Dondang sayang
Nama asli | Dondang Sayang |
---|---|
Asal usul | Melaka , Malaysia |
Dondang Sayang | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Rujukan | 1410 |
Kawasan | Asia Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2018 (sesi 13) |
Dondang Sayang ialah sebuah seni tradisional Melayu yang masih dimainkan di Melaka oleh empat komuniti: masyarakat Melayu . Masyarakat Peranakan seperti Baba Nyonya, Cheti dan Portugis Kristang . Ia dikenali juga dengan sebuah balada cinta, yang mana lagu-lagu yang digunakan adalah untuk membangkitkan perasaan cinta dan nasihat mengenai topik tertentu seperti cinta dan kebaikan.
Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola; dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Dondang Sayang menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketara pada 29 November 2018[1].
Pantun Dondang Sayang
[sunting | sunting sumber]
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam suasana spontan yang riang dan kadang kala lucu. Pantun Baba[2] merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang.
(Pantun Baba)
Naday bugis tolak blayar,
Tengah laot patah kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
Hutang hati apa ganti-nya.
- Tengah laot patah kemudi,
- Layar koyak di pukol angin;
- Hutang hati membawak mati,
- Sebagi bola di pukol angin.
Pisang mas bawak blayer,
Jerok mari dalam kendi;
Hutang budi balas di dunia,
Hutang hati mengikat diri.
- Pisang mas bawak blayer,
- Masak sa-bijik di-atas peti;
- Hutang mas boleh di bayer,
- Hutang budi menanggong hati.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernama (Disember 4, 2018). "Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO". Astro Awani. Dicapai pada Disember 17, 2021.
- ^ Pantun Baba, Dondang Sayang 1931 di petik daripada akhbar The Malay Limited, Johor Bahru,Johor keluaran tahun 1959.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Halaman berkaitan Dondang sayang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Malaysia.
- Dondang Sayang.[pautan mati]
- Laman web Musical Malaysia
- Koleksi Pantun Dondang Sayang