Dalian Airlines
| |||||||
Ditubuhkan | 2011 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 26 Disember 2011[1] | ||||||
Pangkalan | |||||||
Program kesetiaan | Phoenix Miles | ||||||
Pesawat | 13 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 9 (jumlah keseluruhan destinasi) 6 (Jumlah Keseluruhan Destinasi untuk semasa) | ||||||
Syarikat induk | Air China (80%) | ||||||
Ibu pejabat | Dalian, Liaoning, Republik Rakyat China | ||||||
Orang penting | Zhao Xiaohang (Ketua Pengerusi) | ||||||
Laman web | www |
Dalian Airlines | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 大连航空 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 大連航空 | ||||||
Maksud harfiah | Syarikat Penerbangan Dalian Airlines | ||||||
|
Dalian Airlines Co Ltd ialah syarikat penerbangan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dalian Zhoushuizi di Dalian, Liaoning, China . Syarikat itu dimiliki bersama oleh Air China, dengan melaburkan wang tunai sebanyak RMB 800 juta untuk memegang 80% saham dalam syarikat baharu itu, dan Dalian Baoshui Zhengtong Co, melaburkan sebanyak RMB 200 juta untuk baki 20%. Syarikat Penerbangan Dalian Airlines menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo. [2] Syarikat penerbangan itu melancarkan operasi pada Tarikh 31 Disember 2011.
Status Syarikat dalam Pakatan Star Alliance
[sunting | sunting sumber]- Ahli Gabungan kepada Syarikat Penerbangan Air China
Tarikh Bergabung
[sunting | sunting sumber]Data Kod
[sunting | sunting sumber]- Kod IATA : CA (Syarikat Penerbangan Dalian Airlines memiliki Kod IATA yang sama dengan Syarikat Penerbangan Air China)
- Kod ICAO : CCD
- Panggilan: XIANGJIAN
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada Tarikh 5 Julai 2011, CAAC, pengatur penerbangan awam China, memberi kebenaran kepada Syarikat Penerbangan Air China dan Dalian Baoshui Zhengtong Co untuk menubuhkan Syarikat Dalian Airlines Co Ltd. Ini berikutan perjanjian yang dicapai antara Syarikat Penerbangan Air China dan pemerintah Dalian pada Tahun 2010.
Pemerintah Dalian telah menutup perjanjian serupa dengan Kumpulan HNA, Syarikat Induk Hainan Airlines, sebelumnya. Namun, kerana perselisihan antara kedua-dua pihak, kesepakatan itu dibatalkan selepas itu, dan membuka pintu peluang bagi Syarikat Penerbangan Air China.[4]
Syarikat penerbangan itu telah melancarkan operasi komersial bermula pada Tarikh 31 Disember 2011; penerbangan pertamanya ialah dari Dalian ke Shenzhen.[5]
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Dalian Airlines (CA)
[sunting | sunting sumber]-
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Dalian Airlines dengan Armada siri Boeing 737-800
Destinasi
[sunting | sunting sumber]Syarikat penerbangan ini akan melayani rangkaian domestik yang menghubungkan hab iaitu Dalian dengan semua ibu bandar wilayah di China, bandar pesisir, dan destinasi pelancongan. Di peringkat antarabangsa, Syarikat Penerbangan Dalian Airlines akan mengendalikan penerbangan ke Jepun dan Korea Selatan.[6]
Laluan semasa disenaraikan di bawah (setakat Jun 2012):
Senarai Destinasi (Versi Lengkap)
[sunting | sunting sumber]- Beijing PEK - Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing
- Beijing PKX - Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing
- Changsha CSX - Lapangan Terbang Huanghua
- Dalian DLC - Lapangan Terbang Zhoushuizi - Hab utama Dalian Airlines
- Hangzhou HGH - Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan
- Shenzhen SZX - Lapangan Terbang Baoan
- Xi'an XIY - Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang
Armada
[sunting | sunting sumber]Setakat Oktober 2019[kemas kini], Armada Syarikat Penerbangan Dalian Airlines merangkumi jenis Armada sebagai berikut:[7][8]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|
C (Kelas Perniagaan) | Y (Kelas Ekonomi) | Total | |||
Boeing 737-800 | 2 | 12 | 147 | 159 | |
7 | 8 | 159 | 167 | ||
4 | 8 | 168 | 176 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
- ^ http://atwonline.com/airline-finance-data/news/air-china-subsidiary-dalian-airlines-launch-dec-26-1213
- ^ "CAAC approves Air China's launch of Dalian Airlines". Air Transport World. 6 July 2011. Dicapai pada 10 July 2011.
- ^ name=StarAlliance2015
- ^ "Air China approved to set up Dalian Airlines". Asia Today. 8 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2012. Dicapai pada 10 July 2011.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-09. Dicapai pada 2012-01-24.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Dalian Airlines project awaits approval". China Civil Aviation Maintenance. 22 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2012. Dicapai pada 10 July 2011.
- ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. 2019: 11.
- ^ "Dalian Airlines Fleet Details and History". planespotters.net. 23 August 2018. Dicapai pada 23 August 2018.