Pengempar
Penampilan
(Dilencongkan daripada Emparan)
Emparan ialah alat yang memutarkan objek atas suatu paksi yang pegun lalu mengenakan daya kuat yang bergerak seranjangan dengan paksi tersebut. Objek-objek yang diemparkan akan diasingkan melalui pemendapan hasil pecutan emparan tersebut, di mana bahan yang berat akan termendap ke dasar tabung manakala partikel yang lebih ringan bergerak hadapan ke arah pusat emparan.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]- Di makmal: digunakan dalam pelbagai bidang saintifik bagi mengasingkan bahan-bahan ujikaji seperti ampaian, cecair darah (bagi memisahkan antara plasma dan sel darah), DNA dan sebagainya.
- Dalam kajian nuklear: untuk memperoleh isotop nuklear lebih tulen daripada bahan radioaktif mentah untuk tujuan pembangunan seperti penjanaan kuasa atau pembuatan senjata.
- Aeronautik: menguji bakal juruterbang dan angkasawan dengan kebiasaan diri terhadap daya yang lebih kuat daripada graviti biasa yang ada di Bumi, biasanya dialami daripada pecutan laju pesawat udara atau roket angkasa yang berlepas. Mekanisme ini pertama kalinya dicipta oleh saintis Jerman pada tahun 1930-an.[1] Sampel hidupan bukan manusia seperti plasma[2] atau sel[3] turut diuji dengan kaedah ini bagi memerhatikan kesan daya G yang pelbagai.
- Industri: misalnya penyingkiran air dari selut dalam rawatan air dan kumbahan, atau pemisahan lemak dalam bentuk krim dari cecair susu.
Mesin basuh juga berfungsi sebagai suatu emparan menyingkirkan air daripada muatan pakaian setelah selesainya proses pembasuhan dan pencucian.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meeker, Larry J. (1991). "Human Centrifuges in Research and Training" (PDF). Texas, Amerika Syarikat: Armstrong Laboratory. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Šperka, Jiří; Souček, Pavel; Loon, Jack J. W. A. Van; Dowson, Alan; Schwarz, Christian; Krause, Jutta; Kroesen, Gerrit; Kudrle, Vít (1 Disember 2013). "Hypergravity effects on glide arc plasma". The European Physical Journal D (dalam bahasa Inggeris). 67 (12): 261. Bibcode:2013EPJD...67..261S. doi:10.1140/epjd/e2013-40408-7. ISSN 1434-6060.
- ^ Szulcek, Robert; Bezu, Jan van; Boonstra, Johannes; Loon, Jack J. W. A. van; Amerongen, Geerten P. van Nieuw (4 Disember 2015). "Transient Intervals of Hyper-Gravity Enhance Endothelial Barrier Integrity: Impact of Mechanical and Gravitational Forces Measured Electrically". PLOS One. 10 (12): e0144269. Bibcode:2015PLoSO..1044269S. doi:10.1371/journal.pone.0144269. ISSN 1932-6203. PMC 4670102. PMID 26637177.