Pergi ke kandungan

Dataran Kedu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam dataran Kedu yang subur di seputar Borobudur.

Dataran Kedu merupakan kawasan tanah tinggi di antara gunung berapi Gunung Mendaki dan Gunung Sundoro di barat dengan Gunung Merbabu dan Gunung Merapi di timur, Jawa Tengah, Indonesia. Gunung -gunung ini dikategorikan sebagai gunung berapi aktif.

Lokasi ini sangat penting sejak Raja Vishnu dari Dinasti Sailendra membina candi Borobudur di desa Boro, Kabubaten Magelang, pada 778 masehi.

Dataran Kedu merupakan kawasan sawah padi yang sangat subur kerana adanya lava gunung berapi. Tanahnya hitam poros yang boleh menakung air hujan .

Borobudur menjadi tapak tarikan pelancong terutama peminat sejarah dan penganut agama Buddha. Terdapat lebih 72 stupa berbentuk loceng dan di dalamnya ada patung Buddha sedang duduk.

Belanda juga menjadikan Magelang penting kerana telah mendirikan penempatan tentera Hindia Timur Belanda.Sebuah akademi tentera - Taruna Nusantara telah dibina di sini.