Darin Zanyar
Darin | |
---|---|
Nama lahir | Darin Zanyar |
Kelahiran | Stockholm, Sweden | 2 Jun 1987
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi penulis lagu |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | Sony Music, EMI Germany, Universal Music |
Pengkarya berkait | Kat DeLuna |
Laman sesawang | www |
Darin Zanyar (yang dilahirkan pada 2 Jun 1987), yang lebih dikenali dengan Darin, ialah seorang penyanyi pop dan penulis lagu Sweden berketurunan Kurdis dan salah seorang artis terlaris, dengan banyak lagu-lagu dan album muzik mengungguli carta.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Ibu bapa Darin berketurunan Kurdis dan dia mula menyanyi pada usia muda, yang menyebutkan Michael Jackson sebagai inspirasi terbesarnya. Di dalam DVD Tour Videos Interview, Darin diperlihatkan sebagai seorang kanak-kanak yang menari bagi Michael Jackson dan menyanyikan "Eternal Flame" oleh The Bangles. Dia mula menulis dan merakam lagu pada usia 14 tahun.
Karier
[sunting | sunting sumber]2004: Idol
[sunting | sunting sumber]Pada musim bunga 2004, Darin menyertai ujibakat bagi siri pertama Idol dengan menyanyikan "God Must Have Spent A Little More Time on You" oleh N*Sync, empat juri sangat kagum dan dia lulus ke peringkat teater dan kemudian ke pusingan suku akhir yang padanya dia menyanyikan "Beautiful" oleh Christina Aguilera dan mendapat 78% undian awam untuk melepasi ke peringkat akhir secara langsung. Dia akhirnya mendapat tempat kedua, tewas kepada Daniel Lindström.
2005–2006: The Anthem, Darin dan DVD
[sunting | sunting sumber]Tidak lama selepas rancangan itu Darin menandatangani perjanjian rakaman dengan BMG untuk menerbitkan album dan pada Januari 2005 single debut Darin "Money For Nothing" diterbitkan yang memberikannya single nombor satu pertamanya[2] dan sijil platinum. Pada 16 Februari 2005 album komersial debut pertamanya The Anthem diterbitkan. Album itu mencapai kejayaan sehingga menduduki nombor 1 dalam Carta Album Sweden dan akhirnya disijilkan dengan emas oleh IFPI. Juga pada tahun 2005, Darin menerbitkan album judul diri keduanya Darin yang menjadi album kedua Darin yang mengungguli carta[3] dan juga yang pertama diterbitkan di luar Sweden, yang diterbitkan di Finland. Album kedua ini mencapai kejayaan yang lebih besar berbanding The Anthem, yang disijilkan sebagai platinum oleh IFPI. Ia sesuatu yang berbeza dengan album debut Darin, dia bekerja lebih dengan RedOne untuk album ini, dia menulis bersama single jualan platinum dan paling berjaya Darin terbaharu "Step Up", single ini, ketika diterbitkan pada September 2005 berada selama 26 minggu dalam Carta Single Sweden dan juga single pertama yang diterbitkan di Finland.
Pada tahun 2006 Darin menjelajah untuk menyokong pelancaran album keduanya yang berjudul Step Up to the Party Tour 2006, filem yang dapat ditonton di DVD muzik pertama Darin Tour Videos Interview yang diterbitkan pada 25 Oktober 2006. Tiga single diterbitkan daripada Darin, "Step Up", "Who's That Girl" dan "Want Ya!" kesemuanya menjadi single 10 teratas di Sweden dan ketiga-tiga itu diterbit di Finland.
2006–2007: Jerman dan Break The News
[sunting | sunting sumber]Pada November 2006, Darin menerbitkan album ketiganya Break the News. Album itu terus menduduki tempat pertama dalam Carta Album Sweden[4] dan diakui dengan emas pada minggu pertama jualannya. Album ini menghasilkan empat single, dua daripadanya yang cuma digital diterbitkan.
