Pergi ke kandungan

Ehud Barak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ehud Barak
אֵהוּד בָּרָק
Perdana Menteri Israel ke-10
Dalam jawatan
6 Julai 1999 – 7 Mac 2001
PresidenEzer Weizman Moshe Katsav
Didahului olehBenjamin Netanyahu
Digantikan olehAriel Sharon
Maklumat peribadi
Lahir (1942-02-12) 12 Februari 1942 (umur 82)
Mishmar HaSharon,
Palestin Bermandat
Parti politikParti Buruh
TandatanganTandatangan

Ehud Barak (lahir pada 12 Februari 1942) adalah seorang ahli politik Israel, mantan Perdana Menteri Israel, dan saat ini menjadi Menteri Pertahanan Israel, Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin Parti Buruh Israel .

Barak bermaksud 'petir' atau 'bersinar' dalam bahasa Ibrani.

Barak berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel 1999-2001. Selepas menang dalam pemilihan 2001, Ehud Barak memulakan kerjaya perniagaan. Pada 12 Jun 2007 dia memenangi pemilihan kepimpinan Parti Buruh. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan, menggantikan pemimpin parti Amir Peretz.

Kerjaya tentera

[sunting | sunting sumber]

Sebelum karier politiknya, beliau berkhidmat sebagai pegawai di Angkatan Pertahanan Israel. Kemudian diangkat menjadi ketua tertinggi Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Semasa Perang Yom kippur, Ehud Barak mengetuai rejimen kereta kebal menggempur juga menyelamat pasukan payung terjun Batalion 890 diketuai Yitzhak Mordechai.

Sebagai komando elit Sayeret Matkal, Ehud Barak memimpin beberapa operasi terkenal. Antaranya Operasi Isotop untuk menyelamwatkan tawanan pesawat Penerbangan Sabena 572 di Lapangan Terbang Lod pada 1972. Tahun 1973 terlibat dalam misi rahsia Operasi Pemuda Spring di Beirut di mana dia menyamar sebagai wanita dalam rancangan membunuh pemimpin PKO.

Dia juga perancang Operasi Entebbe 1976 untuk membebaskan tebusan pesawat Air France di Lapangan Terbang Entebbe, Uganda. Seterusnya terlibat dalam Operasi Bayonet sehingga terbongkarnya sel / markas Black September Palestin. Dia juga menjadi perancang pembunuhan pemimpin PLO Abu Jihad Palestin semasa Tunis Raid.