Cate Blanchett
Cate Blanchett | |
---|---|
Kelahiran | Catherine Élise Blanchett 14 Mei 1969 |
Kerakyatan | Australia |
Pusat pendidikan | Institut Kebangsaan Seni Dramatik Universiti Melbourne |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1989–sekarang |
Pasangan | Andrew Upton (k. 1997) |
Anak-anak | 4 |
Catherine Élise "Cate" Blanchett AC (/ˈblɑːn.tʃət/;[1] lahir 14 Mei 1969) ialah seorang pelakon dan pengarah teater Australia. Beliau telah menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah Akademi, tiga Anugerah Screen Actors Guild, tiga Anugerah Golden Globe dan tiga Anugerah Filem Akademi British. Blanchett mendapat perhatian antarabangsa selepas peranannya sebagai Elizabeth I dalam filem 1998, Elizabeth dimana beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe serta mendapat pencalonan buat pertama kali Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem 2004 arahan Martin Scorsese, The Aviator mendapatkan beliau pujian kritis dan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai Jasmine French dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine dimana beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Blanchett adalah salah seorang daripada enam pelakon dan satu-satunya pelakon wanita untuk menerima pencalonan Anugerah Akademi dengan melakonkan watak yang sama dalam dua filem serta satu-satunya pelakon Australia untuk memenangi dua Oskar. Dicalonkan untuk Oskar sebanyak tujuh kali, beliau menerima pencalonan untuk Notes on a Scandal (2006), Elizabeth: The Golden Age (2007), I'm Not There (2007) dan Carol (2015). Antara filem beliau yang lain termasuk The Talented Mr. Ripley (1999), trilogi The Lord of the Rings (2001–03) dan trilogi The Hobbit (2012–14), Babel (2006), The Curious Case of Benjamin Button (2008), How to Train Your Dragon 2 (2014) dan Cinderella (2015).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Blanchett dilahirkan pada 14 Mei 1969 di Ivanhoe.[2] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai jurutera sistem komputer dan seorang adik perempuan yang bekerja sebagai pereka teater.[3] Ibu beliau, June (née Gamble),[4] bekerja sebagai pemaju hartanah dan guru manakala bapa beliau, Robert DeWitt Blanchett, Jr. adalah seorang penduduk Texas, bekas pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang kemudiannya bekerja sebagai eksekutif pengiklanan.[5][6] Blanchett berketurunan Inggeris, Scotland dan Perancis.[7][8][9]
Beliau menghadiri sekolah rendah di Sekolah Rendah Ivanhoe Timur. Untuk pendidikan menengah, beliau menghadiri Sekolah Grammar Perempuan Ivanhoe dan kemudiannya Kolej Methodist Perempuan.[10] Beliau mempelajari ekonomi dan seni halus di Universiti Melbourne tetapi keluar selepas setahun untuk pergi luar negara. Semasa di Mesir, Blanchett diminta untuk menjadi pelakon tambahan sebagai ahli sorak Amerika dalam filem tinju Mesir, Kaboria dan kerana memerlukan duit, beliau menerima tawaran tersebut.[3][11] Selepas kembali ke Australia, beliau berpindah ke Sydney dan mendaftar di Institut Kebangsaan Seni Dramatik (NIDA) untuk mengejar kerjaya lakonan.[11] Beliau menamatkan pengajian dari NIDA pada tahun 1992.[3]
Karier
[sunting | sunting sumber]1992–2000
[sunting | sunting sumber]Peranan pentas besar pertama Blanchett adalah dalam lakonan pentas tahun 1992, Oleanna untuk Syarikat Teater Sydney. Pada tahun itu, beliau dipilih untuk watak Clytemnestra dalam produksi Sophocles, Electra. Beberapa minggu selepas latihan, pelakon yang melakonkan peranan utama menarik diri dan pengarah, Lindy Davies memilih Blanchett untuk peranan tersebut. Lakonan beliau sebagai Electra menjadi salah satu peranan beliau yang dipuji secara meluas di NIDA.[12] Pada tahun 1993, Blanchett dianugerahkan Anugerah Pendatang Baru Pengkritik Teater Sydney untuk lakonannya dalam Kafka Dances dan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Oleanna, menjadikan beliau pelakon pertama untuk memenangi kedua-dua kategori pada tahun yang sama.[12] Blanchett melakonkan watak Ophelia dalam produksi tahun 1994–95, Hamlet diarahkan oleh Neil Armfield, dibintangi Rush dan Richard Roxburgh dan dicalonkan untuk Anugerah Green Room. Beliau muncul dalam minisiri TV tahun 1994, Heartland, minisiri tahun 1995, Bordertown dan dalam sebuah episod Police Rescue bertajuk "The Loaded Boy".[13][14] Beliau juga muncul dalam filem pendek 50 minit, Parklands (1996) yang menerima pencalonan Institut Filem Australia (AFI) untuk Lakon Layar Asal Terbaik.[15][16]
