Pergi ke kandungan

Darma Kesuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Darma Kesuma)
Darma Kesuma
PengarahS. Kadarisman
PenulisS. Kadarisman
Lakon layarS. Kadarisman
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1967
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Darma Kesuma merupakan sebuah filem bahasa Melayu yang diterbitkan di Singapura pada 1967. Filem Darma Kesuma diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Darma Kesuma mula ditayangkan pada 1967 di pawagam seluruh negara dan Singapura. Menampilkan S. Rosley, Hussein Abu Hassan, Normah Is, Dayang Sulu, Dinda Sumantri, Tamam Idris, Latiff Borgiba, R. Jaafar dan ramai lagi.

Filem Darma Kesuma diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada tahun 1971

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini begitu menarik dengan aksi pertarungan yang mengisahkan seorang guru silat yang buta kerana perbuatan khianat anak muridnya sendiri, Wira (Hussein Abu Hassan). Muridnya yang lain, Darma Jaya (S. Rosley) cuba menuntut bela namun ditewaskan oleh Wira sehingga tempang kakinya. Sejak itu, dia memencil diri menjadi bilal di sebuah kampung. Kemudian muncul Murba (Tamam Idris) yang berkelana mencari Darma. Rupanya, Darma adalah anak guru silat buta tersebut dan mereka bersama-sama menentang Wira. Namun tindakan terburu-buru Murba menyebabkan beliau maut ditikam Wira ketika cuba menyelamatkan tunangnya. Di akhir cerita, Darma menewaskan Wira dan bertemu kembali dengan ayahnya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]