Pergi ke kandungan

Enggang pipi perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang pipi perang
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Bycanistes
Spesies:
B. cylindricus
Nama binomial
Bycanistes cylindricus
(Temminck, 1824)
Sinonim

Ceratogymna cylindricus (Temminck, 1824)

Enggang pipi perang (Bycanistes cylindricus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di Pantai Gading, Ghana, Guinea, Liberia, Sierra Leone, dan Togo. Habitat semulajadinya ialah hutan berdaun lebar lembap tropika dan subtropika, ladang, dan hutan pertumbuhan sekunder. Ia diancam oleh kemusnahan habitat, kerana kayu-kayan dituai dan hutan menjadi semakin berpecah-belah.

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Ia bersaiz besar, berukuran panjang 60 hingga 70 cm (24 hingga 28 in). Jantan berparuh kuning besar melengkung ke bawah dan bercula. Kepala, bahagian atas, dan bahagian bawahnya hitam selain daripada pipinya yang perang kemerahan serta punggung, perut, dan ekor yang putih. Betina lebih kecil tetapi sebaliknya serupa dengan jantan selain mempunyai paruh dan cula hitam.[1] Seruannya ialah tubian kuak kasar menurun "rrah...rrah...rrah...rrah" atau "rak kak kak-kak".[2]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Ia berasal dari kawasan hutan Guinea Atas di Afrika Barat tropika, julatnya termasuk Guinea selatan, Sierra Leone, Liberia, Pantai Gading, barat daya Ghana, dan Togo. Hutan-hutan tersebut ialah hutan luruh yang lembap, campuran separa malar hijau, biasanya mengandungi pelbagai spesies pokok, sebahagian daripadanya menggugurkan daunnya semasa musim kemarau. Ia juga terdapat dalam hutan pertumbuhan kedua yang matang.[1]

Ia menempuh jarak yang jauh semasa meramu di dalam hutan. Ia memakan buah-buahan dan merupakan penyebar benih yang sangat baik, yang boleh dijatuhkan sejauh 6.9 km (4.3 bt) dari asalnya. Banyak pokok hutan mempunyai biji yang besar, dan apa-apa penurunan dalam populasi burung frugivor seperti enggang pipi perang berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap penyebaran benih dan pelangjanaan hutan.[3] Ia juga memakan serangga, yang ditangkap dalam penerbangan. Ia bersarang dalam rongga pokok kira-kira 20 m (66 ka) di atas tanah, dan mungkin bergantung pada kehadiran pokok besar, hidup atau mati, sebagai tapak bersarang yang sesuai. Pembiakan mungkin tidak berlaku setiap tahun.[1]

Pemecahan hutan dan penyingkiran kayu menghalang burung tersebut daripada habitat yang diperlukan untuk mencari buah yang mencukupi. Ia merupakan salah satu spesies enggang pertama yang hilang berikutan pembalakan kayu. Banyak kawasan hutan dalam julatnya telah hilang, digantikan dengan tanah pertanian dan kelapa sawit dan ladang lain, namun ia terdapat di beberapa kawasan perlindungan.[1] Pemburuan untuk dijual sebagai burung hidup atau untuk digunakan sebagai daging belukar ialah ancaman yang ketara bagi enggang, dan kerana kadar pembiakan yang rendah, spesies seperti enggang pipi perang terdedah kepada risiko oleh amalan tersebut.[4] Atas sebab-sebab tersebut, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa telah menilai status pemuliharaan spesies tersebut sebagai "Terjejas".[1]

  1. ^ a b c d e f BirdLife International (2018). "Bycanistes cylindricus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22682585A129918692. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22682585A129918692.en. Dicapai pada 12 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 12 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Kemp, A.C.; Kirwan, G.M.; Boesman, P. (2019). "Brown-cheeked Hornbill (Bycanistes cylindricus)". Handbook of the Birds of the World Alive. Lynx Edicions, Barcelona. Dicapai pada 15 June 2019.
  3. ^ Sodhi, Navjot S.; Sekercioglu, Cagan H.; Barlow, Jos; Robinson, Scott K. (2011). Conservation of Tropical Birds. John Wiley & Sons. m/s. 2076–2077. ISBN 978-1-4443-4259-8.
  4. ^ Sodhi, Navjot S.; Sekercioglu, Cagan H.; Barlow, Jos; Robinson, Scott K. (2011). Conservation of Tropical Birds. John Wiley & Sons. m/s. 2158. ISBN 978-1-4443-4259-8.