Blanchett membuat penampilan filem pertamanya sebagai seorang jururawat Australia yang ditangkap oleh Tentera Jepun semas Perang Dunia Kedua dalam filem 1997, Paradise Road yang dibintangi Glenn Close dan Frances McDormand. Peranan utama pertamanya, juga pada tahun 1997, merupakan sebagai Lucinda Leplastrier dalama Oscar and Lucinda. Blanchett menerima pujian meluas untuk lakonannya[11] dan meneriman pencalonan Anugerah AFI pertamanya untuk Pelakon Wanita Terbaik tetapi tewas kepada Deborah Mailman.[17] Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik AFI pada tahun yang sama untuk peranannya sebagai Lizzie dalam filem 1997, Thank God He Met Lizzie, juga dibintangi Richard Roxburgh dan Frances O'Connor.[11]
Peranan antarabangsa berprofil tinggi pertamanya adalah sebagai Elizabeth I dari England dalam filem 1998, Elizabeth, diarahkan oleh Shekhar Kapur. Filem ini melonjakkan beliau menjadi terkenal dan lakonan beliau mendapat pengiktirafan yang meluas. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe dan Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) serta menerima pencalonan Anugerah Screen Actors Guild (SAG) dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pada tahun berikutnya, Blanchett muncul dalam Bangers, sebuah filem pendek Australia sebahagian daripada Stories of Lost Souls. Beliau juga muncul dalam filem komedi, Pushing Tin, juga dibintangi Billy Bob Thornton dan Angelina Jolie[11] serta The Talented Mr. Ripley bersama-sama Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Jude Law dan Philip Seymour Hoffman. Beliau menerima pencalonan BAFTA keduanya untuk lakonannya dalam The Talented Mr. Ripley.
2000–2007
[sunting | sunting sumber]Sudah menjadi seorang pelakon terkenal, Blanchett menerima ramai peminat baru apabila beliau muncul dalam trilogi The Lord of the Rings, melakonkan watak Galadriel dalam ketiga-tiga filem. Trilogi ini memegang rekod sebagai filem trilogi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[18] Sebagai tambahan kepada The Lord of the Rings, tahun 2001 juga menyaksikan Blanchett mempelbagaikan portfolio beliau dengan pelbagai peranan dalam Charlotte Gray, The Shipping News dan Bandits dimana beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Golden Globe dan Anugerah SAG.[19] Pada tahun 2002, Blanchett muncul bersama-sama Giovanni Ribisi dalam Heaven.[20] Tahun 2003 sekali lagi menyaksikan Blanchett melakonkan pelbagai peranan; Galadriel dalam filem ketiga dan terakhir trilogi Lord of the Rings (yang memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik), The Missing, Coffee and Cigarettes dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Independent Spirit dan Veronica Guerin yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Golden Globe.
Pada tahun 2005, beliau memenangi Anugerah Akademi pertamanya untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem arahan Martin Scorsese, The Aviator.[21] Pada tahun itu, Blanchett memennagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Institut Filem Australia untuk peranannya sebagai Tracy Heart dalam filem Australia, Little Fish.[22] Walaupun kurang dikenali di peringkat global berbanding filem-filem beliau, Little Fish menerima pujian kritis di negara asal beliau, Australia dan dicalonkan untuk 13 anugerah Institut Filem Australia.[23][24]
Pada tahun 2006, beliau membintangi bersama-sama Brad Pitt dalam Babel, diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu yang menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, The Good German bersama-sama George Clooney dan Notes on a Scandal bersama-sama Judi Dench.[11] Blanchett menerima pencalonan Anugerah Akademi ketiga beliau untuk lakonan dalam Notes on a Scandal.[25]
Pada tahun 2007, Blanchett dinamakan oleh majalah Time sebagai salah seorang daripada 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya oleh majalah Forbes.[26] Blanchett membuat penampilan kameo sebagai Janine, seorang saintis forensik dan bekas teman wanita karakter Simon Pegg dalam Hot Fuzz (2007).
