Pergi ke kandungan

Erich Karkoschka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Erich Karkoschka (lahir 1955) merupakan seorang pengkaji planet di Makmal Planet dan Qamari, Universiti Arizona. Beliau menemui bulan Uranus, S/1986 U 10 (kemudian dinamakan sebagai Perdita) melalui gambar yang diambil oleh kapal angkasa Voyager 2.[1]

Buku beliau yang bertajuk Atlas Langit Pencerap telah diterjemahkan dalam beberapa buah bahasa sebagai sumber kepada mereka yang berminat untuk mencerap langit.[2] Sebuah asteroid yang dikenali sebagai 30786 Karkoschka (1988 QC) telah dinamakan sempena nama beliau sebagai penghormatan kepadanya.[3]

  1. ^ "Hubble Uncovers Smallest Moons Yet Seen Around Uranus". Harian Sains. 26 September 2003. Dicapai pada 2 Mei 2008.
  2. ^ Karkoschka, Erich (1999). Atlas Langit Pencerap. Springer. ISBN 0-387-98606-5.
  3. ^ "Pelayar Pangkalan Data Jasad Kecil JPL". Dicapai pada 19 Julai 2008.