FELDA Gunung Bongsu
FELDA Gunung Bongsu | |
---|---|
![]() | |
Koordinat: 5°22′00″N 100°41′45″E / 5.3665320°N 100.6958556°EKoordinat: 5°22′00″N 100°41′45″E / 5.3665320°N 100.6958556°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kulim |
Mukim | Karangan |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Kulim |
• Pengurus | Wan Mohd Ali Wan Zainon |
• Ketua peneroka | Ahmad Nizar Hassan |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 09700 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
FELDA Gunung Bongsu (Jawi: فيلدا ݢونوڠ بوڠسو) , atau FELDA Projek Gunung Bongsu merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di selatan negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Karangan. Ia terletak kira-kira 270 kilometer (167.8 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Gunung Bongsu ialah 09700 Kulim.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]FELDA Gunung Bongsu dinamakan bersempena dengan kedudukannya yang terletak di kaki Gunung Bongsu. Kawasan petempatan ini dibuka pada tahun 1985 dan menerima seramai 180 orang peneroka.
Geografi
[sunting | sunting sumber]FELDA Gunung Bongsu terletak di bahagian selatan negeri Kedah. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 300 ekar (121.4 he) yang meliputi dua peringkat.[4] FELDA Gunung Bongsu berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Sri Bongsu.[4]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]FELDA Gunung Bongsu terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Gunung Bongsu terletak dalam Mukim Karangan di bahagian tenggara.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Gunung Bongsu terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kulim-Bandar Baharu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Kulim.[5]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]FELDA Gunung Bongsu dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT169 (Jalan Kelang Lama-Mahang), melalui simpang Jalan FELDA Gunung Bongsu.[4] Jarak FELDA Gunung Bongsu ke pusat bandar terdekat iaitu Kulim ialah sejauh 28.8 kilometer (17.9 bt) dan mengambil masa selama 36 minit memandu kereta.[a][6] manakala jarak FELDA Gunung Bongsu ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh 118 kilometer (73.3 bt) dan mengambil masa selama satu jam 38 minit memandu kereta.[b][6]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Gunung Bongsu termasuklah;[6]
- Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu
- Sekolah Menengah Agama Islahiah
- Klinik Desa Gunung Bongsu
- Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gunung Bongsu
- Masjid Nurul Iman Felda Gunung Bongsu
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kemajuan Tanah Mata Ayer Peringkat 1, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
- ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.