Frigat kelas Al Madinah
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Al Madinah |
Pembina: | Arsenal de Lorient, CNIM, La Seyne, Perancis |
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Arab Saudi |
Ditauliahkan: | 1985–kini |
Dirancang: | 4 |
Disiapkan: | 4 |
Aktif: | 4 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigate |
Sesaran: |
|
Panjang: | 377 ka 4 in (115.01 m) |
Lunas: | 41 m (135 ka) |
Draught: | 15 ka 4 in (4.67 m) |
Installed power: | 32,500 bhp (24,200 kW) |
Jana kuasa: | 2 aci, enjin diesel SEMT Pielstick |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 8,000 nmi (15,000 km; 9,200 bt) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph) |
Anak kapal: | 179 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × helikopter SA365F Dauphin |
Kemudahan penerbangan: | Dek dan hangar |
Kelas Al Madinah adalah sebuah siri kapal frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Arab Saudi. Kapal-kapal ini dinamakan bersempena dengan nama kota-kota di Arab Saudi. Kapal pertama, Al Madinah telah ditauliahkan pada tahun 1985, dan kapal keempat Taif telah ditauliahkan pada tahun 1986. Keempat-empat frigat kelas Al Madinah berpangkalan di Laut Merah.
Perincian
[sunting | sunting sumber]Frigat ini telah dipesan pada bulan Oktober 1980 sebagai sebahagian daripada program "Sawari". Kelas Al Madinah telah dibina di Arsenal de Marine, Lorient (Limbungan kapal kerajaan Perancis dan CNIM, La Seyne pada pertengahan tahun 1980-an), Perancis. Sesaran dengan muatan penuh adalah 2,610 tan dan ia dilengkapi dengan lapan buah peluru berpandu permukaan ke permukaan Otomat, satu unit 8-sel pelancar peluru berpandu permukaan ke udara Crotale, dengan sejumlah 26 buah peluru berpandu kesemuanya. Kapal ini juga dipasang dengan sebuah meriam 100mm/44 dua kegunaan, dua buah meriam anti pesawat 40 mm, dan empat tiub torpedo. Di bahagian belakang frigat, sebuah dek helikopter dan hangar bagi kegunaan sebuah helikopter Dauphin disediakan.[1]
Kapal-kapal dalam kelas
[sunting | sunting sumber]Kapal | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Disiapkan |
---|---|---|---|---|
702 Al Madinah | Arsenal de Lorient | 15 Oktober 1981 | 23 April 1983 | 4 Januari 1985 |
704 Hofouf | CNIM, La Seyne | 14 Jun 1982 | 24 Jun 1983 | 31 Oktober 1985 |
706 Abha | CNIM, La Seyne | 17 Disember 1982 | 23 Disember 1983 | 4 April 1986 |
708 Taif | CNIM, La Seyne | 1 Mac 1983 | 25 Mei 1984 | 29 Ogos 1986 |
Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Al Madinah". deagel.com. 7 April 2017. Dicapai pada 27 June 2017.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Gardiner, Robert, penyunting (1995). Conway's all the World's Fighting Ships 1947–1995. London: Conway Maritime. ISBN 0-85177-605-1. OCLC 34284130. Also published as Gardiner, Robert; Chumbley, Stephen; Budzbon, Przemysław (1995). Conway's all the World's Fighting Ships 1947–1995. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-132-7. OCLC 34267261.