Kumpulan vokal lelaki
boy bands | |
---|---|
Maklumat am | |
Asalan gaya | Early: soul music, disco, power pop, Gospel music, electronic dance music, bubblegum pop, The Beatles, 1960's girl groups. Influences in early 21st century include pop punk, indie rock, indie pop, garage rock, dance punk, pop rap,emo/post hardcore. |
Asalan budaya | late 1970's United Kingdom &United States, with precursors dating back to the mid 1960's. (The Beatles and Beatlemania.) |
Alat muzik tipikal | Vocals- electronic backing - sampler - sequencers. Others use rock band instrumentation: electric guitar, bass guitar, drums, keyboards |
Sebahagian daripada | Kumpulan pop, kumpulan vokal, kugiran |
Topik lain | |
Eurovision song contest, camp (style), pop idol, teenybopper, postmodernism, consumerism, gay culture, kitsch, pop culture, manufactured pop, tweenager, teen idol,gay icon | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kumpulan vokal lelaki (bahasa Inggeris: boy band ) merujuk kepada kumpulan penyanyi dianggotai oleh 3 atau lebih anggota lelaki, biasanya dari kalangan berusia remaja yang cenderung mempersembahkan muzik dalam genre pop atau rhythm and blues. Mereka juga turut berperanan sebagai penari yang menyerasikan pergerakan lincah mereka dengan muzik yang cocok.
Walaupun mereka dipanggil sebagai "boy band" (maksud dalam Bahasa Melayu secara harfiah: "kugiran pemuda"), mereka amat jarang memainkan alat muzik tetapi selalunya mereka bertindak sebagai kumpulan vokalis yang menyanyi secara harmoni.
Kumpulan boy band paling laris
[sunting | sunting sumber]Kumpulan remaja lelaki | Jumlah jualan | Genre | Album studio | Ahli | Tahun aktif |
---|---|---|---|---|---|
1. Backstreet Boys | 100 juta +[1][2] | Pop | 6 | 4 - 5 | 1993 - sekarang (15 tahun) |
2. New Kids on the Block | 70 juta + | Pop | 4 | 5 | 1984–sekarang (29 tahun) |
3. Westlife | 40 juta | Pop | 9 | 4 | 1998–sekarang |
4. 'N Sync | 39 juta +[3] | Pop | 3 | 5 | 1995 - 2002 (7 tahun) |
5. Take That | 38 million+ | Pop | 4 | 4 - 5 | 1990-1996,2005-sekarang |
Album Boy Band Paling Laris
[sunting | sunting sumber]Album | Boy band | Jualan Seluruh Dunia | Tahun | Jenis Lagu |
---|---|---|---|---|
Millennium | Backstreet Boys | 40 Juta | 1999 | Pop |
Backstreet Boys | Backstreet Boys | 30 Juta | 1997 | Pop |
Black & Blue | Backstreet Boys | 24 Juta | 2000 | Pop |
Step by Step | New Kids on the Block | 19 Juta | 1990 | Pop |
Hangin' Tough | New Kids on the Block | 16 Juta | 1988 | Pop |
No Strings Attached | 'N Sync | 15 Juta | 2000 | Pop |
II | Boyz II Men | 15 Juta | 1994 | R&B |
*NSYNC | 'N Sync | 13 juta | 1997 | Pop |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Maurice Starr diberi penghargaan kerana memulakan trend tersebut, dengan anak muridnya New Edition dan New Kids on the Block, walaupun istilah "boy band" masih belum wujud sehinggalah lewat 1990-an. Idea Starr ialah dengan mencedok templat tradisional daripada genre R&B (dalam kes ini ialah kumpulan remajanya New Edition) dan menggunakannya di dalam genre pop. Formula ini kemudiannya diperhalusi oleh beberapa pengurus Eropah seperti Nigel Martin-Smith dan Louis Walsh, sehinggalah pasaran pop UK sudah menjadi tepu dengan genre ini.
Penerbit TV Bert Schneider dan Bob Rafelson telah mendapatkan empat ahli untuk mempersembahkan rentak pop rancak sambil berlakon di dalam siri televisyen. Kumpulan Monkees kerap dianggap sebagai perintis di kalangan kumpulan boy band. Ditubuhkan pada tahun 1965 kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1970. Walaupun istilah tersebut paling banyak dikaitkan pada kumpulan tahun-tahun 1990-an ke atas, pendahulunya memang wujud sepanjang sejarah muzik pop. Kumpulan The Temptations, popular sekitar dekad 1960-an, dan The Bee Gees, The Jackson 5, The Osmonds, dan Earth, Wind and Fire, popular sekitar dekad 1970-an, juga dianggap sebagai satu bentuk boy band bagi sesetengah peminat. Kumpulan boy band Latin Menudo ditubuhkan pada tahun 1977.
Salah satu daripada pengurus boy band yang paling berjaya ialah Lou Pearlman, yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan boy band yang sangat berjaya seperti Backstreet Boys , 'N Sync dan US5. Di UK, produser Simon Cowell (dikenali di AS bagi siri francais American Idol/Pop Idol) juga dikenali kerana pernah menguruskan kumpulan boy band Westlife, yang dicipta oleh Louis Walsh[4] dan dipromosikan oleh bekas ahli boyband Ronan Keating dari kumpulan Boyzone.
Sejak tahun 2001, dominasi kumpulan boy band tradisional dalam carta muzik mula pudar dan mula digantikan dengan apa yang disifatkan oleh Gil Kaufman dari MTV sebagai 'boy band baru' yang 'lebih menyerupai Good Charlotte, My Chemical Romance, Sum 41, Simple Plan atau Dashboard Confessional'.[5]
Genre muzik
[sunting | sunting sumber]Walaupun kebanyakan boy band dipengaruhi genre R&B, genre muzik lain turut ditampilkan. South 65 dan Marshall Dyllon, contohnya, telah dianggap kumpulan boy band magi muzik country.
Nama-nama boy band yang terkenal
[sunting | sunting sumber]- New Kids on the Block (Amerika)
- Take That (United Kingdom)
- Boyzone (Ireland)
- Backstreet Boys (Amerika)
- N'sync (Amerika)
- Westlife (Ireland)
- F4 (Taiwan)
- Blue (United Kingdom)
- Big Bang (Korea Selatan)
- One Direction (United Kingdom)
- V Factory (Amerika)
- US5 (Jerman)
- O-town (Amerika)
- Five (Amerika)
- A1 (Norway)
- Busted (United Kingdom)
- McFly (Amerika)
- Jonas Brothers (Amerika)
- C21 (Denmark)
- NLT (Amerika)
- Varsity Fanclub (Amerika)
- Bed & Breakfast (Jerman)
- The Boyz (Jerman)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kumpulan muzik wanita (girl group)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ WKRN (2007). ""Brian Littrell Looks To Reconnect As Dove Co-Host"". WKRN.com. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - ^ Lucy Love (2007). "Backstreet Boys: Rod Laver Arena". Melbourne Beat. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - ^ Pedro Ruz Gutierrez (2007). "Pearlman's money woes follow him downtown". The Orlando Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2008-01-17. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - ^ Press Association - Louis Walsh Profile
- ^ Gil Kaufman (2007). "The New Boy Bands". MTV. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan)