Laxmana Do Re Mi
Laksamana Do Re Mi (Laxmana Do Re Mi) | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee |
Lakon layar | P. Ramlee |
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 12 Mei 1973 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Laxmana Do Re Mi (ejaan baku: Laksamana Do Re Mi) merupakan sebuah filem komedi fantasi Melayu hitam putih yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia pada tahun 1972 dan mula ditayangkan pada 12 Mei 1973 arahan P. Ramlee. Filem ini terkenal selaku filem terakhir P. Ramlee yang diterbitkan sebelum beliau meninggal dunia tidak lama kemudian pada 28 Mei, serta filem terakhir AR Tompel sebelum beliau juga turut meninggal dunia.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada pekerjaan dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buloh Betong. Puteri tersebut mengurniakan tiga hadiah untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.
Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai Laksamana. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk menjadi Laksamana. Mereka bertiga berjaya mengalahkan laksamana negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka sukarela berbakti saat diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri Fasola. Menteri Fasola merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Puncak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir. Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Menteri Fasola dengan alatan yang mereka ada. Pada mulanya mereka agak sukar untuk menewaskan Fasola kerana dia kebal, tetapi dengan bantuan Tuan Puteri Buloh Betong, Fasola mati dibunuh oleh Do menggunakan sebatang buluh runcing yang ditikam di tapak kakinya. Mereka bertiga menjaga Tuan Puteri Puncak Mahligai semalaman sebelum menghantar pulang ke Negara Pasir Dua Butir keesokkan harinya.
Keesokan harinya mereka pulang ke Negara Pasir Dua Butir. Di sana Laksamana Do, Re, Mi menuntut janjinya daripada Raja negara itu. Oleh kerana keadaan negeri itu yang belum lagi stabil, Raja Pasir Dua Butir telah menitahkan anaknya untuk pulang bersama-sama dengan laksamana bertiga ke Negara Pasir Berdengung untuk melaksanakan upacara perkahwinan. Sambil itu Raja juga berpesan kepada anaknya, ibarat tarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
Maka berangkatlah Tuan Puteri Puncak Mahligai bersama dengan laksamana bertiga pulang ke Negeri Pasir Berdengung. Tiba di sana, lain pula ceritanya. Sultan Damsyik Jani (Raja Pasir Berdengung) terpikat dengan kecantikan Tuan Puteri Puncak Mahligai. Lalu mengambilnya menjadi permaisurinya.
Laksana 'Masuk Angin Keluar Asap', itulah yang dirasai oleh laksamana bertiga. Dan sebagai raja yang adil, Sultan Damsyik Jani telah menggantikan Tuan Puteri dengan 3 orang dayang istana yang 'kononnya' dikatakan cukup cantik, cukup masak, cukup ranum dan hanya menunggu 'hari gugurnya' sahaja. Setelah melihat dayang istana itu, alangkah terperanjat mereka bertiga lantas mereka melarikan diri dari istana. Laksamana Do, Re, Mi berpendapat dayang-dayang istana itu cantik seperti buah ‘mengkudu masak’ (masam rasanya). Laksamana bertiga itu akhirnya dapat bebas akibat terkena sumpahan dari bangsi (Harmonika) ajaib dari Mi yang membuat ketiga-tiga Dayang istana itu gatal seluruh badan mereka lalu mereka meninggalkan negeri itu dengan menaiki Tikar Pandan Terbang dengan perintah, "Wahai Tikar Pandan Terbang, bawalah kami terbang kemana-mana. Zamzam Alakazam".
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Do
- AR Tompel sebagai Re
- Ibrahim Din sebagai Mi
- Dayang Sulu sebagai Puteri Puncak Mahligai
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Idris Hashim sebagai Penasihat diraja Kerajaan Pasir Dua Butir
- Noorizan sebagai Permaisuri Kerajaan Pasir Dua Butir
- C. M. Bakar sebagai Raja Kerajaan Pasir Dua Butir
- Ramli Ismail (Ramli Kechik) sebagai Perdana menteri Kerajaan Pasir Berdengung
- Osman Botak sebagai Ketua Laksamana Di Gelanggang
- Bakar Kerinting sebagai Laksamana Di Gelanggang
- Bakar M. sebagai Tuan Tanah Kedawung
- A. K. Jailani sebagai Lelaki Polis
- Mak Enon sebagai Dayang Istana
- Minah Yem sebagai Dayang Istana
- SH Zamilah sebagai Puteri Buloh Betong
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Hussein Abu Hassan sebagai Menteri Fasola (antagonis utama)
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Said Daud sebagai Tukang Gergaji Pokok
- Yusof Haslam sebagai Penonton Perlawanan
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Bujang Merempat" nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
- "Miyo Tokai no Sora Akete" nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
- "Malam Tak Bergema" nyanyian Puan Sri Saloma