Chi (mitos)
Chi (Bahasa Cina: 螭 ; pinyin: chī; Wade-Giles: ch'ih) bererti "naga tanpa tanduk" atau "puaka gunung" (iaituchimei 螭魅) dalam mitos Cina. Naga tanpa tanduk ini merupakan motif yang sering ditemui dalam seni Cina purba, dan the chiwen 螭吻 (har. "mulut naga tanpa tanduk") merupakan sejenis hiasan bumbung istana dalam seni bina Cina tradisional.
Istilah
[sunting | sunting sumber]Dalam penggunaan bahasa Cina moden, chi 螭 terdapat dalam ungkapan-ungkapan seperti yang berikut:
- chilong 螭龍 (dengan "naga") "naga tanpa tanduk"
- chiniu 螭紐 (dengan "tangkai; tombol") "tangkai berukir naga (spt. pada cawan)"
- chiwen 螭吻 (dengan "mulut; bibir") "hiasan bumbung berbentuk naga"
- chishou 螭首 atau chitou 螭頭 (both with "head") "sejenis hiasan seni bina; gargoyle"
- panchiwen 蟠螭文 (dengan "melingkar" dan "corak") "corak ukiran naga meliuk-meliuk (spt. pada tiang/barang gangsa)"
- chibi 螭陛 (dengan "tangga istana") "tangga istana diraja; Maharaja"
Erti
[sunting | sunting sumber]Naga tanpa tanduk
[sunting | sunting sumber]Naskhah Lüshi Chunqiu (ca. 239 BCE) memetik Confucius yang membandingkan long 龍 "naga", chi 螭 "naga tanpa tanduk", dan yu 魚 "ikan".
Naga makan dan berenang dalam air jernih; chi berkaki satu makan dalam air jernih tetapi berenang dalam air keruh; ikan makan dan berenang dalam air keruh. Aku belum naik ke pangkat naga, dan belum turun ke pangkat ikan. Maka aku mungkin seekor chi!" (舉難, tr. Knoblock and Riegel 2000:505)
Naskhah Chuci (ca. abad ke-2 SM) menyebut chi 螭 lima kali, iaitu yang paling banyak daripada mana-mana klasik Cina. Dua konteks menyebut xuanchi 玄螭 "naga hitam tanpa tanduk"; (遠遊, tr. Hawkes 1985:198) "Mereka menghimpunkan raksasa air untuk menyertai mereka dalam tarian"; dan (思忠, tr. Hawkes 1985:275) , "Memandu naga hitam, beta berkelana ke arah utara." Satu lagi menyebut qingqiu 青虯 "naga hijau bertanduk" dan 白螭 "naga putih tanpa tanduk"; (涉江, tr. Hawkes 1985:160) "Dengan sepasukan naga hijau dan ular putih." Dua lagi konteks menyebut chi 螭 dengan long 龍 "dragons"; satu menyebut fasal empat ekor naga, (河伯, tr. Hawkes 1985:114) "...menunggang rata air dengan sesudur teratai; Dihela oleh dua ekor naga di antara dua ekor ular air"; dan satu lagi menggunakan kata majmuk chilong 螭龍 "naga tanpa tanduk", (大招, tr. Hawkes 1985:233), "Maka berenangnya naga air sebelah-menyebelah, meluru naik turun dengan deras."
Naskhah Huainanzi (ca. 139 SM) bab "Meneliti Kegelapan" (覽冥訓) menyebut chichi 赤螭 "naga merah tanpa tanduk" dan baichi 白螭 "naga putih tanpa tanduk". Chichi didapati bersama qingqiu 青虯 "naga hijau bertanduk"; (tr. Le Blanc 1987:144) "Apabila naga merah tanpa tanduk dan naga hijau bertanduk merayau di tanah Chi 冀, langitnya cerah dan buminya tentera." Baichi pula terdapat bersama benshe 奔蛇 "ular laju", (tr. Le Blanc 1987:162), yang mana rata yang dinaiki oleh dewa-dewi Fu Xi dan Nüwa "didahului oleh ular putih dan diikuti oleh luar laju."
Biografi Sima Xiangru dalam naskhah Shiji "Catatan Ahli Sejarah Agung" (ca. 100 SM) menyertakan dua rangkap puisinya (tr. Watson 1993:2:309, 312) yang menyebut chichi 赤螭 "naga merah tanpa tanduk." Puisi "Taman Shanglin" 上林賦 menyebut chichi bersama jiaolong 蛟龍: "Di sinilah naga bertanduk dan naga merah tanpa tanduk"; puisi "Guru Maya" 子虛賦 pula menyebutnya dengan qingqiu 青虯: "naga merah tanpa tanduk dan naga hijau bertanduk."
Naskhah-naskhah tadi menyebut tentang makhluk chi 螭 "naga tanpa tanduk" yang berwarna putih, hitam dan merah, yang bercanggah dengan takrifan "umpama naga berwarna kuning" oleh Shuowen Jiezi. Bagaimanapun, adanya penjelasan yang barangkali dalam ulasan Hanshu (揚雄傳) oleh Wei Zhao, yang menghuraikan puaka chi 螭 sebagai "menyerupai harimau bersisik".
