Formasi Layang-Layang
Formasi Layang-Layang ialah sejenis formasi batuan berusia Miosen hingga Pleistosen yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penemuan endapan Tertiar Akhir di sekitar Layang-Layang dan Kluang yang terawal dijalankan oleh Burton (1964).
Kajian susulan di Layang-Layang kemudian dilakukan oleh Rajah (1986) yang kemudian memperkenalkan endapan ini sebagai Formasi Layang-Layang bersempena nama lokasi di mana ianya tersingkap.
Namun begitu, singkapan di Kluang dipetakan oleh Loh (1980) sebagai Aluvium Tua yang berkemungkinan berusia Pleistosen.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Formasi Layang-Layang berkeluasan kira-kira 61 km2 dikelilingi perbukitan yang terdiri daripada Granit Gunung Belumut, kecuali bahagian timur yang terdiri daripada batuan sedimen berusia Kapur Bawah.
Ahli Batuan, Litologi dan Sekitaran Pengendapan
[sunting | sunting sumber]Rajah (1986) membahagikan Formasi Layang-Layang kepada 2 ahli batuan iaitu Ahli Syal Badak dan Ahli Pasir Pengeli.
Ahli Batuan | Litologi dan Ciri-ciri Am | Sekitaran Pengendapan |
---|---|---|
Ahli Syal Badak |
|
Sekitaran antara gunung atau tasik |
Ahli Pasir Pengeli |
|
Sekitaran fluvium hingga delta |
Struktur
[sunting | sunting sumber]Kajian graviti oleh Vijayan (1990) menemukan struktur graben separa yang terangkum pada arah timur laut oleh sesar biasa listrik dengan tujahan minima 1 kilometer.
Usia
[sunting | sunting sumber]Penentuan terawal usia formasi ini sebagai Pliosen hingga Pleistosen dikenalpasti berdasarkan penemuan fosil-fosil palinomorf dan tumbuhan dalam Ahli Syal Badak oleh Rajah (1986).
Fosil palinomorf:
- Pinus sp.
Fosil tumbuhan:
- Illipse sp.
- Shorea sp.
- Brugulera sp.
- Rhizophora sp.
Kajian palinomorf lanjutan oleh Ahmad Munif et al. (1994) ke atas batu lumpur kelabu daripada Ahli Syal Badak menunjukkan sekitaran endapan tasik seawal usia Miosen.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Munif Koraini, Azmi Mohd. Yakzan, Uyop Said, 1994. Plynological study of outcrop samples from Layang-Layang Formation, Bandar Tenggara, Johor (Abstrak). Newsletter, Geological Society of Malaysia, 20(3), 236.
- Burton, C.K., 1964. The older alluvium of Johore and Singapore, Jour. Trop. Geog., 18, 30-42.
- Loh, C.H., 1980. Geology of the Keluang area, Sheet 124, Johore. Annual Report 1978, Geol. Survey Malaysia, 131-135.
- Raj, J.K., Abdul Hadi Abd. Rahman, Mustaffa Kamal Shuib, 1998. Tertiary basins of inland Peninsular Malaysia: review and tectonic evolution, Geological Society of Malaysia, Bulletin 42. pp.211-226.
- Rajah, S.S., 1986. The geology and mineral resources of the Gunung Belumut area, Johore. Geol. Survey Malaysia, District Memoir 19, 191p.
- Vijayan, V.R., 1990. Gravity survey of the Layang-layang tertiary basin in Johor, Peninsular Malaysia - A Preliminary report, Geological Society of Malaysia, 17(1),51-58.