Pergi ke kandungan

Ernest Hecht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ernest Hecht

Kelahiran(1929-09-21)21 September 1929
Meninggal dunia13 Februari 2018(2018-02-13) (umur 88)
London, England
Pusat pendidikanKolej Universiti Hull
PekerjaanPenerbit, produser, dan dermawan
Terkenal keranaPengasas Souvenir Press

Ernest Hecht OBE (21 September 1929 – 13 Februari 2018)[1] ialah seorang penerbit, produser, dan dermawan. Pada tahun 1951, beliau mengasaskan Souvenir Press Ltd, iaitu salah sebuah daripada segelintir syarikat penerbitan bebas yang sangat sedikit yang tersisa di Great Britain.[2] Pada tahun 2003, beliau mendirikan Ernest Hecht Charitable Foundation ("Yayasan Kebajikan Ernest Hecht").[3] Hecht diperihalkan oleh The Bookseller sebagai "salah seorang daripada sebilangan penghijrah yang mengubah wajah penerbitan British selepas Perang Dunia Kedua bersama-sama dengan George Weidenfeld, Paul Hamlyn, dan André Deutsch",[4] dan telah digelar "yang terakhir dalam kalangan penerbit agung".[5] Beliau dianugerahi OBE dalam Senarai Kehormat Hari Keputeraan Ratu atas jasa kepada Penerbitan dan Amal Jariah pada Jun 2015.[6] Pada Ogos 2015, beliau dianugerahi penghormatan oleh Presiden Brazil dengan Darjah Rio Branco, yang dipersembahkan kepada Hecht pada sebuah upacara oleh Duta Besar Brazil di London.[7]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ernest Hecht, yang lahir pada tahun 1929 di Czechoslovakia sebagai anak lelaki kepada pengeluar pakaian Richard dan Annie Hecht,[8] tiba di Britain sebagai anak Kindertransport (pelarian Yahudi) pada tahun 1939; seingat beliau: "Di dalam kereta api ke England sebagai seorang pemuda, saya ingat [semasa saya] muntah pada salah seorang Gestapo. Ibu saya mesti takut tetapi lelaki itu berkata bahawa itu tidak mengapa kerana dia sendiri mempunyai anak juga."[2] Beliau dibawa ke tempat selamat di Wiltshire, kemudian ke Minehead, Somerset. Pada pertengahan tahun 1940-an, beliau menghadiri Quintin School di Regent Street, London (kemudian menjadi Quintin Kynaston School di Swiss Cottage),[9] dan selanjutnya menceburi Ilmu Ekonomi dan Perdagangan di Kolej Universiti Hull.[10][11]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
Souvenir Press, Great Russell Street, London

Hecht memulakan Souvenir Press pada tahun 1951 di bilik tidur beliau di pangsapuri ibu bapa beliau dengan pinjaman £250, "katil, meja, mesin tapi, dan telefon di lorong bilik", buku pertama beliau, iaitu "sebuah buku kulit lembut tentang kriket yang berjudul Len Hutton: The World's Greatest Batsman, dikarang oleh seorang rakan kolej dan diruncitkan pada dua keping syiling (sepuluh sen)."[10] Hecht berjaya membangunkan perniagaan dan menjalankan syarikat selama lebih daripada enam dekad.

Dalam pada menghasilkan pelbagai judul ganjil ("Pengarang-pengarang beliau berbagai-bagai daripada tokoh revolusi Argentina Che Guevara hingga pembabad komik daripada golongan atasan British, PG Wodehouse, daripada pengembara Kon Tiki Norway Thor Heyerdahl hingga legenda tarian tap Fred Astaire...")[12] dari sebuah pejabat yang jelas-jelas tidak kemas di Bloomsbury,[13] Hecht dipetik apabila berkata: "Sesiapa mampu mencipta senarai kesusasteraan berkelas tinggi bagi judul-judul berprestij. Ada lebih kebaikan untuk mempunyai senarai seimbang, yang merangkumi buku-buku yang menghasilkan wang dan mungkin judul-judul lebih layak yang tidak [menghasilkan wang]. Petua saya ialah bahawa tugas pertama kepada pengarang ialah mengekalkan kemampuan pembayaran."[14] Walau apa pun, beliau, yang bercirikan penyambut risiko,[5] juga mengungkapkan pandangan bahawa, sebagai penerbit: "Kita mempunyai kebebasan, dan saya terdorong untuk berkata, tugas, untuk menerbitkan buku-buku tentang minat kecil dan judul-judul yang masanya mungkin belum tiba atau gagasan-gagasan yang mencabar kebijaksanaan yang diterima."[15] Seperti yang dikatakan oleh beliau dalam temu duga dengan Matthew Engel: "Peraturan penerbitan bebas ialah bahawa tiada peraturan."[16]

