Pergi ke kandungan

Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Merentasi sejarah iklim Bumi (paleoiklim), terdapat dua keadaan iklim jangka masa panjang utama yang saling bersilih ganti setiap jutaan tahun iaitu Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu.[1] Kedua-dua keadaan iklim tersebut tidak boleh terkeliru dengan istilah "tempoh glasier" dan "tempoh antara glasier", yang berlaku pada tempoh Bumi Rumah Air Batu secara bersilih ganti dan cenderung bertahan kurang daripada 1 juta tahun.[2] Terdapat lima tempoh Rumah Air Batu yang diketahui dalam sejarah iklim Bumi, yang dikenali sebagai pengglasieran Huron, pengglasieran Kriogen, pengglasieran Andes-Sahara, pengglasieran Paleozoik Akhir serta pengglasieran Senozoik Akhir.[1] Faktor utama yang terlibat dalam perubahan paleoiklim dipercayai adalah berkaitan dengan perubahan kepekatan karbon dioksida atmosfera (CO2), perubahan orbit Bumi, perubahan pemalar suria dalam tempoh panjang, serta perubahan-perubahan berkaitan lautan dan orogenik yang terhasil akibat kedinamikan plat tektonik.[3] Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu telah memainkan peranan penting dalam evolusi kehidupan di Bumi dengan memaksa penyesuaian dan pemusinggantian biota pada pelbagai skala ruang merentas masa secara langsung mahupun tidak langsung.[4][5]

Garis masa lima tempoh rumah air batu besar yang dikenal pasti, ditunjukkan dalam warna biru. Tempoh-tempoh di antaranya menggambarkan keadaan tempoh rumah hijau.

Bumi Rumah Hijau

[sunting | sunting sumber]

"Bumi rumah hijau" ialah tempoh apabila tiada glasier benua wujud di mana-mana permukaan planet Bumi ini.[6] Selain itu, paras karbon dioksida serta gas rumah hijau lain (seperti wap air dan metana) adalah tinggi, dan suhu permukaan laut (SST) berjulat daripada 28 °C (82.4 °F) di kawasan tropika sehingga ke 0 °C (32 °F) di kawasan kutub.[7] Bumi telah berada pada keadaan rumah hijau selama kira-kira 85% daripada sejarahnya.[6]

Keadaan rumah hijau ini tidak boleh dikelirukan dengan hipotesis kesan larian rumah hijau, yang merupakan titik penghujung yang tidak dapat dipulihkan. Hal ini pula berpadanan dengan kesan larian rumah hijau yang berterusan di Zuhrah.[8] IPCC menyatakan bahawa "suatu 'kesan larian rumah hijau' yang bersamaan dengan (kesan pada) Venus nampaknya hampir tiada peluang untuk didorong oleh aktiviti antropogen."[9]

Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Bumi rumah hijau boleh wujud. Proksi iklim geologi menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kuat antara keadaan rumah hijau dan tahap CO2 yang tinggi.[1] Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap paras CO2 yang tinggi adalah penting untuk ditafsirkan sebagai penunjuk iklim Bumi, bukannya sebagai pemacu bebas. Terdapat fenomena lain sebaliknya berkemungkinan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi iklim global dengan mengubah arus lautan dan atmosfera[10] serta meningkatkan jumlah bersih sinaran suria yang diserap oleh atmosfera Bumi.[11] Fenomena sedemikian mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada peralihan tektonik yang mengakibatkan pembebasan gas rumah hijau (seperti CO2 dan CH4) melalui aktiviti gunung berapi.[12] Gunung berapi membebaskan sebahagian besar CO2 dan metana ke atmosfera apabila ia berstatus aktif, seterusnya berupaya memerangkap haba yang cukup untuk menyebabkan kesan rumah hijau. Di Bumi, kepekatan atmosfera gas rumah hijau seperti karbon dioksida (CO2) dan metana (CH4) adalah lebih tinggi, memerangkap tenaga suria di atmosfera melalui kesan rumah hijau. Metana yang merupakan komponen utama gas asli bertanggungjawab untuk lebih daripada satu per empat daripada pemanasan global semasa. Ia merupakan bahan pencemar yang menggerunkan dengan potensi pemanasan global 80 kali ganda lebih tinggi berbanding CO2 dalam tempoh 20 tahun setelah ia dibebaskan ke atmosfera. Peningkatan dalam pemalar suria meningkatkan jumlah bersih tenaga suria yang diserap ke dalam atmosfera Bumi, [11] dan perubahan dari segi keoblikan dan kesipian Bumi meningkatkan jumlah bersih sinaran suria yang diserap ke dalam atmosfera Bumi.[11]

Bumi Rumah Air Batu

[sunting | sunting sumber]
An illustration of ice age Earth at its glacial maximum.
Lakaran Bumi pada kemuncak pengglasieran Pleistosen.

