Pergi ke kandungan

Fadzlan Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fadzlan Yahya (1950-2016) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Lahat selama sepenggal (1990-1995) dan mantan ADUN Pasir Bedamar selama dua penggal (1982-1990). Di peringkat parti beliau ialah mantan Naib Pengerusi DAP dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

Fadzlan Yahya
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Lahat
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului oleh Lee Kak Hoi
Digantikan oleh Lee Kon Yin
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Pasir Bedamar
Dalam jawatan
1982–1990
Didahului oleh Thee Ah Kow
Digantikan oleh Jimmy Loh Jee Mee
Maklumat peribadi
Lahir1950
Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Mati16 September 2016
(66 tahun)[1]
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
Tempat belajarUniversiti Gadjah Mada

Pemimpin Melayu dalam DAP

[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Melayu DAP yang lain ialah Ahmad Nor - Bayan Baru; Ibrahim Singgeh - Tapah Road ; Mohd Asri Othman kalah di Tapah ; Syed Ali Mohsin kalah menentang Lim Ah Lek di Pahang ; Abu Bakar Lebai Sudin kalah di Raub menentang Ng Yen Yen ; Ahmad Ton kalah di Labis ; Abdul Muluk Daud/Dharmala NS pernah menjadi Setiausaha Agung DAP.

Tasik ladam di Teluk Intan

[sunting | sunting sumber]

Pangkalan Pasir Berdamar terletak di pinggir Sungai Perak dan bersebelahan dengan pangkalan Durian Sebatang. Penduduknya ramai kaum Cina dan penduduk Melayu tinggal beberapa keluarga sahaja. Pada 1989, sebagai wakil rakyat, Fadzlan Yahya bimbang dengan keadaan Teluk Intan yang terhakis dan boleh membentuk tasik ladam. Beberapa bangunan dan likuan di tapak rekreasi di Sungai Perak rebak atau runtuh ke dalam sungai. Datu Seri Megat Junid Megat Ayob menyatakan kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk membina tambak di sekeliling Teluk Intan. Jalan Woo Saik Hong dan Jalan Keng Jooi teruk terjejas.[2]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1986 Teluk Intan Fadzlan Yahya DAP 13,709 Ong Tin Kim BN (GERAKAN) 15,152 1,443
Nadzri Bahaudin PAS 1,673
1974 Matang Fadzlan Yahya DAP 4,766 Hashim Ghazali BN (UMNO) 12,543 7,777
Tan Kok Kong PEKEMAS 639
Ng Hoe Soon KITA 498

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1990 Lahat Fadzlan Yahya DAP 9,854 BN (MCA) 9,425 429
1986 Pasir Bedamar Fadzlan Yahya DAP 10,845 Gan Loot Heng BN (GERAKAN) 7,667 3,178
1982 Fadzlan Yahya DAP BN (MCA) 2,785
1978 Chemor Fadzlan Yahya DAP 9,727 Yap Boon En BN (PPP)
1974 Changkat Jering Fadzlan Yahya DAP Ang Chin Wah BN (GERAKAN)