Darin membuat jelajah promosi pendek di Sweden di 10 buah bandar bagi mempromosi album itu, dengan persembahan kecil dan tandatangan dari 25 November hingga 16 Disember 2006.[5] Juga bagi mempromosi album itu, poster-poster papan iklan besar sekitar bandar-bandar Sweden seperti Stockholm, Göteborg dan Malmö.[6] Album itu dikukuhkan dengan "Pure Desire Tour" pada tahun 2007, yang dijemput di pelbagai bandar di Sweden. Ekoran kejayaannya di Sweden, Darin menandatangani kontrak rakaman baru dengan EMI Jerman untuk menerbitkan single di Jerman, Austria dan Switzerland. Pada Ogos 2007, single Darin "Insanity" diterbitkan di Jerman dan Austria.
2008–2009: Flashback
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2008, Darin memulakan kerja untuk album keempatnya Flashback, yang bekerja lagi dengan RedOne. Album itu diterbitkan pada 3 Disember 2008 dan menduduki tempat ke-10 dalam carta di Sweden, album pertama Darin yang tidak mencapai tempat pertama di negara itu. Terdapat 5 single dari album itu, dua daripadanya adalah terbitan fizikal, single jualan emas nombor 1 "Breathing Your Love" satu duet bersama penyanyi Amerika Kat DeLuna dan "What If", sebuah lagu yang diterbitkan dengan kerjasama "Friends", sebuah badan kebajikan anti-buli Sweden. Pada Oktober 2009 Darin mempersembahkan penutup "Viva la Vida" Coldplay di Idol.Lagu itu diterbitkan dalam bentuk single digital sahaja di Sweden dan menduduki tempat pertama dalam carta dan disijilkan dengan emas.[7]
Melodifestivalen 2010
[sunting | sunting sumber]Pada 3 November 2009, diumumkan bahawa Darin akan menyertai Melodifestivalen 2010,[8][9] rancangan tv Sweden yang menentukan kemasukan negara itu ke Eurovision Song Contest 2010 di Oslo, Norway. Darin masuk dengan balada mid-tempo You're Out of My Life yang ditulis oleh Tony Nilsson dan Henrik Janson.[10] Darin mendapat tempat ke-7 dalam Heat 3 pertandingan itu dan akhirnya mara ke peringkat akhir.[11] Darin mengambil bahagian dalam Melodifestivalen akhir pada Sabtu 13 Mac 2010 di Globe Arena di Stockholm, dia akhirnya menduduki tempat ke-4 dengan jumlah mata 117 yang menerima dua set 12 mata dari juri Yunani dan Rusia.
2010: Lovekiller
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Jun 2010 Universal Music Sweden mengumumkan bahawa pada 18 Ogos 2010 Darin tidak lama lagi akan menerbitkan singlenya "Lovekiller" dan album studio ke-5 yang belum berjudul, album pertamanya dengan Universal, dan menampilkan 2 single Viva la Vida dan You're Out of My Life.[12]
Darin memulakan Sommarturné (Jelajah musim panas) tarikh 17 Sweden pada 4 Jun 2010 bermula di Karlshamn.[13]
Album Lovekiller diterbitkan pada 18 Ogos 2010 dengan terbitan digital dua hari lebih awal pada 16 Ogos. The album includes all 4 singles releases prior to the album Viva la Vida, You're Out of My Life, "Can't Stop Love" and "Lovekiller".Album itu mengandungi semua empat single yang diterbitkan sebelum album Viva la Vida, You're Out of My Life, "Can't Stop Love" dan "Lovekiller". Album itu disijilkan sebagai emas pada minggu pertama dan menduduki tempat pertama dalam carta album Sweden.
Darin juga menulis lagu pemenang Idol 2011 All This Way untuk pemenang akhir Amanda Fondell.
2012: EPs, Så mycket bättre dan Det Bästa Av
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Februari 2012, Darin menerbitkan single pertamanya "Nobody Knows" dari yang pertama daripada dua Extended Play akan datangnya bagi terbitan pada 2012.
Mula-mula didedahkan bahawa yang pertama daripada dua EP akan disiapkan untuk terbitan pada 4 April 2012. Bagaimana pun, tidak lama kemudian, terbitan itu dianjakkan kepada 14 April 2012. Pada 4 April 2012, Darin mendedahkan bahawa dia masih mencari DJ yang sesuai untuk mengadun semula runut-runut pada EP itu, jadi terbitannya terpaksa ditangguhkan. EP kedua dirancangkan untuk diterbitkan pada Ogos 2012, bagaimanapun hal itu berubah selepas berita penangguhan EP pertama tersiar. Setakat ini, Darin telah membocorkan tiga buah lagu daripada EP pertama - single "Nobody Knows" dan dua buah lagu "Right to This Point" dan "All Gone".
