Pergi ke kandungan

Full Metal Daemon: Muramasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Full Metal Daemon: Muramasa
Fail:Full Metal Daemon - Muramasa coverart.png
PembangunNitroplus
PenerbitNitroplus
ArtisNamaniku ATK
PenulisIttetsu Narahara
KomposerZIZZ
PlatformWindows
Pelepasan
  • JP: 30 Oktober 2009
  • WW: 25 Ogos 2021
GenreNovel visual
ModPemain tunggal

Full Metal Daemon: Muramasa (装甲悪鬼村正, Sōkō Akki Muramasa) adalah novel visual Jepun yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Nitroplus untuk pasaran Windows. Ia dikeluarkan di Jepun pada 30 Oktober 2009. Terjemahan bahasa Inggeris yang diterbitkan JAST USA telah dikeluarkan pada 25 Ogos 2021.[1] Permainan ini dianggap antara karya agung dalam komuniti novel visual.[1] Ia juga antara permainan yang paling berjaya terbitan JAST USA.[2]

Tsurugi (劒冑) ialah roh bernyawa yang ditempa menjadi satu set zirah perisai. Tsurugi adalah antara senjata paling berkuasa yang pernah wujud di dunia. Para penyandangnya dikenali sebagai Musha (武者) - pahlawan yang dikurniakan kuasa untuk terbang tinggi di langit dan mneghunus bilah pedang yang boleh merobek walaupun keluli.

Negara kepulauan Yamato, yang ditadbir oleh Keshogunan Rokuhara pada separuh pertama abad ke-20, mempunyai khabar angin berkenaan sebuah Musha yang menyandang zirah perisai perak, yang hanya dikenali sebagai Ginseigo, Si Bintang Perak, yang masih terbang berlegaran: sebuah tirani perak yang kejam yang tidak meninggalkan apa-apa selain kemusnahan belaka pada bangkitnya ia, membunuh segala-galanya di laluannya tanpa perbezaan.

Tanpa diketahui oleh umum, hanya ada seorang Musha yang mampu menentang syaitan perak ini. Seorang lelaki yang sentiasa sendiri, menyandang Tsurugi merah, mengejar musuh azalinya, Si Bintang Perak, menewaskan pembunuh-pembunuh bersiri dan bala tentera Keshogunan yang cuba menghalangnya.

Walau bagaimanapun, pedangnya tidak didorong oleh murkanya sang keadilan, dan dia tidak akan pernah sesekali menggelarkan dirinya sebagai pahlawan. Kerana Tsuruginya tidak lain adalah Muramasa yang tersumpah, yang lima abad yang lalu telah membawa kehancuran kepada tanah dijejakinya, dan darah yang tidak bersalah adalah harganya untuk sebuah kekuatannya yang dahsyat.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]

Minato Kageaki

Disuarakan oleh: Takuma Terashima sebagai "Yuusuke Ishikawa"

Seorang lelaki muda yang bekerja secara rahsia di bawah arahan daripada putera raja untuk menundukkan Bintang Perak. Tsuruginya ialah Muramasa. Dalam menjalankan tugasnya, dia memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis yang bekerja sambilan untuk Jabatan Polis Kamakura; pada hari biasa, dia menghabiskan hari-harinya di dalam selnya di Rumah Tahanan Kamakura sebagai banduan yang melakukan kesalahan tak tersabit kerana melakukan pelbagai jenayah, termasuk membunuh ibunya.

Walaupun penampilan luarannya mungkin menunjukkan seseorang yang suram dan melankolik, pada hakikatnya, Kageaki adalah seorang lelaki muda yang baik hati dan jujur. Dia bertindak sebagai si bebal dari semasa ke semasa, sehingga mengejutkan rakan sejawatnya.

Disebabkan pelbagai pembunuhan yang dilakukannya di bawah pengaruh sumpahan yang menyeksakan yang dikenali sebagai "pengimbang antara baik dan jahat", dia menganggap dirinya seorang raksasa, dan pedangnya berwarna merah tua yang tersapu dengan darah orang yang tidak bersalah. Walaupun dia mahir dalam seni perang, dia sama sekali bukanlah sama sekali seorang pejuang yang handal.

Alasannya untuk menggunakan Muramasa adalah dua: pertamanya, Muramasa adalah satu-satunya Tsurugi yang mampu menahan rasuah "telur-telur" Si Bintang Perak; dan tambahannya, dia merasakan sudah menjadi kewajipannya sebagai seorang abang untuk menamatkan kekejaman adiknya. Hasrat terakhirnya setelah dia dapat mengalahkan Bintang Perak adalah untuk dihakimi dan dibunuh atas semua dosanya.

Muramasa

Disuarakan oleh: Shimazaki Haruka sebagai "Ayana Sumoto"

Generasi ketiga Seishuusengou Uemon-no-jou Muramasa. Seorang perempuan. Dia pernah ditempatkan di ruang dalam kediaman Minato, tetapi disebabkan pelbagai keadaan yang berlaku, dia mengikat kontrak dengan Kageaki. Mereka berdua kini bekerjasama sebagai sekutu dalam menghentikan Si Bintang Perak.

