Piala Antara Benua merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang membabitkan pasukan bawah 23 tahun. Persatuan Bola Sepak Malaysia merupakan pengasas kejohanan ini. Edisi sulung kejohanan ini bermula pada 2008 di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, Malaysia.[1]
Pasukan Olimpik Nigeria menjuarai edisi sulung kejohanan ini dengan menewaskan Australia 2-0.