 2015.
  10. ^ "Brighton 0-1 Swansea". BBC Sport. 3 May 2008. Dicapai pada 26 August 2014.
  11. ^ "Swansea 3-2 Leeds". BBC Sport. 29 December 2007. Dicapai pada 2 May 2015.
  12. ^ "Charlton 2-0 Swansea". BBC Sport. 9 August 2008. Dicapai pada 2 May 2015.
  13. ^ "Swansea 1-0 Bristol City". BBC Sport. 18 April 2009. Dicapai pada 2 May 2015.
  14. ^ "Swansea 3 - 0 Brighton". BBC Sport. 11 August 2009. Dicapai pada 2 May 2015.
  15. ^ "Swansea 1 - 2 Scunthorpe". BBC Sport. 25 August 2009. Dicapai pada 2 May 2015.
  16. ^ "Swansea 4–0 Colchester". BBC Sport. 8 January 2011. Dicapai pada 26 August 2014.
  17. ^ "Garry Monk agrees new Swansea City contract". BBC Sport. 9 August 2011. Dicapai pada 10 August 2011.
  18. ^ "Defender Garry Monk signs new Swansea City contract". BBC Sport. 6 February 2013. Dicapai pada 6 February 2013.
  19. ^ "Bradford 0-5 Swansea". BBC Sport. 24 February 2013. Dicapai pada 24 February 2013.
  20. ^ BBC Sport - Swansea sack Michael Laudrup and place Garry Monk in charge
  21. ^ "Monk appointed Swans' first-team manager". swanseacity.net. 7 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-08. Dicapai pada 9 May 2014.
  22. ^ Taylor, Daniel (16 August 2014). "Swansea upstage Manchester United in Louis van Gaal's Premier League bow". The Guardian. Dicapai pada 17 August 2014.
  23. ^ "Swansea 2–1 Man Utd". BBC. 21 February 2015. Dicapai pada 13 May 2015.
  24. ^ "Arsenal 0–1 Swansea". BBC. 11 May 2015. Dicapai pada 13 May 2015.
  25. ^ "Crystal Palace 1–0 Swansea City". BBC Sport. 24 May 2015. Dicapai pada 26 May 2015.
  26. ^ "Swans boss Monk signs new contract". swanseacity.net. 10 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 10 July 2015.
  27. ^ "Managers: Garry Monk". Soccerbase. Dicapai pada 16 May 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengurus Swansea City A.F.C.