Pergi ke kandungan

Isotop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Isotop merupakan variasi sesuatu unsur kimia. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos ( ἴσος yang bermaksud persamaan) dan topos (τόπος yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam jadual berkala. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu unsur, namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor nukleon atau nombor jisim (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza.

Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan neutron mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu mempunyai nombor atom yang sama, tetapi nombor jisim yang berlainan.

Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.

Contoh:

  • Hidrogen-1 dengan nama isotopnya ialah Protium
  • Hidrogen-2 dengan nama isotopnya ialah Deuterium
  • Hidrogen-3 dengan nama isotopnya ialah Tritium

Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isotop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai sifat-sifat fizik iaitu ketumpatan, takat lebur, takat didih, dan lain-lain yang berbeza.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]