Dolar Sarawak
Dolar Sarawak ialah mata wang Sarawak antara 1858 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 penny setiap dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953.
Dolar Sarawak dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang ¼ sen, ½ sen, 1 sen, 2½ sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Duit syiling yang nilainya 5 sen atau lebih mengandungi logam berharga tetapi sejak 1920, duit syiling 5 sen dan 10 sen juga diperbuat daripada tembaga dan nikel. Duit-duit syiling itu menonjolkan potret dan nama raja:
- James Brooke (ditulis sebagai J. Brooke) sehingga 1868;
- Charles Anthoni Johnson Brooke (ditulis sebagai C. Brooke) dari 1868 hingga 1917; dan
- Charles Vyner Brooke (ditulis sebagai C. V. Brooke) dari 1917 sehingga tamatnya penggunaan mata wang ini.
Siri pertama nota bank dikeluarkan oleh Perbendaraan Kerajaan Sarawak. Ia dicapkan dengan tangan dan bermutu rendah. Semua nota yang kemudian dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak, kecuali nota 10 sen dan 25 sen pada 1919, dengan kedua-dua ini dikeluarkan semula oleh Perbendaharaan. Pada sepanjang sejarahnya, nota bank dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 sen, 10 sen, 20 sen, 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, $25, $50, dan $100. Nota bank sebelum tahun 1922 atau melebihi $50 sangat jarang dijumpai.
Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar pra-perang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Sarawak dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Pick, Albert (1996). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am hingga 1960. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-8). Krause Publications. ISBN 0-87341-469-1.
- Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2003). 2004 Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1901–kini. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. ke-31). Krause Publications. ISBN 0873495934.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Global Financial Data currency histories table Diarkibkan 2005-12-14 di Wayback Machine
- Tables of modern monetary history: Asia
Didahului oleh: Tiada pendahulu moden |
Mata wang the Kerajaan Sarawak 1858 – 1942 Nota: Sama nilainya dengan dolar Selat dan dolar Malaya selepas 1939 |
Digantikan dengan: dolar dikeluarkan kerajaan Jepun Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini Alasan: Pendudukan Jepun Nisbah: pada tara Nota: Kerajaan Jepun membenarkan mata wang dolar diedarkan, tetapi mata wang tersebut disorokkan oleh pemilik kerana nilainya lebih boleh dipercayai. |
Didahului oleh: Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai, dan nilai mata wang pra-pendudukan dipulihkan. |
Mata wang Kerajaan Sarawak 1945 – 1946 Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya |
Mata wang the Tanah jajahan Sarawak 1946 – 1953 Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya |
Digantikan dengan: Dolar Malaya dan Borneo British Alasan: pengasasan Lembaga Pesuruhanjaya Mata Wang sepunya Nisbah: pada tara, atau 60 dolar = 7 paun British |