Pergi ke kandungan

Cornelius Sim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cornelius Sim

Cornelius Sim (Jawi: كورنيليوس سيم; Seria 16 September 1951 – Taoyuan 29 Mei 2021) ialah Vikar Apostolik untuk Vikariat Apostolik Katolik Brunei,[1] dan Uskup Titular Putia di Numidia.[2] Dilahirkan di Brunei, Sim menjadi paderi tempatan kedua yang ditahbiskan sebagai uskup pada tahun 1989 (yang pertama ialah Rev. Ivan Fang). Pada bulan Oktober 2004, beliau telah dilantik sebagai Vikar Apostolik of Brunei, dan pada 21 Januari 2005, telah ditahbiskan oleh Uskup Agung Salvatore Pennacchio.[3] Beliau berketurunan campuran Cina dan Kaum Dusun.[4]

Sim tiba di Taiwan pada 8 Mei 2021 untuk menerima rawatan terapi sel dan kemudiannya menjalani kuarantin COVID-19. Namun, kesihatan beliau secara beransur-ansur menjadi lemah dan kehilangan sebahagian besar kecergasannya. Kesihatannya semakin merosot dan Sim meninggal dunia pada 29 Mei 2021 di Chang Gung Memorial Hospital (CGMH), Taoyuan City, Taiwan.

  1. ^ "Apostolic Vicariate of Brunei Darussalam". Union of Catholic Asian News. 28 March 2007. Dicapai pada 22 December 2010.
  2. ^ "Bishop Cornelius Sim". Dicapai pada 17 March 2012.
  3. ^ "Historic moment for Church in Brunei as first bishop is ordained". Asianews.it. 14 February 2010. Dicapai pada 22 December 2010.
  4. ^ Chin, Ung-Ho (2000), The Chinese of South-East Asia, London: Minority Rights Group International, ISBN 978-1-897693-28-5