Frigat kelas Ulsan
ROKS Kyong Buk' (FF 956) berdekatan San Diego, CA
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pembina: | Hyundai Heavy Industries Co., Ltd., Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd |
Pengguna: | * Tentera Laut Republik Korea |
Selepasnya: | Tiada |
Jumlah dirancang: | 3 |
Jumlah disiapkan: | 10 |
Jumlah aktif: | 10 |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 2,350 tan |
Panjang: | 103.7m |
Lunas: | 12.5m |
Draught: | 3.8m |
Jana kuasa: | Enjin diesel CODOG 2 General Electric LM-2500, 2 MTU 538 TB 82 |
Halaju: | 34 knot |
Jarak: | 8,000 km pada 16 knot |
Anak kapal: | 186 (16 pegawai) |
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 x hangar helikopter, biasanya Westland Lynx |
Frigat Kelas Ulsan adalah sebuah frigat peluru berpandu pelbagai guna yang dibina oleh Korea Selatan. Ia kini digunakan oleh Tentera Laut Republik Korea dan Tentera Laut Bangladesh.
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Kelas Ulsan merupakan sebuah frigat ringan yang dibina oleh Hyundai Heavy Industries Co., Ltd. dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd. Frigat ini sepanjang 103.7m dan berkelajuan 34 knot. Ia mampu berlayar sejauh 8,000 batu nautika pada kelajuan 16 knot.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]Tentera Laut Republik Korea
[sunting | sunting sumber]Tentera Laut Republik Korea merupakan pengguna utama frigat kelas Ulsan. Pada waktu sekarang, ia mengoperasikan 9 buah frigat:
- ROKS Ulsan (FF 951)
- ROKS Seoul (FF 952)
- ROKS Chungnam (FF 953)
- ROKS Masan (FF 955)
- ROKS Gyeongbuk (FF 956)
- ROKS Jeonnam (FF 957)
- ROKS Jeju (FF 958)
- ROKS Busan (FF 959)
- ROKS Cheongju (FF 961)
Tentera Laut Bangladesh
[sunting | sunting sumber]Tentera Laut Bangladesh telah mentauliahkan satu-satunya frigat kelas Ulsan miliknya pada bulan Jun 2001. Ia kini merupakan frigat termoden di dalam armada Tentera Laut Bangladesh dan dinamakan sebagai BNS Bangabondu. Walau bagaimanapun, kontroversi berkaitan rasuah di dalam proses pembeliannya dan kecacatan rekabentuk menyebabkan kapal ini dilucut tauliah untuk selama beberapa tahun. Kapal ini kemudian telah ditauliah semula pada tahun 2007.
- BNS Bangabondu (F 25)