Dolar Sepanyol
Dolar Sepanyol (Sepanyol: Real de a ocho , Dólar , Peso duro , Peso fuerte atau Peso ; bahasa Inggeris: piece of eight ) adalah duit syiling perak berukuran diameter kira-kira 38 mm (1.5 in) dengan nilai bersamaan lapan keping real Sepanyol. Ia dicetak pihak Empayar Sepanyol berikutan suatu perombakan dasar kewangan yang dilakukan serata jajahan-jajahannya pada tahun 1497.
Kepingan ini sangat digemari dalam urus niaga kerana sifat dan rupa wang dikilang yang malar dan seragam.[1] Mata wang ini digunakan secara meluas sebagai suatu mata wang sedunia terutamanya di Eropah, benua-benua Amerika dan Timur Jauh pada akhir abad ke-18.[2][3][4] Unit ini mengilham banyak mata wang moden yang sedia ada termasuk yen Jepun, yuan Cina, dolar-dolar Amerika Syarikat dan Kanada, pelbagai jenis unit peso[5] termasuklah wang ringgit di alam Melayu.[6] Simbol "$" yang berkaitan dengan wang turut datang dari rupa yang dicetak pada kepingan wang dolar ini.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dissemination of Hispanic-American coinage". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 7 February 2012.
- ^ Woodcock, Ray (1 May 2009). Globalization from Genesis to Geneva: A Confluence of Humanity. Trafford Publishing. m/s. 104–105. ISBN 978-1-4251-8853-5. Dicapai pada 13 Ogos 2013.
- ^ Thomas J. Osborne (29 November 2012). Pacific Eldorado: A History of Greater California. John Wiley & Sons. m/s. 31. ISBN 978-1-118-29217-4. Dicapai pada 13 Ogos 2013.
- ^ Davies, Roy. "Origin and history of the world dollar and dollar sign".
- ^ Babones, Salvatore (30 April 2017). "'The Silver Way' Explains How the Old Mexican Dollar Changed the World". The National Interest.
- ^ Eong, Sim Ewe (1974). "RINGGIT". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 47 (1 (225)): 58–65. ISSN 0126-7353.
- ^ Cordingly, David (1996). Under the Black Flag: The Romance and the Reality of Life Among the Pirates. Random House. m/s. 36. ISBN 9780679425601.