Kembang Layu
Kembang Layu | |
---|---|
Pengarah | S. Kadarisman |
Penulis | S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1970 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Kembang Layu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Kembang Layu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Kembang Layu diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada 1970.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Encik Baharuddin (S. Kadarisman) seorang hartawan terkenal di Selangor, Malaysia. Beliau mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Norma (Noran Nordin), Norli (Norlia Ghani) dan Normala (Noor Azizah). Akibat anak-anak perempuannya menjalani kehidupan yang bebas menyebabkan mereka berdua telah terlanjur. Normala telah difitnah oleh Norma yang membuatkan dia diusir dari rumah. Norma juga telah disahkan mengandung anak luar nikah, ayahnya menanggung malu teramat sangat sehingga menghalau Norma keluar dari rumah. Norli juga mengambil keputusan untuk keluar dari rumah kerana dia juga telah terlanjur dengan pasangannya. Ibunya telah menjadi gila akibat tingkah laku anak-anak perempuannya. Norli telah diselamatkan oleh Inspektor Rahman dari menjadi mangsa pelacuran selepas dia ditipu oleh kekasihnya. Norli berkahwin dengan Inspektor Rahman tersebut.
Selepas beberapa bulan, Norma selamat melahirkan seorang bayi. Tetapi dia tidak sanggup untuk menjaga bayi tersebut, lalu ditinggalkannya bayi tersebut di tanah perkuburan islam. Keesokkan harinya, bayi tersebut dijumpai oleh Normala dan pasangannya lakonan (Ed Osmera) juga seorang anggota polis. Pada mulanya kehadiran bayi tersebut ke kampung tidak disukai orang ramai kerana bayi tersebut adalah anak diluar nikah. Normala akhirnya berkahwin dan mengambil anak tersebut sebagai anaknya sendiri.
Kehidupan Norma masih tidak berubah, dia bekerja sebagai pelayan dan melayan kerenah orang-orang kenamaan. Baharuddin sudah semakin uzur dan mengalami masalah pendengaran. Baharuddin teringin sangat untuk berjumpa dengan wanita yang sering menjaga dia ketika sakit. Wanita tersebut adalah anaknya, Normala. Baharuddin meminta maaf terhadap apa yang pernah dia lakukan kepada Normala.
Borhan (Hussein Abu Hassan) terus mencari Norma dan menjelaskan perkara selanjutnya kenapa dia melarikan diri beberapa tahun lepas. Borhan sebenarnya telah difitnah dan dipenjarakan di Indonesia. Selepas dibebaskan, dia berusaha mencari Norma walaupun dia sedar Norma sudah beristeri dengan seorang hartawan. Perhubungan antara Borhan dan Norma telah diketahui oleh hartawan tersebut. Borhan ketakutan tetapi hartawan tersebut menasihati Borhan agar menjauhkan dari isterinya.
Inspektor Rahman dan Norli telah berkunjung ke rumah kawan suaminya dan alangkah terkejutnya, bahawa isteri kawan suaminya adalah salah seorang kakaknya iaitu Normala. Di rumah itu jugalah, Baharuddin pun ada disitu. Baharuddin sangat gembira kerana telah bertemu dengan 2 daripada 3 orang anaknya.
Selepas Norma diceraikan, Norma berkahwin dengan Borhan. Tetapi kehidupannya lebih hancur, kerana Borhan seorang kaki judi dan panas baran. Rumah tangganya porak peranda. Borhan telah terlibat di dalam kemalangan. Borhan disahkan mengalami penyakit kelamin, siflis dan akhirnya dia disahkan telah meninggal dunia di hospital. Norma hilang arah tujuan.
Di hari ulang tahun kelahiran Baharuddin, dia sangat sedih kerana Norma tiada disisi keluarga. Baharuddin telah menyampaikan wasiat jika apa-apa terjadi pada dirinya, semua harta-hartanya diserahkan kepada waris-warisnya. Pekerja Baharuddin, telah ternampak kelibat seorang perempuan yang basah kuyup yang pengsan di luar rumah. Perempuan tersebut adalah Norma. Selepas Norma tersedar dari pengsan, Normala telah menunjukkan kalong yang ditinggalkan beberapa tahun lalu pada badan seorang bayi. Norma teringin berjumpa dengan anaknya tetapi anaknya tidak boleh menerima Norma. Norma sempat meminta maaf kepada ayahnya sebelum meninggal dunia. Akibat terlalu sedih, Baharuddin juga telah meninggal dunia.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Hussein Abu Hassan sebagai Borhan
- Ed Osmera sebagai suami Normala
- Noran Nordin sebagai Norma
- Noor Azizah sebagai Normala
- Norlia Ghani sebagai Norli
- S. Kadarisman sebagai Baharuddin
- J .B. Yusoff sebagai pembantu Baharuddin
- Ribut sebagai isteri Baharuddin
- Minah Hashim
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Lupa Daratan - L. Ramlee