Kebanyakan kamus yang kemudian menentukan pembezaan antara qiu 虯 "naga bertanduk" dan chi 螭 "naga tanpa tanduk", misalnya: Guangya (ca. 230 M), Longkan Shoujian (997 M), dan Piya (ca. 1080 M).
Groot (1910:5:1141-2) menyediakan satu gambar batu bersurat perkuburan yang dihiasi dengan seekor chi dan ilustrasi naga tanpa tanduk ini oleh Gujin Tushu Jicheng.
Puaka gunung
[sunting | sunting sumber]Varian chi 螭 "naga" bagi chimei 螭魅 atau 魑魅 "puaka" hanya wujud sebagai morfem terikat dalam chimei, tetapi mei 魅 wujud dalam ungkapan-ungkapan lain seperti meili 魅力 (dengan "kuasa") "penyihiran; terpesona; daya tarikan". Kedua-dua bahasa Cina dan Jepun moden lazimnya menggunakan aksara-aksara "beradikal hantu" 鬼 untuk menulis chimei atau chimi 魑魅dan wangliang atau mōryō 魍魎, tetapi kedua-duanya tidak biasa tercatat dalam naskhah klasik. Naskhah Hanshu (111 M) mula-mula menulis chimei sebagai 魑魅, tetapi naskhah-naskhah yang lebih awal (cth.,Zuozhuan di bawah, dan Shiji [91 SM]) menulisnya sebagai 螭魅, dengan varian "naga tanpa tanduk". Naskhah Guoyu (ca. abad ke-4 SM) paling awal tertera wangliang sebagai 魍魎, tetapi banyak lagi naskhah klasik (cth., Shuoyuan,Zhuangzi, Huainanzi, dan Chuci) yang menulisnya sebagai 罔兩, iaitu tanpa "radikal hantu".
Chimei 螭魅 digabungkan bersama wangliang dalam ungkapan chimei-wangliang 魑魅魍魎 "iblis dan syaitan; puaka". Memandangkan sesetengah pengulas membezakan chimei "puaka gunung dan hutan" dan wangliang "puaka sungai dan rawa", seperti yang didapati oleh Carr (1990:137), chimei-wangliang boleh bermaksud "'puaka, raksasa' secara umum atau 'puaka gunung dan air' secara berasingan".
Ulasan Zuozhuan (ca. 389 SM) ke atas Chunqiu paling awal tercatat chimei 螭魅dan chimei-wangliang 螭魅罔兩 sekali.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Benedict, Paul K. 1976. "Sino-Tibetan: Another Look," Journal of the American Oriental Society 96:167-197.
- Birrell, Anne, tr. 2000. The Classic of Mountains and Seas. Penguin.
- Boodberg, Peter A. 1935. "Sino-Tibetan Notes." Reprinted in 1979. Selected Works of Peter A. Boodberg, compiled by Alvin P. Cohen. University of California Press. 1979:162-70.
- Carr, Michael. 1990. "Chinese Dragon Names",Linguistics of the Tibeto-Burman Area 13.2:87-189.
- De Groot, Jan Jakob Maria. 1892-1910.The Religious System of China: Its Ancient Forms, Evolution, History and Present Aspect, Manners, Customs and Social Institutions Connected Therewith. 6 volumes. Brill Publishers.
- Hawkes, David, tr. 1985. The Songs of the South: An Anthology of Ancient Chinese Poems by Qu Yuan and Other Poets. Penguin.
- Karlgren, Bernhard. 1957. Grammata Serica Recensa. Museum of Far Eastern Antiquities.
- Knoblock, John and Jeffrey Riegel. 2000. The Annals of Lü Buwei: A Complete Translation and Study. Stanford: Stanford University Press.
- Kroll, Paul W. 1989. "[Review of] Le Symbolisme du dragon dans la Chine antique by Jean-Pierre Dieny,"Journal of the American Oriental Society 109.2:325-30.
- Le Blanc, Charles. 1985. Huai-nan Tzu: Philosophical Synthesis in Early Han Thought: The Idea of Resonance (Kan-Ying) With a Translation and Analysis of Chapter Six. Hong Kong University Press.
- Legge, James, tr. 1872. The Ch'un Ts'ew with the Tso Chuen. Oxford University Press.
- Matisoff, James A. 1985. "God and the Sino-Tibetan Copula with some good news concerning Selected Tibeto-Burman Rhymes," Journal of Asian and African Studies 29:1-81.
- Schuessler, Axel. 2007. ABC Etymological Dictionary of Old Chinese. University of Hawaii Press.
- Visser, Marinus Willern de. 1913. The Dragon in China and Japan. J. Müller.
- Watson, Burton, tr. 1993. Records of the Grand Historian, by Sima Qian. Columbia University Press.
- Welch, Patricia Bjaaland. 2008. Chinese Art. Tuttle.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- 螭 entry, Chinese Etymology
- 螭 entry page, Kamus Kangxi 1716 M