Badannya adalah keluli, satu ciri yang juga terpancar dengan sikap dinginnya. Walau bagaimanapun, dia lebih prihatin terhadap Kageaki, yang sangat tersiksa oleh sumpahannya. Dia menjadi Tsurugi untuk mengelakkan ibunya daripada dileburkan sebagai hukuman atas pertumpahan darah yang sangat tak terbayangkan yang dilakukan semasa peperangan Nanboku-chō ; dengan menjadi seorang Tsurugi, Muramasa harus mengawasi ibunya, dan menghalangnya sekiranya dia bangun kembali untuk membawa malapetaka. Dia juga bertindak atas rasa bersalah yang mendalam kerana ibunya, Si Bintang Perak, adalah kejadian yang sebelum ini telah memusnahkan keamanan hidup Kageaki sehari-hari. Namun, dia tidak pernah sekalipun meluahkan perasaan ini.

Walaupun dia berpegang pada prinsip "imbangan antara baik dan jahat" yang dituruti oleh ibu dan datuknya, dia juga diseksa oleh perasaan bersalah yang berterusan. Semasa dia masih orang biasa, dia adalah seorang si cantik berkulit gelap. Walau bagaimanapun, ini disebabkan tumbesaran Emishi yang pantas, dan pada hakikatnya, Muramasa jauh lebih muda daripada penampilan luarannya. Sebab ini dia kadang-kadang boleh menjadi agak naif dan kebudak-budakan. Dalam salah satu laluan permainan, dia mendapat keupayaan untuk berubah menjadi bentuk manusia sekali lagi, dan akhirnya menunjukkan sisi yang lebih beperasaan dalam dirinya.

Dia langsung tidak berpengalaman dalam soal hati. Suatu ketika, apabila Kageaki memutuskan untuk membersihkan perisainya dengan sesuka hati, dia menyangkakan ianya serangan seksual dan menangis; dan pada waktu yang lain, apabila Kageaki bergaul dengannya dengan baik, dia terlalu terkejut untuk menjawab dan terus menggeletar.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Full Metal Daemon: Muramasa telah ditulis oleh penulis senario Jepun dan pakar Ko-ryū kenjutsu [3] Narahara Ittetsu. Ia adalah permainan terakhir yang beliau tulis sebelum meninggalkan Nitroplus. [3] Sama seperti permainan terdahulunya Hanachirasu, ia juga berlatarkan sejarah alternatif, walaupun tidak berlatarkan dunia yang sama seperti Hanachirasu. Permainan ini juga dihasilkan sempena ulang tahun ke-10 Nitroplus [4] dan merupakan permainan Nitroplus pertama yang menggunakan skrin lebar serta tulisan menegak . Kumpulan muzik ZIZZ STUDIO menggubah runut bunyi untuk permainan ini, seni lukisan dikendalikan oleh NamanikuATK, reka bentuk tsurugi dihasilkan oleh Ishiwata Makoto, dan permainan ini dihasilkan dengan diketuai Digitaro dan Shima Nagare, yang juga adalah penulis senario untuk Project VERMILLION . [3]

J-List membuka prapesanan untuk Western Collector's Edition untuk permainan pada 20 Ogos 2021, menampilkan rekod runut bunyi vinil 7", buku koleksi seni, buku panduan, baju kot happi dan DVD permainan. [5]

Bersama runut bunyi, permainan ini menampilkan lagu pembukaan "MURAMASA" yang dipersembahkan oleh Masatoshi Ono, lagu sisipan UZUKI oleh VERTUEUX, dan lagu penamat "Rakuyou", "Fuel My Soul" dan "The Call", masing-masing oleh Kanako Itō, Kazuhiro Watanabe dan Yukky. Single muzik yang mengandungi lagu-lagu MURAMASA, UZUKI dan The Call telah dikeluarkan pada 18 September 2009. [6]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "GOAT Visual Novel Full Metal Daemon: Muramasa English Release Date Revealed by JAST USA". DualShockers (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-16.
  2. ^ ""J-LIST on Twitter: The #Muramasa game launch is proving to be one of the most successful in the history of @jastusa."".
  3. ^ a b c ""Full Metal Daemon: Muramasa" sequel "Project VERMILLION" is in development for PC by Muramasa staff. Ittetsu Narahara has left Nitroplus" (dalam bahasa Japanese). Automaton Media. October 30, 2019. Dicapai pada September 7, 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Secret "liner notes", unlocked after completing the game
  5. ^ ""JAST USA on Twitter: We can finally unveil the epic Collector's Edition for Full Metal Daemon Muramasa! The game will hit JAST USA Store on August 24, but in the meantime, Pre-Orders for the Collector's Edition are open"".
  6. ^ ""Full Metal Daemon: Muramasa" maxi single release confirmed!" (dalam bahasa Japanese). Nitroplus. August 21, 2009. Dicapai pada August 22, 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)