Masam-Masam Manis
Masam-Masam Manis | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Masam-Masam Manis (ejaan lama Masam2 Manis) merupakan sebuah filem komedi romantik Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 21 Ogos 1965. Filem Masam-Masam Manis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Masam-Masam Manis diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 21 Ogos 1965.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lodging Mak Minah. Sewaktu mengalihkan perabot di dalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan. Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Hulu Klang (yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Night Club. Bermulalah episod perkelahian antara kedua-dua orang ini. Suatu hari, Cikgu Shaari dan Norkiah menaiki bas yang sama selepas habis mengajar. Beg duit Norkiah telah dicuri oleh seorang lelaki dan peristiwa ini telah diperhatikan oleh Cikgu Shaari. Cikgu Shaari berjaya menolong Norkiah dan bermulalah bibit-bibit perkenalan mereka berdua. Prestasi Cikgu Shaari sebagai pendidik semakin bertambah baik. Mereka selalu berjumpa di Zoo Negara. Perkelahian mereka berakhir selepas mereka terpandang antara satu sama lain yang mana selama ini mereka berjiran. Cikgu Shaari dan Norkiah mengambil keputusan untuk berkahwin dan mereka masih tinggal di lodging tersebut. Cikgu Shaari menyuruh Norkiah untuk berhenti kerja tetapi kontrak nyanyian Norkiah di Silver Tortoise Night Club masih berbaki 3 bulan lagi. Pada suatu malam, Cikgu Shaari telah ditawarkan untuk merekodkan lagunya ke dalam piring hitam dengan syarat dia mesti bergandingan dengan seorang penyanyi wanita terkenal Norkiah Hanum di kelab Silver Tortoise. Cikgu Shaari telah pergi ke Silver Tortoise dan berjumpa dengan Norkiah. Alangkah kecewanya hati Cikgu Shaari yang selama ini dia telah ditipu oleh isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung. Hal ini membuatkan Rashid dan Rosnah berpakat untuk menyelamatkan rumah tangga Shaari dan Norkiah. Helah Rashid dan Rosnah berjaya lantas Shaari tewas dengan egonya lalu memaafkan dirinya dan menerima Norkiah semula sebagai isterinya. 5 tahun kemudian, Cikgu Shaari telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar sekolah dan mempunyai rumah yang besar serta keluarga yang besar dan bahagia.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Cikgu Shaari Suleiman
- Sharifah Hanim sebagai Norkiah Hanum
- Mariani sebagai Rosnah
- Mahmud Jun sebagai Rashid
- Minah Hashim sebagai Mak Minah
- Raden Sudiro sebagai Pemandu Teksi
- Chik Ahmad sebagai Ibu Norkiah
- Adik Murad sebagai Hashim (Adik Norkiah)
- Idris Hashim sebagai Mohd. Basah bin Muhammad (Guru Besar)
- Sharif Babu sebagai Peragut Beg
- Karim Latiff sebagai Encik Salleh
- Noor K.K sebagai Pengurus Kelab Malam Silver Tortoise
- Nordin bin Hanafi sebagai Ketua Darjah Kelas
- Tuan Haji Abdul Razak Ayub sebagai Ketua Murid
- Noraini Yusof sebagai Guru Besar
- Noran Nordin sebagai Hashim
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Ku Rindu Padamu" nyanyian P. Ramlee
- "Saat Yang Bahagia" nyanyian P. Ramlee & Saloma (Sharifah Hanim)
- "Dalam Air Terbayang Wajah" -nyanyian P. Ramlee & Saloma (Sharifah Hanim)
- "Perwira" nyanyian Saloma (Sharifah Hanim)
- "Ai Ai Twist" nyanyian P. Ramlee
- "Apa Guna Berjanji" nyanyian Saloma (Sharifah Hanim)
- "Hilang Terang Timbul Gelap" nyanyian Saloma (Sharifah Hanim)