Beliau menyambung wataknya sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem sekuel tahun 2007, Elizabeth: The Golden Age dan melakonkan watak Jude Quinn dalam I'm Not There. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Piala Volpi di Festival Filem Venice, Anugerah Independent Spirit dan Anugerah Golden Globe untuk lakonan beliau sebagai Jude Quinn.[27] Di Anugerah Akademi ke-80, Blanchett menerima dua pencalonan Anugerah Akademi—Pelakon Wanita Terbaik untuk Elizabeth: the Golden Age dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk I'm Not There—menjadikan beliau pelakon kesebelas untuk menerima dua pencalonan pelakon pada tahun yang sama.[28] Untuk pencapaian beliau pada tahun itu, Roger Ebert berkata, "Blanchett boleh muncul dalam Festival Filem Toronto yang sama melakonkan watak Elizabeth dan Bob Dylan, kedua-duanya dengan baik sekali merupakan satu keajaiban lakonan".[29]
2008–2011
[sunting | sunting sumber]Beliau muncul dalam filem arahan Steven Spielberg, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull sebagai penjahat ejen KGB Col. Dr. Irina Spalko,[30] dan dalam filem arahan David Fincher yang menerima pencalonan Oskar, The Curious Case of Benjamin Button, juga dibintangi Brad Pitt. Pada 5 Disember 2008, Blanchett telah dianugerahkan dengan bintang di Hollywood Walk of Fame.[31] Blanchett menyuarakan karakter Granmamare dalam versi Bahasa Inggeris Ponyo, dikeluarkan pada bulan Julai 2008.[32]
Blanchett kembali ke teater pada tahun 2009 menerusi produksi Syarikat Teater Sydney, A Streetcar Named Desire, diarahkan oleh Liv Ullmann. Beliau membintangi sebagai Blanche DuBois bersama-sama Joel Edgerton sebagai Stanley Kowalski. Ia menerima kejayaan kritis serta komersial dan Blanchett menerima pujian meluas unuk lakonan beliau sebagai Blanche DuBois.[6][33][34][35] Blanchett memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama.[36] Produksi itu dan Blanchett menerima Anugerah Helen Hayes.[37]
Blanchett muncul bersama-sama Russell Crowe dalam filem arahan Ridley Scott, Robin Hood pada tahun 2010. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak ejen CIA, Marissa Wiegler dalam filem aksi thriller arahan Joe Wright, Hanna.
Pada tahun 2011, Blanchett mengambil bahagian dalam dua produksi Syarikat Teater Sydney. Beliau melakonkan watak Lotte Kotte Groß und klein (Big and Small), diarahkan oleh Benedict Andrews.[38] Selepas persembahan di Sydney, produksi itu menjelajah ke London, Paris, Festival Vienna dan Ruhrfestspiele.[6] Blanchett dan produksi itu menerima pujian meluas.[39][40][41][42][43] Blanchett dicalonkan untuk Anugerah Evening Standard London untuk Pelakon Wanita Terbaik,[44], memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama[45] dan Anugerah Helpmann untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau kemudiannya melakonkan watak Yelena dalam Uncle Vanya.[46] Produksi itu dan Blanchett menerima pujian kritis.[47][48][49]
2012–sekarang
[sunting | sunting sumber]Blanchett menyambung watak beliau sebagai Galadriel di dalam filem The Hobbit (2012–14), prekuel kepada siri filem The Lord of the Rings.[50] Beliau menyuarkaan watak "Penelope" dalam sebuah episod Family Guy bertajuk "Mr. and Mrs. Stewie" dan Ratu Elizabeth II di dalam episod "Family Guy Viewer Mail 2".[51][52] Blanchett kembali dalam filem Australia dengan muncul dalam The Turning (2013), sebuah filem antologi berdasarkan koleksi cerita pendek oleh Tim Winton.[53] Beliau merupakan ketua juri Festival Filem Antarabangsa Dubai pada tahun 2012 dan 2013.[54]
Pada tahun 2013, Blanchett melakonkan watak Jasmine French, watak utama dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine, juga dibintangi Alec Baldwin dan Sally Hawkins. Beliau menerima ulasan hangat untuk lakonan beliau dengan beberapa pengkritik menggelarkan ia sebagai peranan terbaik dalam kariernya (mengatasi peranan beliau dalam Elizabeth).[55] Lakonan beliau mendapatkannya lebih daripada 40 anugerah industri dan pengkritik termasuk Anugerah LAFCA, Anugerah NYFCC, Anugerah NSFC, Anugerah Critics' Choice, Anugerah Lakonan Luar Biasa Tahunan Festival Filem Antarabangsa Santa Barbar, Anugerah Akademi Australia (AACTA), anugerah SAG, anugerah Golden Globe, anugerah BAFTA, Anugerah Independent Film Spirit dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemenangan Blanchett menjadikan beliau pelakon wanita keenam untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua kategori lakonan, pelakon ketiga untuk memenangi Pelakon Wanita Terbaik selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan pelakon Australia pertama untuk memenangi lebih daripada satu Oskar bagi kategori lakonan.[56][57]
Pada tahun 2014, Blanchett membintangi bersama-sama Matt Damon dan George Clooney dalam The Monuments Men.[58] Filem ini juga dibintangi John Goodman, Bill Murray, Hugh Bonneville dan Jean Dujardin. Beliau menyuarakan watak Valka dalam filem 2014, How to Train Your Dragon 2.[59] Blanchett utga muncul dalam siri TV Australia, Rake sebagai Cleaver.< Pada 29 Januari 2015, beliau mengacarakan Anugerah AACTA ke-4 bersama-sama AACTA Deborah Mailman.[60]
Pada tahun 2015, Blanchett membintangi lima filem. Beliau melakonkan watak Nancy dalam filem arahan Terrence Malick, Knight Of Cups yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada bulan Februari 2015.[61] Beliau melkonkan watak Lady Tremaine, ibu tiri Cinderella dalam filem Disney, Cinderella.[62][63] Beliau membintangi bersama-sama Rooney Mara dalam Carol, sebuah filem adaptasi Patricia Highsmith, The Price of Salt. Blanchett merupakan penerbit eksekutif filem ini. Beliau juga melakonkan watak Mary Mapes dalam Truth, sebuah filem tentang kontroversi dokumen Killian. Syarikat produksi Blanchett merupakan rakan kongsi penerbit untuk filem ini.[64] Blanchett juga muncul dalam Manifesto.
