Aku Haus Darahmu
Aku Haus Darahmu | |
---|---|
Pengarah | Aidilfitri Mohd Yunos |
Penulis | Fairul Nizam Ablah |
Lakon layar | Aidilfitri Mohd Yunos |
Dihasilkan oleh | Wan Sariah Wan Jaafar |
Dibintangi | Nad Zainal Farhanna Qismina Zoey Rahman Deanna Yusoff |
Disunting oleh | Zahari Affendi Aidilfitri Mohamed Yunos |
Muzik oleh | Onn San |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 2 Februari 2017 |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM60,000 |
Aku Haus Darahmu (juga disebut Aku Haus Darah Mu) merupakan sebuah filem seram misteri Malaysia 2017 arahan Aidilfitri Mohd Yunos dan tulisan oleh Fairul Nizam Ablah. Ia dibintangi oleh Nad Zainal, Farhanna Qismina, Zoey Rahman dan Deanna Yusoff, mengisahkan tentang Lia dan dua rakannya memulakan perjalanan ke sebuah kampung yang terpencil untuk mengetahui lebih lanjut tentang bentuk tarian yang menghancurkan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Februari 2017.[1][2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Lia, seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nad Zainal sebagai Lia
- Deanna Yusoff sebagai Cempaka Sulastri
- Zoey Rahman sebagai Arin
- Farhanna Qismina sebagai Ezza
- Amalia Syakirah sebagai Kenanga
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Aku Haus Darahmu diarahkan oleh Aidilfitri Mohd Yunos yang sebelum ini mengarahkan filem Klip 3GP (2011). Penggambaran dijalankan selama 15 hari, di Sabak Bernam, Selangor.[3]
Untuk filem ini, yang juga filem seram pertamanya, Aidilfitri menggunakan tema seram klasik era 1980an, dengan memuatkan elemen lama seperti jalan cerita dan latar belakang.[3] Beliau memastikan prop yang menunjukkan zaman itu seperti kereta, tempat dan lagu, menepati era 80an.[3]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Aku Haus Darahmu ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Februari 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan filem ini "memiliki premis menarik untuk diangkat dan tidak mustahil untuk dibawa ke gelanggang filem antarabangsa" sambil mengakui ia gagal membangkitkan rasa seram.[4] Dennis Chua dari New Straits Times mengulas mengenai persembahan Deanna Yusoff dalam filem ini. "Deanna (Yusoff) berjaya keluar dari zon selesanya untuk mempelajari gabungan kaum tradisional Sunda, Mak Yong dan tarian-tarian India klasik. Ia merupakan waktu yang dihabiskan kerana kesempurnaan dan ketekunan Deanna menunjukkan dalam pergerakannya secara semulajadi di skrin.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mumtaj Begum (14 Februari 2017). "Aku Haus Darah Mu brings back local 1980s horror feel". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ Budiey (6 Oktober 2016). "Filem AKU HAUS DARAH MU Lakonan Nad Zainal". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ a b c Aqmar Mustaza (28 Januari 2017). "Aidilfitri percaya kekuatan Aku Haus Darahmu". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (7 Februari 2017). "'Aku Haus Darahmu' Gagal Bangkitkan Rasa Seram". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ Dennis Chua (25 Januari 2017). "(Movie review) Not as good as Mastura but Deanna Yusoff still bewitches as a vamp lusting for blood". New Straits Times. Dicapai pada 4 Julai 2018.