Formasi Jentik
Formasi Jentik merupakan satu formasi batuan yang berusia Devon Awal sehingga Karbon Awal di Semenanjung Malaysia.
Asal-usul Nama
[sunting | sunting sumber]Formasi Jentik mula diperkenalkan oleh Meor Hakif Hassan dan Lee (2002) sebagai jujukan transisi antara Formasi Setul dan Formasi Kubang Pasu yang tersingkap dengan baik di Guar Sanai, Kampung Guar Jentik, Beseri, Perlis.
MT-JGSC (2015) meletakkan Formasi Jentik di Langkawi sebagai transisi antara Formasi Setul dan Formasi Rebak.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Formasi batuan ini tersingkap dengan baik di Guar Sanai, Kampung Guar Jentik dan di Kampung Binjal di Perlis.
Batuan Ahli Detrital Atas daripada Formasi Setul dan Lapisan Merah Langgun di Langkawi turut dimasukkan sebagai sebahagian Formasi Jentik[1].
Korelasi
[sunting | sunting sumber]Di peringkat tempatan, Formasi Jentik pada masa kini merupakan satu-satunya formasi batuan yang berusia Devon yang wujud di Blok Sibumasu yang pada masa kini membentuk sebahagian pantai barat Semenanjung Malaysia.
Formasi Jentik berkorelasi baik dengan Formasi Pa Samed yang terdapat di wilayah Satun, Thailand[2].
Formasi Jentik melapisi Ahli Mempelam Formasi Setul yang berusia Devon Awal dan dilapisi Formasi Rebak yang berusia Karbon di Pulau Langgun, Langkawi serta Formasi Kubang Pasu yang berusia Karbon di Guar Sanai.
Komposisi Batuan Dan Fosil
[sunting | sunting sumber]Meor Hakif Hassan dan Lee (2002) mengkelaskan Formasi Jentik kepada 6 unit batuan dengan memasukkan Lapisan Merah Langgun sebagai sebahagian Unit 3 [3] manakala MT-JGSC (2009) mengkelaskannya kepada 3 unit batuan[4].
Pengkelasan oleh
Meor Hakif Hassan dan Lee (2002) |
Keterangan Batuan | Pengkelasan oleh
MT-JGSC (2009, 2015) |
Fosil |
---|---|---|---|
Unit 1 (termasuk Ahli Detrital Atas Formasi Setul oleh Jones (1978)) | Batuan syal berkarbon berwarna hitam dan sedikit pelapisan berwarna perang. | Unit Bawah | Dacryoconarid-monograptid Plagiolaria |
Unit 2 | Batuan argilo-arenit berwarna cerah, berlapisan tebal batu pasir butiran halus dan sedikit syal berlapisan nipis. | Unit Tengah | - |
Unit 3 (termasuk Lapisan Merah Langgun) | Batuan argilit iaitu pelapisan batu lumpur tebal berwarna merah berselang lapis dengan batu pasir berlapisan nipis hingga sederhana. | Unit Atas | Kumpulan fosil Brakiopod-Diacoryphe-Posidonomya |
Unit 4 (Ahli Batu Kapur Sanai)[5] | Batu kapur berlapisan baik berwarna gelap. | Nautiloid kon panjang | |
Unit 5 | Batuan argilit; Batu lumpur berwarna cerah yang berubah menjadi gelap ke atas serta berselang lapis dengan rijang. | Dimasukkan sebagai sebahagian Formasi Kubang Pasu | Kumpulan fosil Brakiopod-Gastropod di lapisan bawah. |
Unit 6 (paling atas) | Batuan argilit; Lapisan tebal batu lumpur berwarna merah keperangan dan berselang lapis dengan batu pasir berlapisan sederhana. | Kumpulan fosil Trilobit-Brakiopod dalam batu lumpur. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meor Hakif Hassan and Lee Chai Peng, Stratigraphy of the Jentik Formation, the transitional sequence from the Setul Limestone to the Kubang Pasu Formation at Guar Sanai, kampung Guar Jentik, Beseri, Perlis - a prelimenary study, Department of Geology, University Malaya, Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2002.
- ^ Meor Hakif Hassan and Lee Chai Peng, Stratigraphy of the Jentik Formation, the transitional sequence from the Setul Limestone to the Kubang Pasu Formation at Guar Sanai, kampung Guar Jentik, Beseri, Perlis - a prelimenary study, Department of Geology, University Malaya, Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2002.
- ^ Meor Hakif Hassan and Lee Chai Peng, Stratigraphy of the Jentik Formation, the transitional sequence from the Setul Limestone to the Kubang Pasu Formation at Guar Sanai, kampung Guar Jentik, Beseri, Perlis - a prelimenary study, Department of Geology, University Malaya, Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2002.
- ^ The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee, MT-JGSC, Geology Of The Bukit Batu Puteh-Satun Transect Area Along Malaysia-Thailand Border, Geological Papers Volume 8, 2009
- ^ Meor Hakif Hassan and Lee Chai Peng, The Sanai Limestone Member - a Devonian limestone unit in Perlis, Department of Geology, University Malaya, Geological Society of Malaysia, Bulletin 46, May 2003.