Blanchett dijadual akan muncul dalam filem arahan Malick, Weightless.[65] Beliau juga akan membintangi sebagai Marisa Acocella Marchetto dalam filem HBO, Cancer Vixen, ditulis dan diarahkan oleh Julie Delpy.[66] Blanchett akan menyuarakan watak Kaa dalam Jungle Book: Origins.[67] Blanchett akan menyuarakan salah satu daripada dua versi dokumentari arahan Terrence Malick, Voyage of Time, dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[68][69]
Blanchett akan membangun dan mengarah siri drama Australia, Stateless. Projek ini dibiayai oleh Screen Australia dan diterbitkan oleh syarikat produksi Blanchett dan Andrew Upton.[13][70] Pada bulan September 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett akan melakonkan watak Lucille Ball dalam sebuah filem biografi yang belum mempunyai tajuk.[71] Pada bulan November 2015, ia telah dilaporkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem adaptasi dari buku, Where'd You Go Bernadette yang akan diarahkan oleh Richard Linklater.[72] Pada bulan Disember 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk melakonkan salah satu watak wanita utama dalam Thor: Ragnarok.[73]
Sehingga tahun 2015, filem-filem Blanchett telah mengutip lebih daripada 9 bilion dolar di box-office seluruh dunia.[74] Sehingga tahun 2015, Blanchett telah muncul dalam tujuh filem yang dicalonkan Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik: Elizabeth (1998), trilogi The Lord of the Rings (2001, 2002 dan 2003), The Aviator (2004), Babel (2006) dan The Curious Case of Benjamin Button (2008).
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Suami Blanchett adalah seorang penulis drama dan skrip, Andrew Upton. Mereka berjumpa pada tahun 1996 di set sebuah rancangan TV,[75] dan berkahwin pada 29 Disember 1997.[76] Blanchett dan Upton mempunyai empat orang anak: Dashiell John (l. Disember 2001),[77] Roman Robert (l. April 2004),[78] Ignatius Martin (l. April 2008),[79] dan anak angkat, Edith Vivian Patricia.[80]
Filmografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1990 | Kaboria | Pelakon tambahan | |
1996 | Parklands | Rosie | Filem pendek |
1997 | Paradise Road | Susan Macarthy | |
1997 | Thank God He Met Lizzie | Lizzie | |
1997 | Oscar and Lucinda | Lucinda Leplastrier | |
1998 | Elizabeth | Ratu Elizabeth I | |
1999 | An Ideal Husband | Lady Gertrude Chiltern | |
1999 | Bangers | Julie-Anne | Filem pendek; penerbit |
1999 | Pushing Tin | Connie Falzone | |
1999 | The Talented Mr. Ripley | Meredith Logue | |
2000 | The Gift | Annabelle "Annie" Wilson | |
2000 | The Man Who Cried | Lola | |
2001 | The Shipping News | Petal Quoyle | |
2001 | Charlotte Gray | Charlotte Gray | |
2001 | Bandits | Kate Wheeler | |
2001 | The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring | Galadriel | |
2002 | Heaven | Philippa | |
2002 | The Lord of the Rings: The Two Towers | Galadriel | |
2003 | Coffee and Cigarettes | Diri sendiri & Shelly | |
2003 | Veronica Guerin | Veronica Guerin | |
2003 | The Missing | Magdalena "Maggie" Gilkeson | |
2003 | The Lord of the Rings: The Return of the King | Galadriel | |
2004 | The Life Aquatic with Steve Zissou | Jane Winslett-Richardson | |
2004 | The Aviator | Katharine Hepburn | |
2005 | Little Fish | Tracy Heart | |
2006 | Babel | Susan Jones | |
2006 | The Good German | Lena Brandt | |
2006 | Notes on a Scandal | Sheba Hart | |
2007 | Hot Fuzz | Janine | Kameo tidak dikredit |
2007 | In the Company of Actors | Diri sendiri | Dokumentari |
2007 | Elizabeth: The Golden Age | Ratu Elizabeth I | |
2007 | I'm Not There | Jude Quinn (Bob Dylan) | |
2008 | Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull | Kolonel-Doktor Irina Spalko | |
2008 | The Curious Case of Benjamin Button | Daisy Fuller | |
2009 | Ponyo | Granmamare | Suara dalam versi Bahasa Inggeris |
2010 | Robin Hood | Lady Marian | |
2011 | Hanna | Marissa Wiegler | |
2012 | The Hobbit: An Unexpected Journey | Galadriel | |
2013 | Blue Jasmine | Jeanette "Jasmine" Francis | |
2013 | The Turning | Gail Lang | |
2013 | The Galapagos Affair | Dore Strauch | Dokumentari; suara |
2013 | The Hobbit: The Desolation of Smaug | Galadriel | |
2014 | The Monuments Men | Claire Simone | |
2014 | How to Train Your Dragon 2 | Valka | Suara |
2014 | The Hobbit: The Battle of the Five Armies | Galadriel | |
2015 | Knight of Cups | Nancy | |
2015 | Cinderella | Lady Tremaine | |
2015 | Carol | Carol Aird | Penerbit eksekutif |
2015 | Truth | Mary Mapes | |
2015 | Manifesto | 13 peranan | |
2016 | Weightless | ||
2016 | Voyage of Time | Pencerita | Dokumentari |
2017 | Jungle Book: Origins | Kaa | Suara |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1993 | Police Rescue | Pn. Haines | Episod: "The Loaded Boy" |
1994 | Heartland | Elizabeth Ashton | 13 episod |
1995 | Bordertown | Bianca | Minisiri |
2012 | Family Guy | Penelope / Ratu Elizabeth II | Suara; 2 episod |
2014 | Rake | Clarice Greene (dalam filem) | Episod 3.3 |
Anugerah utama
[sunting | sunting sumber]Fail:Cate Blanchett Deauville 2014 3.jpg
