Chan Seng Khai
Penampilan
Chan Seng Khai | |
---|---|
田承凯 | |
Datuk Bandar Kuching Selatan kedua | |
Dalam jawatan 1 January 1997 – 31 July 2005 | |
Timbalan | Mohd Amin Hassan |
Didahului oleh | Song Swee Guan |
Digantikan oleh | Chong Ted Tsiung |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuching, Jajahan Mahkota Sarawak | 19 Julai 1953
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Barisan Nasional |
Chan Seng Khai (Cina ringkas: 田承凯; Cina tradisional: 田承凱; Pinyin Mandarin: Tián Chéngkǎi; Jyutping: Tin4 Sing4 Hoi2; Pe̍h-ōe-jī: Chhân Sêng-khái) merupakan datuk bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan kedua sejak 1997. Beliau menggantikan Datuk Song Swee Guan, yang merupakan datuk bandar pertama bandar itu, pada tahun 1988 apabila Kuching dinaikkan kepada status Bandaraya dan dibahagikan kepada Selatan dan Utara. Chan ialah ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan dipilih sebagai ADUN kawasan Batu Lintang di Kuching pada 1991, 1996 dan 2001. Pada tahun 2006, semasa pilihan raya negeri Sarawak, beliau tewas dalam bidaan pemilihan semula sebagai ADUN kepada calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Voon Lee Shan.