Pada 11 Jun 2012 diumumkan bahawa Darin tidak lagi menerbitkan dua EP sepanjang tahun itu. Satu album baru ditetapkan untuk diterbitkan pada awal 2013. Pada 27 Oktober 2012 jaringan TV Sweden TV4 menayangkan episod pertama musim ketiga Så mycket bättre yang menampilkan Darin, sebuah rancangan realiti TV yang memaparkan cubaan setiap artis menyanyikan versi mereka sendiri bagi lagu-lagu terkenal artis lain, dengan setiap seorang mendapat satu episod yang menampilkan semua lagu mereka dipersembahkan oleh pemuzik lain. Darin mempersembahkan enam buah lagu dalam rancangan itu: Stockholm, En Apa Som Liknar Dig, I Can't Get You Off My Mind, Astrologen, Magdalena dan Seven Days A Week.
Pada 16 November 2012 semasa temubual dalam saluran Radio NRJ, Darin menyatakan bahawa album tersebut diharapkan dapat diterbitkan pada penghujung Januari 2013. Ia mengandungi 11 hingga 12 buah lagu dan ia adalah campuran pop, RnB dan muzik kelab. Pada 21 November 2012 Sony Music Sweden melancarkan satu koleksi lagu-lagu Darin dari empat buah albumnya yang diterbitkan Sony. Det bästa av (The Best Of) menampilkan 16 runut, beberapa single dan beberapa runut album.
2013: Exit and So Yours
[sunting | sunting sumber]Selepas pembatalan projek permulaan yang terdiri daripada pelancaran dua EP semasa 2012, yang pertama pada April dan yang kedua pada Ogos, pada bulan Oktober, Darin meluangkan masa selama sebulan di AS, bekerja dengan penerbit dan penulis lagu terkenal dunia seperti Jim Beanz, The Jackie Boyz, Victoria "Lady V" Horn dan the RedOne Team bagi sebuah album baru yang ditetapkan pelancarannya pada awal 2013.
Pada 6 Disember 2012 Darin mendedahkan dalam satu temubual bahawa album baru itu dipanggil "Exit". Kulit muka dan senarai trak diposkan pada halaman Facebook rasminya pada 21 Disember 2012. Album itu dirancangkan untuk diterbitkan pada 30 Januari 2013 dan mengandungi 10 trak, termasuklah single pertama "Nobody Knows". Sebaliknya dua buah lagu yang dipersembahkan secara langsung tetapi tidak pernah diterbitkan sebagai single, "All Gone" dan "Right to This Point", tidak dimasukkan. Darin mengumumkan menerusi akaun Twitternya bahawa "Playing With Fire", single kedua album, diterbitkan pada 18 Januari.
Pada 22 Februari 2013 sebuah single baru berjudul "So Yours" diterbitkan di Jerman, Austria, Switzerland. Ia dirancangkan untuk diterbitkan di serata Eropah kemudiannya pada tahun itu. Pada 4 Mac 2013 Darin mengumumkan menerusi Twitter bahawa dia berada di Los Angeles untuk merakam video muzik bagi single antarabangsa.
Darin dan penyanyi Agnes Carlsson muncul sebagai interval act "Swedish Pop Voices" semasa pusingan separa akhir kedua Eurovision Song Contest 2013 di Malmö pada 16 Mei.[14]
2015: Fjärilar i magen
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Mac 2015 Darin mendedahkan di Facebook bahawa single pertamanya daripada album berbahasa Sweden pertamanya berjudul Ta mig tillbaka dan dijadualkan terbit pada 13 Mac. Video muzik bagi single itu diterbitkan pada 4 Mei.
Pada 6 Mei 2015 Darin mengumumkan bahawa album barunya, yang berjudul Fjärilar i magen, akan diterbitkan pada 25 September menerusi Dex Music.
