Pergi ke kandungan

Sumber Ilhamku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Sumber Ilhamku)
Sumber Ilhamku
PengarahAziz Jaafar
PenulisAziz Jaafar
Cerita olehAziz Jaafar
Dihasilkan olehSyed Kechik Syed Mohamed
DibintangiLatif Ibrahim
Sharifah Aini
Mahmud Jun
Rosnah Abdul Rahman
Ahmad Daud
M. Rizal
Disunting olehRaja Jamaluddin
Muzik olehAhmad Nawab
Tarikh tayangan
1979
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Sumber Ilhamku merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Sumber Ilhamku diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Sumber Ilhamku mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Sharifah Aini dan ramai lagi.

Filem Sumber Ilhamku diarah oleh pengarah Aziz Jaafar pada 1979.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Nasir mahir bermain alat muzik, mencipta dan mengubah lagu lalu berpindah ke ibu kota untuk mencuba naib. Razlan dilantik untuk menguruskan pancaragam itu. Malangnya Razlan tidak amanah, semua usaha baik Nasir terbuang begitu sahaja. Razlan meradang dan mengupah samseng untuk memukul Nasir. Ketika menerima rawatan, Nasir mendapat tahu bahawa Doktor Nora adalah seorang gadis dari kampungnya dan jatuh hati padanya. Nasir kemudian bertugas sebagai pengubah lagu di Syarikat Ahmad Daud tetapi Linda tidak menyukai ciptaan Nasir. Namun bila hasil karyanya menjadi masyhur, Linda jatuh cinta pula kepada Nasir.

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Mahmud Jun)
  • Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Lagu Tema Asal Terbaik (Ahmad Nawab)
  • Festival Filem Malaysia Pertama (1980): Filem Light Drama Terbaik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]