Pergi ke kandungan

Diaspora Tamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diaspora Tamil
"உலகத் தமிழர் பேரமைப்பு"
Ananda Coomaraswamy S.R. Nathan Navanethem Pillay
V. Sundramoorthy Sendhil Ramamurthy M.I.A.
Kamala Harris Susheela Raman Kamahl
Kawasan ramai penduduk
 India60,793,814 (2008)[1]
 Sri Lanka3,092,676 (2001)[2]
 Malaysia1,892,000 (2000)[3]
 Afrika Selatan250,000 (2008)[4]
 Singapura200,000 (2008)[4]
 Myanmar200,000 (2008)[4]
 United Kingdom150,000 (2008)[5]
 Kanada138,675 (2006)[6]
 Amerika Syarikat132,573 (2011)[7]
 Mauritius115,000 (2008)[4]
 Fiji110,000 (2008)[8]
 Perancis100,000 (2008)[8]
 Jerman50,000 (2008)[8]
 Indonesia40,000 (2011)[9]
  Switzerland40,000 (2008)[4]
 Australia30,000 (2008)[4]
 Itali25,000 (2008)[4]
 Belanda20,000 (2008)[4]
 Norway10,000 (2008)[4]
 Denmark7,000 (2008)[4]
Bahasa
Tamil
Agama
Predominantly:

Hinduisme · Christianity Minority:

Jainism · BuddhismIslam ·
Kumpulan etnik berkaitan
Dravidian people

Diaspora Tamil adalah kumpulan demografi orang Tamil India atau Sri Lanka yang telah menetap di bahagian-bahagian lain di dunia. Populasi diaspora Tamil boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Tebing Barat , Réunion, Afrika Selatan, Mauritius, Seychelles, Fiji, Guyana, Burma, Trinidad and Tobago, Perancis, Europe, Australia, kanada dan Amerika Syarikat

Migrasi awal

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakanya merupakan cucu-cicit penghijrah yang berhijrah bribu-ribu tahun lalu dan bercampur dengan lain-lain etnik dan selebihnya merupakan penhijrah yang baru migrasi dari Tamil Nadu. Diaspora Tamil masih mengekalkan warisan purba,bahasa dan satera. Ia juga menjadi identiti kepada etnik ini. Kumpulan imigrasi yang terawal yang berhijrah ialah etnik Tamil Muslim yang berhijrah dengan jumlah yang besar ke empayar Kesultanan Melayu Melaka dan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di Melaka.

Pekerja kerahan British dan Perancis serta lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Semasa penjajahan British, orang Tamil dibawa berhijrah ke Empayar British lain sebagai pekerja kerahan. Keturunan ini boleh dijumpai di Malaysia, Burma, Singapura, Afrika Selatan, Mauritius, Fiji, Guyana dan Trinidad. Banyak juga dibawa bekerja oleh Empayar Perancis ke Réunion. Sekumpulan kecil lagi diupah poleh kerajaan kolonial Belanda untuk berkerja sebagai pegawai kerajaan di Hindia Timur Belanda (Indonesia).Kini lebih kurang 40,000 etnik Tamil boleh dijumpai di Medan. Empayar Britain juga telah mengupah etnik Tamil Sri Langka sebagai pekerja kolar putih (Doktor, Guru, Juruteknik dan Kerani) dan pegawai tertinggi kerajaan, terutamanya di Malaysia dan Singapura.

Abad ke-20

[sunting | sunting sumber]

Aliran kembali dari Sri Lanka dan Burma

[sunting | sunting sumber]

Semasa dan selepas Perang Dunia 2, sejumlah besar etnik Tamil dari Myanmar melarikan diri ke India.Mereka menubuhkan koloni pelarian Burma yang masih wujud sehingga hari ini dan mengekalkan identiti sebagai pelarian dari Burma.Manakala di Sri Langka, parti nasionalis SLFP menghalau lebih 60,000 orang tamil sri langka ke India. Golongan ini juga masih mengekalkan identiti sebagai pelarian Sri Langka.

Pasca-1983 penghijaraan besar-besaran etnik Tamil Sri Langka

[sunting | sunting sumber]

Ramai etnik Tamil Sri Langka telah berhijrah keluar dari Sri Langka kerana peperangan. Kini mereka menjadi salh satu etnik yang berjaya di dunia. Toronto menjadi bandaraya yang mempunyai penduduk etnik Tamil Sri Langka yang terbanyak di dunia ini.

Akhir abad ke-20 dan abad ke-21

[sunting | sunting sumber]

Banyak etnik Tamil dari Tamil Nadu, Malaysia dan Afrika Timur berhijrah ke Amerika Syarikat dan eropah sebagai pekerja profesional dan pelajar. Kini, etnik tamil menjadi salah satu etnik yang terbaik di Amerika Syarikat dan Eropah.Etnik ini disenaraikan sebagai Modal Etnioc di Amerika Syarikat.