Blanchett pada tahun 2014 | ||
Anugerah
|
Menang
|
Pencalonan |
---|---|---|
Akademi | 2 | 7 |
AACTA | 6 | 7 |
BAFTA | 3 | 7 |
Critics' Choice | 3 | 12 |
Golden Globe | 3 | 9 |
Independent Spirit | 3 | 5 |
Screen Actors Guild | 3 | 14 |
Tahun | Filem | Kategori | Keputusan | |
---|---|---|---|---|
Anugerah Akademi | ||||
1999 | Elizabeth | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
2005 | The Aviator | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
2007 | Notes on a Scandal | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
2008 | Elizabeth: The Golden Age | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
I'm Not There | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2014 | Blue Jasmine | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
2016 | Carol | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
Institut Filem Amerika | ||||
2002 | Bandits | Pelakon Tahunan — Wanita | Tercalon | |
Anugerah AACTA | ||||
1998 | Thank God He Met Lizzie | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
1999 | Oscar and Lucinda | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
2006 | Little Fish | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
− | Anugerah Pilihan Pembaca News Limited | Menang | ||
2008 | Elizabeth: The Golden Age | Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa | Menang | |
2014 | Blue Jasmine | Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa | Menang | |
2016 | Carol | Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa | Menang | |
Anugerah Filem Akademi British | ||||
1999 | Elizabeth | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Menang | |
2000 | The Talented Mr. Ripley | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu | Tercalon | |
2005 | The Aviator | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu | Menang | |
2008 | Elizabeth: The Golden Age | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Tercalon | |
I'm Not There | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu | Tercalon | ||
2014 | Blue Jasmine | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Menang | |
2016 | Carol | Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama | Tercalon | |
Institut Filem British | ||||
2016 | − | BFI Fellowship | Menang | |
Anugerah Golden Globe | ||||
1999 | Elizabeth | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Menang | |
2002 | Bandits | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Komedi atau Muzikal | Tercalon | |
2004 | Veronica Guerin | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Tercalon | |
2005 | The Aviator | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem | Tercalon | |
2007 | Notes on a Scandal | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem | Tercalon | |
2008 | Elizabeth: The Golden Age | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Tercalon | |
I'm Not There | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem | Menang | ||
2014 | Blue Jasmine | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Menang | |
2016 | Carol | Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama | Tercalon | |
Anugerah Independent Spirit | ||||
2005 | Coffee and Cigarettes | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
2008 | I'm Not There | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
Anugerah Robert Altman | Menang | |||
2014 | Blue Jasmine | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
2016 | Carol | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
National Board of Review | ||||
2002 | The Man Who Cried The Shipping News The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
2004 | The Lord of the Rings: The Return of the King | Lakonan Terbaik oleh Barisan Pelakon | Menang | |
Anugerah Screen Actors Guild | ||||
1999 | Elizabeth | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Tercalon | |
2002 | Bandits | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu | Tercalon | |
The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | ||
2003 | The Lord of the Rings: The Two Towers | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | |
2004 | The Lord of the Rings: The Return of the King | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Menang | |
2005 | The Aviator | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu | Menang | |
Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | |||
2007 | Notes on a Scandal | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu | Tercalon | |
Babel | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | ||
2008 | Elizabeth: The Golden Age | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Tercalon | |
I'm Not There | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu | Tercalon | ||
2009 | The Curious Case of Benjamin Button | Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem | Tercalon | |
2014 | Blue Jasmine | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Menang | |
2016 | Carol | Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Cate Blanchett biography - AllMovie". AllMovie. Dicapai pada 22 November 2014.
