Pergi ke kandungan

Death.Becomes.Her

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
DEATH • BECOMES • HER
DEATH • BECOMES • HER
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Klang, Selangor, Malaysia
GenrePost-Punk · Goth Rock · Darkwave
Tahun aktif1994 - 2004 | 2016 - sekarang
Syarikat rakaman
Maschine Lounge · Love Cult Records · One Voice
Pengkarya berkait
Auteurist · The Lovecraft · Projekt Fiktion · Dashown · Second Combat · Gets Sky Proper · Mind Paralyzed Fanzine · Human Drama Artzine
Ahli
  • Tun Farul Azri
  • Pitt Idris
  • Fird Ariffin
  • Fazrin Ahmad
  • Fird Murtadza
  • Jeffy Safiee
  • Alhakim Ismail
Bekas ahli
  • Elizabeth (Roland R-5)
  • Aliff
  • Ikhwan
  • Shahrul Nizam
  • Syed Khairul
  • Huzaimi Hussein

Kumpulan DEATH • BECOMES • HER atau juga dikenali dengan nama singkatan DBH merupakan sebuah kumpulan muzik independen yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu di dalam Bahasa Inggeris dengan lirik yang berkisar tentang kehidupan. Muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan Post-Punk dan Rock-Elektronik dari dunia Barat terutama dari England di sekitar era 80-an.

DEATH • BECOMES • HER ditubuhkan dengan nama asal Extraterrestrial oleh Huzaimi Hussein dan Tun Farul Azri di Klang, Selangor pada tahun 1994. Selepas beberapa kali bertukar barisan ahli, mereka menukarkan nama kumpulan kepada Death Becomes Her pada tahun 1997 dan menambahkan tanda '•' (titik) pada barisan nama kumpulan, selain dieja dengan tulisan berhuruf besar selepas mengetahui wujud sebuah kumpulan muzik metal dari New York, Amerika Syarikat (ditubuhkan pada tahun 2008) menggunakan nama yang sama. DEATH • BECOMES • HER pernah berhenti membuat persembahan dan sebarang rakaman selama hampir 13 tahun tetapi mula kembali bergiat aktif di dalam pergerakan muzik underground di Malaysia sejak Disember tahun 2016.

Selama ini DEATH • BECOMES • HER telah menyumbangkan lagu-lagu mereka kepada beberapa album kompilasi tempatan.

Album penuh mereka kini di dalam proses akhir studio dan dijangka akan dikeluarkan dalam bentuk CD dan digital pada penghujung tahun 2019 dibawah Label indie mereka, Maschine Lounge.

Nama DEATH • BECOMES • HER diilhamkan dari sebuah filem fantasi berunsur komedi gelap terbitan Hollywood, Amerika Syarikat (1992) mula dipakai oleh kumpulan ini selepas bertemu dengan Saiful Sijar, penyanyi dari kumpulan Love Never Dies pada tahun 1997 yang banyak mempengaruhi elemen Post-Punk dan juga Darkwave di dalam muzik mereka. Sebelum itu mereka menggunakan nama Extraterrestrial. Pengasas kumpulan ini adalah pemain bass Huzaimi Hussein dan Tun Farul Azri selaku pemain gutar dan penyanyi. Extraterrestrial ditubuhkan bersama sekumpulan kawan-kawan sekitar bandar Klang.

Ahli-ahli Extraterrestrial di kala itu sentiasa berkumpul di hadapan Bank Simpanan Nasional, Klang Utara, dimana pelbagai kumpulan-kumpulan underground generasi kedua Klang mula bertapak dan bermain skateboard. Kebanyakkan mereka dilihat kerap berlatih dan menjalankan rehearsal di studio-studio jamming sekitar Klang, Pelabuhan Klang dan Meru terutamanya di Black Widow Studio di Plaza Chi Liung.

Pada tahun 1995, Pitt Idris (menggantikan Huzaimi) dan Syed Khairul (pemain drum) menyertai Extraterrestrial dan mula merakamkan 10 lagu mereka di studio. Antara lagu yang dirakamkan ketika itu berjudul Why Don't?, Yellow River and a Bridge, Fire In The Sky dan lain-lain. Rakaman lagu-lagu ini menghasilkan kaset keluaran sendiri yang berjudul The Duck From Outer Space. Kaset TDFOS turut mendapat liputan di dalam kolum Blasting Concept di akhbar The Sun, Malaysia yang dikelolakan oleh Joe Kidd dari Carburetor Dung. Joe Kidd menyebut Extraterrestrial sebagai "Raw and angry punk youth.." Pada tahun-tahun itu juga, Tun Farul dilihat aktif menulis dan menghasilkan fanzine radikal, politikal dan haluan kiri tempatan bernama Mind Paralyzed bersama Saiful Nazwa a.k.a Ah Chong (1996 - 1998) serta sebuah artzine Human Drama yang sarat dengan lukisan dan puisi secara kolektif oleh Pitt Idris dan Tun Farul (1999).

