Pergi ke kandungan

Ekonomi Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ekonomi Austria
Mata wangEuro
Tahun fiskalKalendar tahun
Perangkaan
KDNK$395.5 bilion (2012 est.)
Pertumbuhan KDNK0.6% (2012 est.)
KDNK per kapita€36,640 (2012)
KDNK mengikut sektorpertanian: 1.7%; industri: 32.3%; servis: 65.8% (2009 est.)
Inflasi (CPI)2.6% (2012 est.)
Pekali Gini26 (2007)
Tenaga buruh4.434 juta (2012 est.)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanpertanian: 5.5%; industri: 27.5%; servis: 67% (2005 est.)
Pengangguran4.4% (September 2012)
Industri utamapembinaan, jentera, kenderaan dan alat ganti, makanan, logam, bahan kimia, kayu dan kayu pemprosesan, kertas dan papan kertas, peralatan komunikasi, pelancongan
Ked. Kemudahan Menjalankan PerniagaanKe-29
Dagangan antarabangsa
Eksport$163.1 billion (2012 est.)
Barangan yang dieksportjentera dan peralatan, kenderaan bermotor, kertas dan papan kertas, barangan logam, bahan kimia, besi dan keluli, tekstil, barang makanan
Rakan dagangan eksport utamaJerman Jerman 31.4%
Itali Itali 7.0%
Perancis Perancis 4.7%
Switzerland Switzerland 4.5%
Amerika Syarikat Amerika Syarikat 4.4% (2012 est.)
Import$170.5 billion (2012 est.)
Barangan yang diimportjentera dan peralatan, kenderaan bermotor, bahan kimia, barangan logam, minyak dan produk minyak; bahan makanan
Rakan dagangan import utamaJerman Jerman 42.1%
Itali Itali 6.6%
Switzerland Switzerland 5.1% (2012 est.)
Kewangan awam
Hutang awam74.6% of GDP (2012 est.)
Hasil negara$191.7 billion (2012 est.)
Perbelanjaan$204.1 billion (2012 est.)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Austria adalah salah satu daripada 12 negara yang terkaya di dunia dalam terma keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita. Austria juga mempunyai gaya hidup yang terbaik. Sehingga 1980an, banyak firma terbesar di Austria telah membaikkan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, penswastaan di negara ini menyebabkahan tahap cukai terlalu tinggi dan bukan hanya di Austria namun negara-negara Eropah yang lain.

Pada tahun 2004, Austria adalah negara keempat terkaya dalam Kesatuan Eropah (EU) dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita kira-kira 27,666 euro. Pertumbuhannya mampan beberapa tahun ini dengan perbezaan antara 1 hingga 33 peratus. Ternyata pasaran ekonomi sosial berkembang baik dan taraf hidupnya tinggi. Sehingga tahun 1980an, banyak firma perindustrian besar Austria di bawah milikan negara, namun kebelakangan ini penswastaan telah mengurangkan pegangan negara pada satu tahap yang mampu memberi saingan ekonomi pada negara Eropah yang lain. Pertubuhan pekerja sangat kuat di Austria dan mempunyai pengaruh besar dalam politik kerja. Selain industri pemprosesan dan pengeluaran, pelancongan antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.

Industri perlombongan di kawasan Alp menyumbang banyak sumber semula jadi seperti minyak, gas asli, zink, plumbum dan bijih besi. Industri pembuatan berkembang maju kerana kemajuan teknologi perlombongan Eropah dalam pembuatan besi. Selain itu, alam semula jadi di banjaran Alp menyediakan pemandangan menakjubkan dan sesuai bagi industri sosial seperti meluncur. Industri pelancongan turut menyumbang kira-kira 9 peratus dalam KDNK.

Sektor pertanian adalah penyumbang utama menjana kira-kira 1.7 peratus KDNK setiap tahun dengan 5.5 peratus jumlah keseluruhan tenaga kerja Austria. Industri peladangan keseluruhannya menyediakan kira-kira 80 peratus keperluan makanan domestik. Pendidikan juga salah satu bidang utama di mana berjaya mendapat pengiktirafan 13 Hadiah Nobel setakat ini.

Sejak menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1995, Austria menjalinkan hubungan rapat dengan ekonomi Eropah dan mengurangkan kebergantungan dengan ekonomi Jerman. Austria bukan ahli OPEC tetapi ibu pejabat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) terdapat di Vienna dan Austria masih menghasilkan petroleum dan gas asli. Disebabkan Austria berada di tengah Eropah, jadi ia menjadi lokasi paling sesuai bagi ibu pejabat OPEC.

  • Kembara Khazanah Austria m/s 133