- ^ Wilmoth, Peter (2 March 2008). "Can-do Cate". The Age. Dicapai pada 13 August 2012.
- ^ a b c "Cate Blanchett on madness, motherhood and working with Woody Allen". The Herald (Glasgow). 20 September 2013. Dicapai pada 29 December 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "From Hedda to Streetcar to Vanya: The Many Colors of Cate Blanchett". Playbill. 15 June 2012. Dicapai pada 29 December 2014.
- ^ Stein, Danielle (June 2010). "With a theater company to run and her brood of boys to raise, Cate Blanchett barely has time to be a movie star. Good thing she's a natural". W (magazine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-29. Dicapai pada 26 May 2015.
- ^ a b c Lennan, Jo (2012). "Cate Blanchett, Theatre Boss". Intelligent Life. Economist Group. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ "Cate Blanchett - Celebrity Ethnicity". EthnicCelebs. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "Daybreak: Cate Blanchett discusses 'The Monument Men'". Yahoo!. 4 February 2014. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "Cate Blanchett's Surprising Spy History". Ancestry.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-05. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "Famous alumni on Latham's hit list". Crikey. Dicapai pada 15 January 2010. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b c d e f "Cate Blanchett - Biography". New York Times. Dicapai pada 3 January 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b Lahr, John (12 February 2007). "Disappearing Act". The New Yorker. Dicapai pada 17 February 2015.
- ^ a b "Cate Blanchett To Helm 'Stateless'; Drama Series Has Oz Immigration Focus". Deadline.com. 21 July 2015. Dicapai pada 11 August 2015.
- ^ "Police Rescue: Season 3 Episode 5". LocateTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 5 March 2015.
- ^ "Parklands (1996)". The New York Times. Dicapai pada 23 March 2015.
- ^ "Kathryn Millard". RoninFilms.com.au. Dicapai pada 23 March 2015.
- ^ "1998 Winners & Nominees". aacta.org. Australian Academy of Cinema and Television Arts. Dicapai pada 1 February 2015.
- ^ "NEW CHART: Top Trilogies". Box Office Mojo. 21 September 2004. Dicapai pada 17 October 2007. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "The Goods: Cate Blanchett's 10 Best Performances". Reel Georgia. 18 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada 9 December 2013.
- ^ "The Essentials: 5 Great Cate Blanchett Performances". Indiewire. 23 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 1 March 2015.
- ^ "Cate Blanchett's Top 10 Films". IGN. 13 November 2013. Dicapai pada 3 January 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "ANDREW UPTON". Universiti Sydney. Dicapai pada 27 February 2015.
- ^ "Jacquelin Perske". RGM Artists. Dicapai pada 3 January 2015.
- ^ "Rake - About". ABC Online. Dicapai pada 23 March 2015.
- ^ "Oscars 2007: full list of winners and nominees". The Guardian. London. 26 February 2007. Dicapai pada 1 April 2012.
- ^ Corliss, Richard (3 May 2007). "Cate Blanchett – The 2007 TIME 100". Time. Dicapai pada 1 April 2012.
- ^ Goodwin, Christopher (14 October 2007). "Cate Blanchett as Elizabeth I is no surprise". The Times. UK. Dicapai pada 14 October 2007.
- ^ Hellard, Peta (23 January 2008). "Cate's double Oscar nod". The Australian. Dicapai pada 29 December 2014.
- ^ Roger Ebert (11 October 2007). "Elizabeth: The Golden Age Movie Review (2007)". RobetEbert.com. Dicapai pada 3 January 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Ford, Spielberg and Lucas Talk 'Indiana Jones'". Moviefone. 17 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 27 February 2015.
- ^ "Blanchett gets star on Walk of Fame". The Age. Melbourne, Australia. 6 December 2008. Dicapai pada 21 December 2008.
- ^ Child, Ben (27 November 2008). "English-language cast announced for Miyazaki's Ponyo on the Cliff". The Guardian. London. Dicapai pada 30 November 2008.