Mengikut Wilayah

[sunting | sunting sumber]

Tanah Besar Afrika

[sunting | sunting sumber]
Afrika Selatan
[sunting | sunting sumber]

Migrasi etnik Tamil ke Afrika Selatan bermula sejak 1860, pada wal sebagai buruh kerahan dan kini sebagai golongan professional. Kini terdapat lebih 250,00 etnik Tamil di Afrika Selatan dan tertumpu di bandar Durban dan Natal

Kepulauan Lautan Hindi

[sunting | sunting sumber]
Mauritius
[sunting | sunting sumber]

Mauritius mempunyai lebih kurang 115,000 etnik Tamil, yang kebanyakanya berasal dari Tamil nadu yang datang bekerja di ladang tebu sejak 1727. Budaya Tamil telah berkembang dengan pesat di Mauritius. Sejak 1727, masyarakat Tamil telah dibina hampir 125 Tamil kuil dan Murugan adalah dewa yang popular. Perayaan etni Tamil seperti Tahun Baru Tamil, Thaiponggal, dan Thaipusam dirayakan di peringkat kebangsaan.Deepavali, Thaipusam, Maha Shivaratri dan Pongal adalah cuti umum.

Penempatan etnik Tamildi reunion(Jajahan Perancis) bermula sejak 1848 sebagai buruh kerahan, terutamanya dari Pondicherry dan Karaikal, wilayah Perancis di selatan India. Kini terdapat kira-kira 120,000 orang Tamil dan dikenali sebagai "Malabars".Terdapat banyak kuil Hindu yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela yang mana pautan budaya Hindu dan Tamil dipelihara dengan baik.

Seychelles
[sunting | sunting sumber]

Pedagang Tamil dari Pondicherry melawat Seychelles untuk tujuan perdagangan kayu.Sekarang ada kira-kira 4000 Tamil dalam perniagaan perdagangan serta pada profesion lain.

Benua Amerika

[sunting | sunting sumber]

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]

Hampir 90% populasi etnik Tamil Kanada ialah Etnik Tamil Sri Langka. Bahasa Tamil diajar dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pra-universiti dan 75% daripada mereka belajar bahasa dengan penuh minat. Keperluan budaya masyarakat dipenuhi oleh saluran radio dan televisyen serta oleh pelbagai penerbitan Tamil - sastera dan agama. Selain daripada Pertubuhan Tamil Sedunia, terdapat banyak badan sukarela yang bergiat aktif dalam usaha memulihara adat etnik Tamil

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Central New Jersey mempunyai etnik Tamil yang tebanyak di Amerika Syarikat. Banyak pertubuhan Tamil terdapat di New Jersey seperti Pesatuan Tamil Sangam. Kebanyakan Etnik Tamil di Amerika Syarikat bekerja sebagai pekerja kolar putih dan Proesional.Kebanyakan mereka berasal dari India, Malaysia, Afrika Timur dan Tebing Barat.

Caribbean dan Amerika Latin

[sunting | sunting sumber]

Guyana mempunyai sejumlah besar Tamil di ladang-ladang mereka sejak 1838. Kebanyakan mereka datang dari Madras dan pada tahun 1860, kira-kira 2500 orang Tamil( dari Madras sahaja) menetap pada Guyana. Etnik Tamil telah tersebar ke kira-kira 60 bandar-bandar.

Trinidad and Tobago
[sunting | sunting sumber]

Tamil telah menetap di Trinidad dan Tobago sejak 1840. Tamil mula tiba di Trinidad dan Tobago sebagai pekerja ladang yang telah dibawa oleh British untuk bekerja di sana. Terdapat sebuah kuil Shiva yang dipanggil "Madras Sivalayam" atau kuil jalan Canra.

Asia Tenggara

[sunting | sunting sumber]

Myamar mempunyai kira-kira 200,000 etnik Tamil sewaktu masa dahulu. Kemewahan masyarakat Tamil boleh dinilai oleh kewujudan kuil Dandayuthapani di 32 bandar, 50 sekolah rendah Tamil dan edaran dua akhbar berbahasa Tamil "Rasika Ranjani" dan "Thondan" ,dimana kedua-dua telah diharamkan pada tahun 1966.

Indonesia
[sunting | sunting sumber]

Etnik Tamil telah dibawa ke Indonesia oleh Belanda pada tahun 1860-an untuk membuka ladang . Mereka digunakan sebagai buruh kasar. Kerana syarat-syarat yang tidak sesuai, ramai daripada mereka telah kembali ke India pada tahun 1940-an.Kira-kira 2,000 hingga 10,000 boleh didapati di Sumatra Utara.

