Pergi ke kandungan

Chialoup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah chialoup di Cirebon, 1775.

Chialoup (atau chaloup) adalah sejenis selup yang digunakan di Hindia Timur. Ia adalah hasil dari teknologi dan teknik pembuatan kapal barat (Belanda) dan Nusantara (Indonesia). Banyak dari "kapal-perahu" ini diproduksi di galangan kapal VOC di Rembang dan Juwana, di mana sebagian besar pekerja adalah orang Jawa lokal. Chialoup digunakan oleh VOC dan pedagang-pelaut swasta yang berasal dari barat dan Nusantara.

Deskripsi

[sunting | sunting sumber]
Perahu Jawa dengan 2 kemudi.

Layar chialoup meniru layar yang digunakan dalam selup, yang merupakan kombinasi dari layar persegi dengan jenis layar fore-and-aft yang dipasang secara umum. Perahu itu biasanya mempunyai satu tiang, kadang kala ditambah dengan tiang buritan.[1]:34 Walaupun kebanyakan chialoup menggunakan kemudi tengah gaya Eropah, sesetengahnya dilengkapi dengan dua kemudi seperempat, ciri kepulauan Nusantara. Panjangnya antara 15 hingga 25 m, dengan ruang kargo yang mencapai hampir 6 m panjangnya. Bergantung pada saiz, krew adalah antara 20 dan 40 orang. Kapasiti beban ialah 40–80 last (72.4–144.8 tan metrik).[2] Di dalam rekod syahbandar Melaka terdapat juga chialoup yang membawa sehingga 200 tan kargo dan 75 anak kapal.[3] Chialoup rata-rata bersenjata 4 meriam, 1 meriam pusing, and 7 senapang.[4]

Dalam era selepas tahun 1820 chialoup secara beransur-ansur hilang dari "Senarai Kapal dan Kenderaan Laut Hindia Belanda" yang secara berkala diterbitkan oleh kerajaan penjajah Hindia Belanda, dan istilah chialoup dalam surat khabar menjadi lebih jarang muncul, malah digantikan dengan kotter, perkataan Belanda untuk jenis selup.[5]:37[6]:434, 444[7]:42

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Knaap, Gerrit (1996). Shallow Waters, Rising Tide. Leiden: Brill. ISBN 978-90-67-18102-0.
  2. ^ Groenewegen, G. (1789). Verzameling van vier en tachtig stuks Hollandsche schepen : geteekend en in koper gebragt. Rotterdam: J. van den Brink.
  3. ^ Lee, Kam Hing (1986): 'The Shipping Lists of Dutch Melaka: A Source for the Study of Coastal Trade and Shipping in the Malay Peninsula During the 17th and 18th Centuries', in Mohd. Y. Hashim (ed.), Ships and Sunken Treasure (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia), hal. 53-76.
  4. ^ Knaap, Gerrit (1999). "Shipping and Trade in Java, c. 1775: A Quantitative Analysis". Modern Asian Studies. 33: 405–420.
  5. ^ Bruijn Kops, G.F. de (1854): 'Iets over de Zeevaart in den Indischen Archipel', Tijdschrift voor Nijverheid en Landbouw in Nederlandsch-Indië, 1, 21-69.
  6. ^ Bruyn Kops, G.F. de (1921): 'Vaartuigen', in D.G. Stibbe and C. Spat (eds.), Encyclopaedie van Nederlandsch-Indië (5; ‘sGravenhage: Nijhoff), 422-446
  7. ^ Liebner, Horst H. (2016). Beberapa Catatan Akan Sejarah Pembuatan Perahu Dan Pelayaran Nusantara. Jakarta: Indonesian Ministry of Education and Culture.

Bacaan lebih lanjut

[sunting | sunting sumber]