- ^ "A Streetcar Named Desire". Syarikat Teater Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-14. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ Healy, Patrick (14 December 2009). "Is Desire Enough to Bring 'Streetcar' to Broadway?". The New York Times. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Blanchett Impresses New York Audience". Newyork.usa.embassy.gov.au. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "Streetcar and When the Rain Stops Falling Earn Sydney Theatre Awards". Playbill. 18 January 2010. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Ragtime, Streetcar, Eclipsed and Antebellum Are Helen Hayes Award Winners". Playbill. 6 April 2010. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "Cate Blanchett to Star in Big and Small at London's Barbican Theatre". Key Brand Entertainment. 30 January 2012. Dicapai pada 6 March 2015.
- ^ "Gross und klein - Wiener Festwochen featuring Cate Blanchett and the Sydney Theatre Company" (PDF). Austria.embassy.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-04-02. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Big and Small - Spectacles - Théâtre de la Ville". Théâtre de la Ville. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Barbican - Sydney Theatre Company : Big and Small (Gross und Klein)". Barbican Centre. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Easter Success: STC's Gross und Klein (Big and Small) a triumph in Paris". Aussietheatre.com. 8 April 2012. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ Tucker, Matthew (14 May 2012). "Cate Blanchett On Stage: 'Gross Und Klein' Review". The Huffington Post. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Evening Standard Theatre Awards: Adrian Lester and his writer wife Lolita Chakrabarti shortlisted". London Evening Standard. 12 November 2012. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Sydney Theatre Company's Big and Small, Starring Cate Blanchett, Opens in London April 14". Playbill. 14 April 2012. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "A LETTER FROM AUSTRALIA: Love Never Dies, Annie, Cate Blanchett, David Williamson and More". Playbill. 1 February 2012. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ "From Hedda to Streetcar to Vanya: The Many Colors of Cate Blanchett". Playbill. 16 July 2012. Dicapai pada 16 March 2015.
- ^ McNulty, Charles (14 July 2012). "In the moment with Cate Blanchett". Los Angeles Times. Dicapai pada 26 May 2015.
- ^ "TOMCAST: UNCLE VANYA, PLUS REVIEWS". Sydneytheatre.com.au. 27 July 2012. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Torn Exclusive: Cate Blanchett, Ken Stott, Sylvester Mccoy, Mikael Persbrandt join cast of Peter Jackson's The Hobbit". TheOneRing.net. Los Angeles, CA. 7 December 2010. Dicapai pada 11 December 2010.
- ^ "'Family Guy': Cate Blanchett + Stewie + exploding wallet = ? -- EXCLUSIVE VIDEO". Entertainment Weekly. 27 April 2012. Dicapai pada 27 February 2015.
- ^ "A look at movie and TV portrayals of Queen Elizabeth II". Daily News. 9 September 2015. Dicapai pada 27 October 201 5. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "The Turning' Trailer: Directed by Mia Wasikowska and Sixteen More". SlashFIlm. 25 June 2013. Dicapai pada 3 January 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "CATE BLANCHETT HEADS JURY OF SECOND IWC FILMMAKER AWARD AT DUBAI INTERNATIONAL FILM FESTIVAL". Dubai Film Festival. 7 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Dicapai pada 15 February 2015.
- ^ "Blue Jasmine". Metacritic. Dicapai pada 28 September 2013.
- ^ Eng, Joyce (2 March 2014). "12 Years a Slave, Gravity Top Oscars". TV Guide. Dicapai pada 12 March 2015.
- ^ "Oscars 2014 Winners Room: Cate Blanchett on being the first Australian actress to win two Oscars". YouTube. 16 November 2013. Dicapai pada 5 March 2014.
- ^ "George Clooney Sets Daniel Craig, Bill Murray, Cate Blanchett, Jean Dujardin For WWII Drama 'The Monuments Men'". Deadline. Dicapai pada November 18, 2012. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "'How to Train Your Dragon 2′: New Image & Details for Cate Blanchett's Character". Screen Rant. Dicapai pada 3 January 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Cate Blanchett flies into Sydney to begin rehearsals with Deborah Mailman for the AACTA Awards". The Daily Telegraph. 19 January 2015. Dicapai pada 24 January 2015.
- ^ "Terrence Malick's 'Knight of Cups' Won't Get U.S. Release Until 2016; 'Weightless' to Be Retitled". The Film Stage. 20 June 2015. Dicapai pada 29 June 2015.
- ^ "Raves for Blanchett, mixed chances for Oscar nominees, Fifty Shades dominates: Short Cuts". Brisbane Times. 18 February 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Cate Blanchett on adopting baby Edith, making Cinderella and heading overseas to live". The Sydney Morning Herald. 28 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015.
- ^ "'Truth', 'Room', 'The Assassin' & A Netflix Title Vie For Specialty Crowds – Preview". Deadline. 16 October 2015. Dicapai pada 16 October 2015.
- ^ "AFM: FilmNation Unveils Back To Back Terrence Malick Films 'Lawless' And 'Knight Of Cups,' With Ryan Gosling, Christian Bale And Cate Blanchett". deadline.com. 1 November 2011. Dicapai pada 3 November 2011.
