Pergi ke kandungan

Chiw Tiang Chai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senator Datuk Chiw Tiang Chai adalah ahli politik dari Melaka. Beliau adalah Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka .

Tiang Chai, 54, yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008.

Pada 22 Ogos 2011, beliau mengangkat sumpah jawatan Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.[1]

Turut angkat sumpah sebagai Senator ialah Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, Subramaniam Veruthasalam (56 tahun) dan Ketua Wanita MIC Selangor, S. Bagiam (52 tahun).