Si Luncai (filem)
Si Luncai | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Deddy M. Borhan |
Dibintangi | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 259,327.05 |
Si Luncai merupakan sebuah filem genre komedi melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 22 Ogos 1981. Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik dan terbitan Deddy M. Borhan
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- R. Jaafar sebagai Si Luncai
- Azlina Aziz sebagai Siti Kembang
- Yahya Sulong sebagai Pak Malas
- Mahmud Jun sebagai Datuk Demang Gempa Bumi
- Normadiah sebagai Datin
- A.R. Ayappan sebagai Laba Karuppu
- Idris Hashim sebagai Pak Endut
- Tan Ting sebagai Toh Liap
- Pak Wan sebagai Wak Pun
- Sharif Babu sebagai Pembantu Demang
- Hussein Abu Hassan sebagai Sumbing
- Mokhtaruddin sebagai Panglima Sutara
- Param sebagai Khadam Luncai
- Mak Enon sebagai Nenek Kebayan
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Si Luncai seorang pengembala kambing yang lurus tetapi berhati mulia. Dia telah jatuh hati dengan anak ketua kampung akan tetapi harapannya hancur setelah pinangannya ditolak atas kedudukan pangkat dan darjat memandangkan Si Luncai hanya seorang pengembala kambing. Ketua Kampung yang tahu tentang kelurusan Si Luncai telah menyuruhnya terjun ke sungai bersama dengan sebiji buah labu. Maka Luncai pun terjun dan labu itu dijadikan sebagai pelampung untuk menyelamatkan diri. Setibanya di tebing sungai dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak. Untuk membalas balik apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung, Luncai telah menyamar menjadi seorang tukang tabib dan menyuruh Ketua Kampung bersama menteri-menteri nya pergi ke sebuah bukit untuk mencari bidadari. Maka Ketua Kampung pun pergi mencari apa yang dikatakan oleh Luncai. Kesempatan ini diambil oleh Luncai untuk mengahwini anak Ketua Kampung tersebut. Setelah berbulan-bulan mereka mencari bidadari yang tiada di bukit itu, dan setelah mengetahui sebenarnya tukang tabib itu adalah Luncai, Ketua Kampung akhirnya meminta maaf kepada Luncai kerana penghinaannya yang lalu.
Runut
[sunting | sunting sumber]- Biarkan Biarkan
Lagu : *Ahmad Nawab Penyanyi : *Deddy M Borhan, Azlina Aziz, Yahya Sulong