Penstriman langsung
Penstriman langsung merujuk kepada media striman secara dalam talian (online) yang dirakam dan disiarkan secara serentak dalam masa nyata.[1] Ia sering dikenali sebagai streaming, tetapi istilah yang disingkat ini tidak jelas kerana hanya merujuk kepada media yang dihantar dan dimainkan semula secara serentak tanpa memerlukan fail yang dimuat turun sepenuhnya. Media bukan langsung seperti video atas permintaan (video-on-demand), vlog, dan video YouTube disiarkan secara teknikal, tetapi tidak disiarkan secara langsung.
Perkhidmatan siaran langsung merangkumi pelbagai topik, dari media sosial, permainan video hingga sukan profesional. Platform seperti Facebook Live, Periscope, Kuaishou, DouYu, bilibili dan 17LIVE merangkumi penstriman promosi berjadual dan acara selebriti serta streaming antara pengguna, seperti ddalam videotelefoni (videotelephony).[2] Laman web seperti Twitch telah menjadi popular untuk menonton orang bermain permainan video, seperti di e-sukan, gaya bermain Let's Play, atau speedrunning.
Penstriman langsung sudah semakin terkenal. Berbagai-bagai platform media sosial juga menambahkan fungsi penstriman langsung pada platform masing-masing. Twitter mempunyai perisian penstriman sendiri yang dikenali sebagai Periscope. Facebook dan Instagram juga telah memperkenalkan fungsi ini pada akhir tahun 2015 dan 2016.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Apa itu Streaming Langsung". Cloudflare (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-06.
- ^ "Pengertian Streaming serta Jenis dan Penerapannya" (dalam bahasa Indonesia).
- ^ "Pengertian Live Streaming" (dalam bahasa Indonesia).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Penstriman langsung di Wikimedia Commons