Maklumat lain
[sunting | sunting sumber]- Di samping menjadi artis yang berjaya, Darin juga adalah seorang pencipta lagu. Pada 2009, "Love Struck", sebuah lagu yang digubah bersama Darin danDavid Jassy, menjadi single rasmi pertama bagi boy band Amerika, V Factory.
- Pada 2007, Leona Lewis merangkumi balada Darin "Homeless" bagi album debutnya Spirit.[15]
- Pada 2009, Darin mempersembahkan lagu Se på mej di Melodifestivalen 2009 sebagai interval act.
- Pada Jun 2010 Darin diminta oleh penyiar Sweden SVT untuk merakam "Can't Stop Love" sebuah lagu yang digubah khas bagi perkahwinan diraja Puteri Victoria dan Daniel Westling.
- Pada 2010, lagu "Foolish" yang pada asalnya dirakam bagi album Lovekiller dan ditulis oleh Darin bersama Tony Nilson dirakam oleh Shayne Ward bagi albumnya Obsession.[16]
- Darin menggubah sebuah lagu berjudul "Turn It Up", yang pada asalnya berada pada senarai trak bagi Lovekiller, tetapi diberikan kepada kumpulan gadis Britain, A Girl Called Alice.
- Darin menulis bersama lagu "Under The Radar" dengan Tony Nilsson dan Teddy Sky. Ia adalah single pertama bagi artis Qpid.[17]
- Pada Oktober 2011, diumumkan bahawa Darin terlibat dalam penggubahan sebuah lagu baru bagi artis Sweden Eddie Razaz, berjudul "Let Me In".[18]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]- The Anthem (2005)
- Darin (2005)
- Break the News (2006)
- Flashback (2008)
- Lovekiller (2010)
- Exit (2013)
- Fjärilar i magen (2015)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Darin memenangi beberapa anugerah sepanjang kariernya, antaranya:
- Grammis pada 2006, Rockbjörn (Rock bear award)
- Nickelodeon Kids Choice Award
- The Voice 06 Award di Sweden
- Anugerah NRJ bagi lagu Nordik terbaik di Finland
- Anugerah Kurd of the Year pada 2005
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Darin om fortkörningen, tjejer, partyliv & nya skivan – och tiden efter Idol | Nöjesbladet | Aftonbladet". Aftonbladet.se. 2008-09-23. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ Debut Chart Topper "swedishcharts". Retrieved January 2nd 2010.
- ^ Sophomore Success "swedishcharts". Retrieved January 2nd 2010.
- ^ Break The Top Of The Charts "swedishcharts". Retrieved January 2nd 2010.
- ^ Album Promo Tour. "Official Site". Retrieved January 1st 2010.
- ^ Swedish Poster Promos. "Official Gallery". Retrieved January 1st 2010
- ^ Viva la Vida Goes Gold "Darin Official". Retrieved December 18th 2009.
- ^ Darin To Enter Melodifestivelan "ScandiPop". Retrieved November 3rd 2009.
- ^ Darin The First Jokern Diarkibkan 2010-02-11 di Wayback Machine "Oikotimes". Retrieved January 2nd 2010.
- ^ Darin's The First Wild Card "SVT". Retrieved November 3rd 2009.
- ^ Globen Awaits Darin "www.eurovision.tv". Reterieved February 27, 2010.
- ^ Darin To Release New Album Diarkibkan 2011-09-29 di Wayback Machine. universalmusic.se. Retrieved June 9, 2010.
- ^ Darin Sommarturné. www.darin.nu. Retrieved June 9, 2010.
- ^ Bokholm, Mirja (8 May 2013). "Darin och Agnes medverkar i Eurovision-mellanakt" (dalam bahasa Swedish). Sveriges Television. Dicapai pada 8 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Leona Lewis Covers Darin Track Diarkibkan 2009-11-08 di Wayback Machine "Leona Lewis Site". Retrieved January 2nd 2010.
- ^ Darin Zanyar Blog: Shayne Ward tar hjälp av svenskar (in Swedish)
- ^ "Swedish Stereo: Qpid – Under The Radar". Swedishstereo.blogspot.com. 2011-07-17. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ Автор: Damian (2011-10-20). "Swedish Stereo: Eddie Razaz – You". Swedishstereo.blogspot.com. Dicapai pada 2012-08-13.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Darin Zanyar |