Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) ialah sebuah festival filem di Kuala Lumpur, Malaysia, pertama kali diadakan pada bulan November-Disember 2007. Ia mempunyai program pertandingan, di mana Anugerah Perdana diberikan dalam 5 kategori kawasan: Filem Asia Terbaik, Filem Afrika Terbaik, Filem Eropah Terbaik, Filem Amerika Utara Terbaik, dan Filem Amerika Selatan Terbaik, termasuk juga Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Animasi Terbaik.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Festival Filem Dunia Kuala Lumpur
[sunting | sunting sumber]Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur mendapat permulaan pada bulan Februari 2003 apabila sekali-jalan, tiga hari Festival Filem Dunia Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh FINAS.
Tiga tahun kemudian, sebuah konsortium syarikat-syarikat hiburan mengadakan sebuah festival filem tahunan, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF),yang dianjurkan oleh FINAS.
Festival 2007
[sunting | sunting sumber]Dengan tema, "Meraikan Kepelbagaian Budaya", Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur menayangkan 50 filem dari 18 negara. Perbelanjaan festival filem ini ialah 4 juta Ringgit Malaysia.[1][2][3]
Antara peserta pertandingan ialah filem Malaysia, 1957: Hati Malaya. Penayangan perdana filem yang tidak bertanding ialah Long Road to Heaven, sebuah filem Indonesia mengenai begeboman di Bali.[4]
Festival ini diadakan dari 28 November ke 2 Disember 2007 dengan penayangan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara dan majlis Anugerah Perdana diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Festival 2008
[sunting | sunting sumber]Masih lagi mengekalkan tema "Meraikan Kepelbagaian Budaya", KLIFF ke-2 diadakan dari 26 November hingga 29 November 2008. Festival kali ini mendapat 191 penyertaan dari Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.[5]
Tayangan perdana telah diadakan untuk filem Amal dari Kanada dan Kinta dari Malaysia. Tayangan telah diadakan di Golden Screen Cinemas, Pavilion, Kuala Lumpur.[6][7]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]2007
[sunting | sunting sumber]Para juri pertandingan itu ialah U-Wei Haji Shaari dari Malaysia, Andrew Vial dari Australia, Jeff Bollow dari New Zealand, Sozo Teruoka dari Jepun dan Tikoy Aguiluz dari Filipina. Anugerahnya adalah seperti berikut:[8]
- Filem Terbaik - Sunday in Kigali (Kanada)
- Pelakon Wanita Terbaik - Fatou N’Diaye (Sunday in Kigali)
- Pelakon Lelaki Terbaik - Adel Imam (The Yacoubian Building, Mesir)
- Pengarah Terbaik - Charles Burnett (The Struggle for Liberation, Namibia)
- Lakon Layar Terbaik - American Fork (Amerika Syarikat)
- Skor Terbaik - The Struggle for Liberation (Namibia)
- Bunyi Terbaik - 1957: Hati Malaya (Malaysia)
- Sinematografi Terbaik - Not by Chance (Brazil)
- Kesan Khas Terbaik (Anugerah Merit Juri) - Transformers (Amerika Syarikat)
- Suntingan Terbaik - Raphael Nadjari (Tehilim)
- Anugerah Khas Juri - 1957: Hati Malaya
- Filem Afrika Terbaik - The Struggle for Liberation (Namibia)
- Filem Amerika Selatan Terbaik - Cyrano Fernandez (Venezuela)
- Filem Amerika Utara Terbaik - Sunday in Kigali (Kanada)
- Filem Eropah Terbaik - Tehilim (Perancis)
- Filem Asia Terbaik - One Summer with You (China)
- Dokumentari Terbaik - 4 (Australia)
- Animasi Terbaik - Upin & Ipin (Malaysia)
- Filem Pendek Terbaik - Feng (Angin) (Singapura/Australia)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 22 pics to compete in Kuala Lumpur[pautan mati kekal], Hollywood Reporter; retrieved 2007-11-30
- ^ Kuala Lumpur fest spotlights Malaysia[pautan mati kekal], Hollywood Reporter; retrieved 2007-11-30
- ^ Inaugural Kuala Lumpur film festival to screen 22 entries Diarkibkan 2007-11-25 di Wayback Machine, The Star (Malaysia); retrieved 2007-11-30
- ^ Making its debut this year, the Kuala Lumpur International Film Festival aims to put Malaysia on the international film industry map, New Straits Times; retrieved 2007-11-30
- ^ "KLIFF 2008 sasar penggiat tempatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
- ^ "Tayangan Perdana Antarabangsa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
- ^ "Tayangan Perdana Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2008-11-29.
- ^ KL fest wrapped on Sunday, Variety; retrieved 2007-12-03
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Web Rasmi Diarkibkan 2007-12-12 di Wayback Machine