- ^ Goldberg, Lesley (12 March 2013). "Cate Blanchett Developing 'Cancer Vixen' at HBO". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ Franich, Darren (20 August 2015). "Cate Blanchett, Christian Bale, others join Andy Serkis' Jungle Book' | Inside Movies | EW.com". Dicapai pada 23 August 2014.
- ^ "TERRENCE MALICK'S 'VOYAGE OF TIME' WILL PUSH THE BOUNDARIES OF DOCUMENTARY FORM". Tribeca Film Festival. 4 February 2015. Dicapai pada 27 February 2015.
- ^ "The Lowdown on Terrence Malick's Three New Films". The Hollywood Reporter. 3 September 2014. Dicapai pada 27 February 2015.
- ^ "Cate Blanchett to direct Australian TV drama, Stateless, based on Cornelia Rau". The Guardian. 21 July 2015. Dicapai pada 11 August 2015.
- ^ "Cate Blanchett to Star in Lucille Ball Biopic From Aaron Sorkin". Variety. 2 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
- ^ Kit, Borys (12 November 2015). "Cate Blanchett in Talks to Star in 'Where'd You Go, Bernadette?' Adaptation". HollywoodReporter.com. Dicapai pada 15 November 2015.
- ^ Kroll, Justin (10 December 2015). "Cate Blanchett In Talks for Marvel's 'Thor: Ragnarok'". Variety. Dicapai pada 12 December 2015.
- ^ "Cate Blanchett - Box Office History - The Numbers". The Numbers. Dicapai pada 20 May 2015.
- ^ "Cate Blanchett: Getting married is insanity". People.com. 12 January 2007. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "Cate Blanchett's wedding regrets". Celebrity Bride Guide. 10 December 2008. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "Cat Blanchett and Dashiell hop to it". People.com. 4 December 2009. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "Cate Blanchett gives birth to a son". People.com. 26 April 2004. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "Cate Blanchett welcomes third son, Ignatius Martin". People.com. 13 April 2008. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "Cate Blanchett Has Adopted a Baby Girl". The Hollywood Reporter. 6 March 2015. Dicapai pada 6 March 2015.
Bacaan lanjutan
[sunting | sunting sumber]- Blass, Sandra; Weber, Reinhard (2006). Cate Blanchett (dalam bahasa German). Weber, Fachverlag für Filmliteratur. ISBN 3-9809390-1-4.CS1 maint: uses authors parameter (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
- Eidson, Thomas (2003). The Missing: A Novel (ed. Reprint). Random House Trade Paperbacks. m/s. xii–xiii. ISBN 0812972384.
- Elliott, Peter; Manning, Ned; Saltau, Margaret; Surbey, Elizabeth (2011). "The Dramatic Life: Cate Blanchett". Drama Reloaded. Cambridge University Press. m/s. 173, 185–186. ISBN 052118312X.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Ford, Elizabeth; Mitchell, Deborah (2009). Royal Portraits in Hollywood: Filming the Lives of Queens. University Press of Kentucky. ISBN 9780813125435.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Moran, Albert; Vieth, Errol (2005). Historical Dictionary of Australian and New Zealand Cinema. Scarecrow Press. m/s. 53, 71–72, 414. ISBN 0-8108-5459-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- International Dictionary of Films and Filmmakers: Actors and Actresses. St. James Press. 2000. m/s. xvi, 1613. ISBN 9781558624528. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - Pomerance, Murray, penyunting (2011). "Kate Winslet and Cate Blanchett—The Performance Is the Star". Shining in Shadows: Movie Stars of the 2000s. Star Decades: American Culture/American Cinema. Rutgers University Press. m/s. 10, 182–199. ISBN 081355148X.
- Riggs, Thomas (2007). Contemporary Theatre, Film and Television. 77. Cengage Gale. ISBN 9780787690502.
- Schafer, Elizabeth; Smith, Susan Bradley (2003). Playing Australia: Australian Theatre and the International Stage. Rodopi. m/s. 212−218. ISBN 9789042008175. ISSN 0921-2531.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Tulloch, John (2009). Shakespeare and Chekhov in Production and Reception: Theatrical Events and Their Audiences. University of Iowa Press. m/s. 160, 171, 175–179, 183. ISBN 0877459266.
- Weniger, Kay (2001). Das grosse Personenlexikon des Films. Erster Band, A-C (dalam bahasa German). 1. Schwarzkopf & Schwarzkopf. ISBN 3896023403.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Cate Blanchett. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Cate Blanchett |
- Cate Blanchett di TCM Movie Database
- Cate Blanchett di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Blanchett, Catherine (Cate) Elise di The Encyclopedia of Women and Leadership in Twentieth-Century Australia
- Cate Blanchett: A Life in Pictures, BAFTA webcast