Pergi ke kandungan

Chai "Mushi" Yee Fung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mushi
Fail:MushiwRedBull.jpg
Mushi bersama dengan Red Bull
Kelahiran
Chai Yee Fung

(1990-11-27) 27 November 1990 (umur 34)
Malaysia Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainMushi
Pekerjaan
Tahun aktif2011–kini
Terkenal keranaPemain Dota 2
Anak-anak1

Chai Yee Fung (lahir 27 November 1990), juga dikenali sebagai Mushi merupakan pemain dan jurulatih profesional permainan video Dota 2. Dia merupakan salah satu atlet esports yang terkenal di Malaysia.[1] Menyertai Orange dalam perlawanan kejohanan Dota 2 sejak 2011, beliau ialah salah satu generasi esports Malaysia paling awal. Bersama dengan Soloz, dia salah satu pemain esports Malaysia dengan pendapatan paling tinggi.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Mushi lahir dari keluarga kelas ekonomi menengah China di Malaysia. Ayah dan ibu Mushi pada awalnya sangat tidak bersetuju dengan pilihan anaknya yang semakin dewasa, semakin banyak bermain. Sang ibu terpaksa mengurung Mushi seharian dalam bilik kerana mengira anaknya sudah sakau akan game.[3]

Mushi mengatakan bahawa ia tidak akan mahu menyerah atas pilihannya. Dia bekerja pada bahagian elektronik dan teknologi, sebelum memulakan kerjayanya dengan menyertai Orange pada 2011.

sebagai pemain

[sunting | sunting sumber]

Mushi menyertai kelab esports, Orange pada 5 September dan memenangi Anugerah Gosu dengan peran Mid Solo. Bersama kelabnya mereka mara sebagai juara The International 2013, di Seattle, Amerika Syarikat. Kejohanan itu ditaja oleh Valve.

Selain untuk Orange, dia pernah bermain untuk Team DK, EHOME, Fnatic, Mineski Filipina, Tigers, Team Asters, Geek Fam dan Keen Gaming sebelum memutuskan untuk menjadi pemain-jurulatih pada 2019.[4]

sebagai jurulatih

[sunting | sunting sumber]

Dia pertama kali mencuba untuk melatih semasa bersama Mineski Filipina pada akhir 2019. Dengan hasil peringkat tengah, pada 2022 dia melatih kelab esports Indonesia BOOM Esports dan berjaya memenangi Gamers Galaxy di Dubai.[5] Kejayaan dan pengaruhnya sebagai pemain dahulu, sangat padu untuk melatih pasukan kebangsaan Dota 2 Malaysia dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Skuad semasa Malaysia dalam kejohanan itu ialah Cheng "NothingToSay", Daniel "Ghost" Chan, Thiay "JT-" Jun Wen, pemain lama YamateH dan Yap "xNova" Jian Wei. Malaysia berjaya mara sebelum harus mengakui kebolehan China pada separuh akhir perlawanan. Mereka menewaskan Kyrgyzstan untuk mendapatkan pingat gangsa.[6]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mushi telah menikah dan memiliki seorang anak.[7]

  1. ^ "Dota 2 - Mushi rời Fnatic". Cổng thông tin Game8.vn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-26.
  2. ^ "Nama "Mushi" disebutkan dalam teks buku pelajaran Malaysia". GGWP.ID (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-26.
  3. ^ Esports Stories (2017-04-05), The Story of Mushi | UPDATED | Chai Yee Fung | Mineski | Dota 2 | Biography | Profile, dicapai pada 2025-01-26
  4. ^ "Dota 2: Fnatic Exit". Red Bull (dalam bahasa Inggeris). 2016-07-28. Dicapai pada 2025-01-26.
  5. ^ Kathuria, Rakshak (2022-03-07). "BOOM Esports Are Your Gamers Galaxy: Dota 2 Invitational Series Dubai 2022 Champions". AFK Gaming (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-27.
  6. ^ Palzang, Dorjee (2023-10-01). "China and Mongolia to Clash in Grand Finals of Asian Games Dota 2 Championships". AFK Gaming (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-27.
  7. ^ Aryani, Ammar (2022-09-15). "Boom Esports Coach Mushi Becomes a Father". AFK Gaming (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-26.