Dihidroksiaseton fosfat
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC pilihan
3-Hidroksi-2-oksopropil fosfat | |
Nama lain
Dihidroksiaseton fosfat
DHAP | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
ChEBI | |
ChemSpider | |
ECHA InfoCard | 100.000.280 |
PubChem CID
|
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
C3H7O6P | |
Jisim molar | 170.06 g/mol |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Dihidroksiaseton fosfat (DHAP) ialah sebuah anion dengan formula HOCH2C(O)CH 2OPO32-. Anion ini terlibat dalam banyak laluan metabolisme, termasuk kitaran Calvin dalam tumbuhan dan glikolisis.[1][2] Anion ini merupakan ester fosfat bagi dihidroksiaseton.
Peranan dalam glikolisis
[sunting | sunting sumber]Dihidroksiaseton fosfat wujud pada laluan metabolisme glikolisis, dan merupakan salah satu daripada dua produk pemecahan fruktosa 1,6-bifosfat, bersama-sama dengan gliseraldehid 3-fosfat. Ia mengalami pengisomeran dengan cepat dan boleh bertukar balik kepada gliseraldehid 3-fosfat.
β-D-fruktosa 1,6-bisfosfat | fruktosa-bisfosfat aldolase | D-gliseraldehid 3-fosfat | dihidroksiaseton fosfat | ||
+ | |||||
Dihidroksiaseton fosfat | triosa fosfat isomerase | D-gliseraldehid 3-fosfat | |
Dalam laluan lain
[sunting | sunting sumber]Dalam kitaran Calvin, DHAP ialah salah satu produk penurunan enam kali ganda 1,3-bisfosfogliserat oleh NADPH. Ia juga digunakan dalam sintesis sedoheptulosa 1,7-bisfosfat dan fruktosa 1,6-bisfosfat, kedua-duanya digunakan untuk memperbaharui ribulosa 5-fosfat, karbohidrat "kunci" kitaran Calvin.
DHAP juga merupakan hasil penyahhidrogenan L-gliserol-3-fosfat, yang merupakan sebahagian daripada kemasukan gliserol (daripada trigliserida) ke dalam glikolisis. Sebaliknya, penurunan DHAP yang diperoleh daripada glikolisis kepada L-gliserol-3-fosfat menyediakan sel adipos dengan tulang belakang gliserol teraktif yang diperlukan untuk mensintesis trigliserida baharu. Kedua-dua tindak balas dimangkinkan oleh enzim gliserol-3-fosfat dehidrogenase dengan NAD+/NADH sebagai kofaktor.
DHAP juga mempunyai peranan dalam proses biosintesis eter-lipid dalam parasit protozoa Leishmania mexicana.
DHAP ialah anion pelolor 2-oxopropanal. Penukaran ini adalah asas laluan bioteknologi berpotensi kepada bahan kimia komoditi, 1,2-propanediol.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Berg, Jeremy M.; Tymoczko, Stryer (2002). Biochemistry (ed. 5th). New York: W.H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-3051-0.
- ^ Nelson, D. L.; Cox, M. M. "Lehninger, Principles of Biochemistry" 3rd Ed. Worth Publishing: New York, 2000. ISBN 1-57259-153-6.
- ^ Carl J. Sullivan, Anja Kuenz, Klaus‐Dieter Vorlop (2005), "Propanediols", Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry (dalam bahasa Inggeris), Weinheim: Wiley-VCH, doi:10.1002/14356007.a22_163.pub2CS1 maint: multiple names: authors list (link)