Souvenir Press telah mempunyai lebih daripada 500 judul bercetak menjelang kematian Hecht pada tahun 2018 dan mempunyai judul-judul terlaris di kedua-dua belah Atlantik. Siri buku yang diterbitkan oleh Souvenir termasuk Condor Books, Human Horizons,[17] dan Independent Voices.[18] Hecht merayakan ulang tahun ke-65 syarikat itu pada April 2016.[16][19] Beliau menerbitkan lima penerima Nobel, termasuk novelis Norway Knut Hamsun dan pemuisi Chile Pablo Neruda.[20]

Hecht menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Buku British pada tahun 2001 dan beliau merupakan pengerusi Society of Bookmen.[21]

  1. ^ Katherine Cowdrey, "'Wise and witty' Ernest Hecht dies, aged 88" (dalam bahasa Inggeris), The Bookseller, 13 Februari 2018.
  2. ^ a b Tom Foot (5 Mei 2006). "Celebrating the voices which sang the changes". Camden New Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2024.
  3. ^ "Ernest Hecht" (dalam bahasa Inggeris), The Ernest Hecht Charitable Foundation.
  4. ^ Sarah Shaffi, "Swainson, Hecht, Campbell and Bond honoured by Queen" (dalam bahasa Inggeris), The Bookseller, 12 Jun 2015.
  5. ^ a b Sally Chatterton, "Who is the publisher who makes the best impression?" (dalam bahasa Inggeris), The Independent, 4 Mei 1999.
  6. ^ "Queen's birthday honours list 2015: OBE" (dalam bahasa Inggeris), The Guardian, 12 Jun 2015.
  7. ^ JusBrasil (dalam bahasa Portugis), 12 Ogos 2015.
  8. ^ "Obituary: Ernest Hecht" (dalam bahasa Inggeris), The Times, 14 Februari 2018.
  9. ^ C. S. Breslauer, "Letter: Ernest Hecht obituary" (dalam bahasa Inggeris), The Guardian, 27 Mac 2018.
  10. ^ a b Ernest Hecht, "Balancing the books" (dalam bahasa Inggeris), Logos, 19/4, 2008, hlm. 178.
  11. ^ Liz Thomson, "Ernest Hecht obituary" (dalam bahasa Inggeris), The Guardian, 19 Februari 2018.
  12. ^ Dan Carrier, "Guevara publisher Ernest Hecht joins Julia Hobsbawm and Caroline Criado-Perez in birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 3 Julai 2015 di Wayback Machine, Camden New Journal, 18 Jun 2015.
  13. ^ Valerie Grove, "Many happy returns to a publishing phenomenon" (dalam bahasa Inggeris), The Times, 22 Oktober 2011.
  14. ^ Gareth Powell, "Ernest Hecht, the great eccentric" (dalam bahasa Inggeris), Sorgai, 9 September 2014.
  15. ^ John Gulliver, "The freedom to publish and the duty to challenge" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 25 September 2015 di Wayback Machine, Camden New Journal, 27 Oktober 2011.
  16. ^ a b Matthew Engel, "Nobel prize winners and stocking fillers – 65 years in the murky waters of London publishing" (dalam bahasa Inggeris), The Guardian, 2 April 2016.
  17. ^ Human Horizons Series (Souvenir Press) - Book Series List (dalam bahasa Inggeris), publishinghistory.com. Dicapai pada 18 September 2024.
  18. ^ Independent Voices (Souvenir Press) - Book Series List (dalam bahasa Inggeris), publishinghistory.com. Dicapai pada 18 September 2024.
  19. ^ John Gulliver, "Importance of being Ernest" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 2 Jun 2016 di Wayback Machine, Camden New Journal, 14 April 2016.
  20. ^ Cowley, Jason (11 November 2000). "The last of the literary entrepreneurs". The Times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Dicapai pada 18 September 2024.
  21. ^ "Wily Ernest is still going great guns" (dalam bahasa Inggeris), Evening Standard, 25 September 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]