Dalam tahun 1997-1999, kumpulan ini mengalami perubahan besar di kalangan ahli dan pengaruh muzik. Apabila pemain drum asal, Syed Khairul meninggalkan kumpulan, tempat beliau digantikan dengan Shahrul Nizam dan ditukarkan lagi kepada Ikhwan dari kumpulan Sean Olsen sebelum akhirnya mereka memilih untuk menggunakan drum machine sepenuhnya dalam setiap persembahan dan juga rakaman selain dari menukarkan terus nama kumpulan kepada DEATH • BECOMES • HER.

Elizabeth (Roland R-5 Drum Machine)

[sunting | sunting sumber]

Dengan pengaruh muzik yang amat kuat dari kumpulan seperti The Sisters of Mercy (England) yang menggunakan sebuah drum machine yang diberi nama 'Doctor Avalanche', ahli-ahli DBH mengambil keputusan untuk menggunakan mesin sepenuhnya sebagai gantian pemain drum. Tun Farul yang merupakan pelajar atasan kepada DJ Uno dari kumpulan Pop Shuvit (ketika zaman persekolahan) telah mendapatkan mesin drum tersebut dari beliau dan mula membuat program-program rentak drum untuk setiap lagu DBH.

Ahli-ahli DBH yang lain kemudiannya telah sepakat memberi nama Elizabeth kepada mesin tersebut.

Elizabeth telah banyak membuat persembahan bersama DBH di seluruh Malaysia dan salah-satu dari persembahan tersebut adalah di satu konsert besar sempena promosi pelancaran Soundbuzz.com di Kuala Lumpur dan Singapura bersama artis pop antarabangsa Atomic Kitten (England). Di atas beberapa masalah teknikal, Elizabeth akhirnya digantikan dengan program komputer iaitu perisian SteinbergCubase VST.

Perpecahan Dan Pengaruh Elektronik

[sunting | sunting sumber]

Tahun 2002 sehingga 2004 merupakan tahun-tahun akhir DEATH • BECOMES • HER aktif sebagai kumpulan. Pada tahun 2002, Fazrin mengundurkan diri dari kumpulan dan diikuti oleh Fird Ariffin. Pada waktu ini ahli yang tinggal hanyalah Tun Farul dan juga Pitt Idris. Tidak lama selepas itu, Fird Murtadza dari kumpulan hardcore/punk tempatan, Uphold menyertai kumpulan ini sebagai live sequencer ketika membuat persembahan. Pengaruh muzik juga turut berubah pada waktu ini di mana mereka mula menerapkan hampir 95% elemen muzik elektronik dengan penggunaan synthesizer yang sangat ketara.

DEATH • BECOMES • HER pada waktu ini masih aktif membuat persembahan di pelbagai lokasi termasuk Johor Bharu selain Kuala Lumpur. Pada penghujung tahun 2003. Pitt Idris dan Fird Murtadza telah sepakat untuk berhenti dari sebarang aktiviti muzik bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan kerjaya. Hal ini menjadikan DEATH • BECOMES • HER hanya dianggotai oleh Tun Farul seorang diri. Walaupun bersendirian di dalam kumpulan, Tun Farul terus aktif membuat persembahan dengan nama DEATH • BECOMES • HER secara solo sehingga bulan April tahun 2004.

Persembahan terakhir DEATH • BECOMES • HER adalah di Kelab Blue Planet, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur sempena pelancaran album kompilasi Systematrix: The Independent Sound of Electro Fusion. Persembahan Tun Farul pada waktu itu telah mendapat pujian yang baik dari majalah KLue. Sebaik mengakhiri persembahan, Tun Farul mengumumkan pembubaran kumpulan DEATH • BECOMES • HER secara rasmi.

Kelahiran Semula

[sunting | sunting sumber]

Bulan Disember 2016 menyaksikan DEATH • BECOMES • HER kembali aktif semula membuat persembahan dengan semua ahli asal iaitu Tun Farul, Pitt Idris, Fazrin, Fird Ariffin dan Fird Murtadza. Mereka juga kemudian tampil dengan pemain drum baru Alhakim Ismail dan pemain gitar, Jeffy Safiee. Setelah mereka sepakat mengatakan bahawa masih ada urusan yang tertangguh dan belum diselesaikan iaitu lagu-lagu yang telah dirakamkan, maka kesemua ahli telah bersetuju untuk mengeluarkan rakaman CD tersebut sebelum menutup tahun 2019 dan akan meneruskan perjalanan kumpulan ini sehingga itu.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album, Kompilasi & Single

[sunting | sunting sumber]
  • The Duck From Outer Space (Kaset) - (1996) - Terbitan sendiri
  • Bukan Untuk Kepentingan Diri (Kaset kompilasi) - (1999) - One Voice Records
  • Systematrix: The Independent Sound of Electro Fusion (2004) - Lurks Records
  • Sanctuary of a Love Cult (Radio Edit) (2019) - Maschine Lounge

Lagu Single Yang Dikeluarkan

[sunting | sunting sumber]
  • Sanctuary of a Love Cult (1999)[1]
  • Recognition of Love and Pain (1999)
  • Tonight (2003)
  • Sanctuary of a Love Cult (versi 'Radio Edit') (2019) - Maschine Lounge

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]