Malaysia Dan Singapura
[sunting | sunting sumber]

Malaysia mempunyai penduduk Tamil sebanyak 1,060,000[10].Pada mulanya, penghijrahan adalah untuk bekerja di ladang-ladang getah.Kemudiannya, berpaling kepada sektor perdagangan dan profesion lain.Kebanyakannya terlibat dalam sektor kerajaan.Sekolah Tamil yang pertama didirikan pada seawal 1876. Kini terdapat lebih 548 sekolah Tamil di Malaysia.Perayaan Thaipusam di Batu Caves merupakan salah satu perayaan yang terbesar di Malaysia. Singapura adalah rumah kepada kira-kira 200 000 orang Tamil. Bahasa Tamil adalah satu daripada empat bahasa rasmi di Singapura. Anggaran kira-kira 3.2 peratus% daripada jumlah penduduk di Singapura boleh bertutur bercakap Tamil[11].Tamil diajar sebagai bahasa kedua di semua sekolah kerajaan dari peringkat sekolah rendah kepada peringkat maktab rendah. Tamil adalah satu subjek peperiksaan pada semua peperiksaan utama di seluruh negara. Terdapat akhbar harian Tamil dicetak di Singapura, Tamil Murasu. Terdapat sebuah stesen radio sepenuh masa, oli 96,8, dan saluran TV , Vasantham.

Lain-lain negara
[sunting | sunting sumber]

Vietnam mempunyai minoriti kecil kira-kira 3000 orang Tamil kebanyakannya di bandar Ho Chi Minh. Bandar ini juga menempatkan kuil Dandayuthapani. Thailand mempunyai kira-kira 10,000 orang Tamil. Manakala terdapat 1000 orang Tamil di Kemboja.

Asia Barat

[sunting | sunting sumber]

Qatar adalah rumah untuk kira-kira 4000 orang Tamil kebanyakannya dari Tamil Nadu. Pada Disember 2000, "Qatar Tamil Sangam" telah dirasmikan untuk menjalankan program-program kebudayaan Tamil,

Emiriah Arab Bersatu
[sunting | sunting sumber]

Terdapat kira-kira 10,000 orang Tamil di Emiriah Arab Bersatu yang berasal dari Tamil Nadu dan Sri Lanka sebagai pekerja profesional. Pongal dan Tahun Baru Tamil dirayakan secara besar-besaran di Dubai dan di beberapa negeri lain. Baru-baru ini sebuah akhbar Tamil "Tamilan Kural" diterbitkan di Dubai.

Negara-negara lain
[sunting | sunting sumber]

Bahrain adalah rumah bagi lebih daripada 7000 orang Tamil kebanyakannya bekerja sebagai golongan profesional.Arab Saudi dan Kuwait juga rumah untuk sebilangan besar kaum Tamil yang baru berhijrah.

Eropah Utara

[sunting | sunting sumber]
Scandinavia
[sunting | sunting sumber]

Norway mempunyai kira-kira 13,000 orang Tamil yang kebanyakannya pelarian dari Sri Langka. Sweden mempunyai penduduk Tamil kira-kira 2000 orang.

United Kingdom
[sunting | sunting sumber]

Anggaran komuniti mencadangkan bahawa 150,000 orang Tamil tinggal di United Kingdom (UK) pada 2008,dengan laporan 2006 Human Rights Watch meletakkan bilangan orang Tamil Sri Lanka di UK pada 110,000[12].Migrasi yang signifikan bilangan Tamil ke UK bermula dengan pendatang buruh dalam tahun 1940-an. Ini telah disertai oleh pelajar yang berpindah ke UK untuk pendidikan pada tahun 1970-an, dan oleh pelarian yang melarikan diri dari Perang Saudara Sri Lanka pada 1980-an dan 1990-an.Majoriti etnik Tamil tinggal di London utara[13].

  1. ^ "Census of India". Dicapai pada 2008-01-07.
  2. ^ "Brief Analysis of Population and Housing Characteristics" (PDF), Sri Lanka census of population and housing 2001, dicapai pada 2008-01-07
  3. ^ "Ethnologue report for language code tam", Ethnologue: Languages of the World, dicapai pada 2007-07-31
  4. ^ a b c d e f g h i j ""History of the Tamil Diaspora by V. Sivasupramaniam", murugan.org
  5. ^ Dissanayake, Samanthi (8 December 2008). "UK Tamils polarised but powerful". BBC News. Dicapai pada 27 December 2009.
  6. ^ Statistics Canada - Various Languages Spoken (147), Age Groups (17A) and Sex (3) for the Population of Canada, Provinces, Territories, Census Metropolitan Areas and Census Agglomerations, 2006 Census - 20% Sample Data
  7. ^ "Indian Americans grow to 3.2m, top in income", The Times Of India, 16 November 2011, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17, dicapai pada 2012-02-09
  8. ^ a b c ""World Tamil Population", tamilo.com
  9. ^ ""Tamils - a Trans State Nation, Indonesia", Tamilnation.org, 15 August 2011.
  10. ^ http://murugan.org/research/sivasupramaniam.htm
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-15. Dicapai pada 2012-04-17.
  12. ^ http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/ltte0306webwcover.pdf
  13. ^ http://www.timesplus.co.uk/tto/news/?login=false&url=http%3A%2F%2Fwww.thetimes.co.uk%2Ftto%2Fnews%2Fworld%2Fasia%2F