Pergi ke kandungan

Cupcake Aisyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cupcake Aisyah
Nur Aisyah pada 2022
Maklumat peribadi
KelahiranNur Aisyah binti Muhammad Razip
(2000-08-24) 24 Ogos 2000 (umur 24)
WarganegaraMalaysia
PendidikanUniversiti Wesminster
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2012–kini
Pelanggan507 ribu
Jumlah tontonan122 juta
100,000 pelanggan

Nur Aisyah binti Datuk Muhammad Razip (Jawi: نور عايشه بنت محمد رازيڤ; lahir 24 Ogos 2000), atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah, merupakan seorang selebriti internet dan vlogger Malaysia yang popular di platform Youtube.[1] Beliau juga merupakan bekas pembuat cupcake di mana beliau belajar membuat cupcake dari laman sesawang YouTube era 2009-an. Beliau mula berkongsi vlog kehidupannya sejak tahun 2011 pada seawal usia 11 tahun.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Nur Aisyah dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia pada 24 Ogos 2000. Beliau berdarah Jawa dari susur galur ibunya, Datin Suhaini dan berketurunan Melayu dari bapanya. Beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Wesminster dalam bidang pengkususan digital media dan komunikasi.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Aisyah merupakan anak bongsu dalam keluarga. Beliau mempunyai tiga orang kakak dan seorang abang kandung sebapa (daripada perkahwinan pertama bapanya), serta seorang abang kandung (seibu sebapa), Mohd Hakim Muhammad Razip.

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Nama majlis penganugerahan, tahun yang diserahkan, penama anugerah, kategori anugerah, dan hasil pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Instafamous 2017 Instafamous Paling Ohsem Cupcake Aisyah Menang
2018 Menang
2019 Menang
Anugerah MeleTOP Era 2020 Influencer MeleTOP SYOK Tercalon
Inluence Asia 2017 Top Lifestyle Influencer Awards Menang
  1. ^ Amri Hassan (15 Julai 2017). "Gempak Star Of The Week; Cupcake Aisyah Vlogger Comel Serba Boleh". Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2020.
  2. ^ Gary Lee (10 April 2017). "JinnyBoy Bagged 4 Awards At Influence Asia 2017. Here're 7 More Big M'sian Winners". DiscoverKL. Dicapai pada 24 November 2020.