Bumi kini berada dalam keadaan rumah air batu, dan lembar ais hadir di kedua-dua kutub secara serentak.[6] Proksi iklim menunjukkan bahawa kepekatan gas rumah hijau cenderung untuk menjadi lebih rendah apabila Bumi berada pada keadaan rumah air batu.[13] Begitu juga dengan suhu global menjadi lebih rendah sewaktu keadaan rumah air batu.[14] Bumi kemudian berubah-ubah antara tempoh glasier dan tempoh antara glasier, dan saiz serta taburan lembar ais benua berubah-ubah secara mendadak.[15] Perubahan mendadak lembar ais tersebut mengakibatkan perubahan pada keadaan iklim serantau yang menjejaskan julat dan taburan pelbagai spesies di daratan dan juga di lautan.[4][5][16] Pada skala antara ribuan hingga ratusan juta tahun, iklim Bumi telah beralih daripada selang masa panas kepada selang masa sejuk dalam julat yang membenarkan kemandirian kehidupan. Terdapat tiga tempoh glasier pada eon Fanerozoik (pengglasieran Ordovisi, pengglasieran Karbon, dan pengglasieran Senozoik) yang setiap satunya bertahan berpuluh-puluh juta tahun, dan mengembang kawasan lembar ais ke paras laut di pertengahan latitud. Semasa Bumi berada pada keadaan "rumah air batu", paras laut Bumi secara amnya menjadi lebih rendah, paras CO2 di atmosfera Bumi menjadi lebih rendah, proses fotosintesis bersih dan pengebumian karbon menjadi lebih rendah, dan kevolkanisme lautan juga menjadi lebih rendah berbanding dengan sewaktu keadaan "rumah hijau". Peralihan daripada keadaan rumah air batu Fanerozoik kepada keadaan rumah hijau pada waktu terkemudian bertepatan dengan krisis biota atau peristiwa malapetaka kepupusan, yang memberi indikasi terhadap mekanisme maklum balas biosfera-hidrosfera yang rumit.[39]

Tempoh glasier dan tempoh antara glasier pada keadaan rumah air batu cenderung untuk bersilih ganti mengikut ayunan suria dan ayunan iklim sehingga Bumi akhirnya kembali ke keadaan rumah hijau.[15]

Keadaan rumah air batu semasa bumi dikenali sebagai Zaman Air Batu Kuaterner dan bermula kira-kira 2.58 juta tahun dahulu.[17] Walau bagaimanapun, lembar ais telah wujud di Antartika selama kira-kira 34 juta tahun.[17] Bumi kini berada dalam tempoh antara glasier yang bermula kira-kira 11,800 tahun dahulu.[17] Bumi berkemungkinan akan memasuki satu lagi tempoh antara glasier seperti tempoh Eem, yang berlaku bermula 130,000 sehingga ke 115,000 tahun dahulu, yakni pada zaman apabila kewujudan hutan di North Cape dan Norway serta kewujudan badak air di Sungai Rhine dan Thames boleh diperhatikan dengan jelas.[16] Bumi dijangka akan terus bersilih ganti antara tempoh glasier dan tempoh antara glasier sehingga pemberhentian Zaman Air Batu Kuaterner dan kemudian akan memasuki keadaan rumah hijau yang seterusnya.

Korelasi yang kuat antara tahap CO2 yang rendah dengan keadaan rumah air batu telah terbukti.[18] Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak bermakna penurunan paras atmosfera CO2 adalah pemacu utama peralihan kepada keadaan rumah air batu.[11][18] Sebaliknya, ia mungkin merupakan suatu penunjuk kepada proses solar, proses geologi dan proses atmosfera lain yang sedang berlangsung.[18][10][11]

Antara pemacu-pemacu berpotensi untuk keadaan-keadaan rumah air batu terdahulu termasuklah pergerakan plat tektonik serta pembukaan dan penutupan gerbang lautan.[19] Faktor-faktor pemacu tersebut seolah-olah memainkan peranan penting dalam memacu Bumi ke arah keadaan rumah air batu, kerana pergeseran tektonik mengakibatkan pengangkutan air sejuk pada laut dalam, yang beredar ke permukaan laut dan membantu dalam pembentukan lembar ais di kutub.[7] Contoh peralihan arus lautan akibat perubahan dinamik plat tektonik termasuklah pembukaan Gerbang Tasmania pada 36.5 juta tahun dahulu yang memisahkan benua Australia dan benua Antartika,[20][21] serta pembukaan Laluan Drake pada 32.8 juta tahun dahulu yang memisahkan benua Amerika Selatan dan benua Antartika,[21] kedua-dua gerbang lautan yang terbentuk itu dipercayai menyebabkan pengembangan lembar ais Antartika. Penutupan Segenting Panama dan laluan lautan di kepulauan Indonesia kira-kira 3 hingga 4 juta tahun dahulu mungkin juga menjadi penyumbang kepada keadaan rumah air batu semasa Bumi.[22]

Antara pemacu tercadang untuk Zaman Air Batu Ordovisi ialah evolusi tumbuhan darat. Di bawah paradigma itu, peningkatan pesat dari segi biojisim fotosintesis secara beransur-ansur menyingkirkan CO2 dari atmosfera dan menggantikannya dengan peningkatan tahap O2, yang menyebabkan penyejukan global.[23]

Satu lagi pemandu yang dicadangkan untuk Zaman Air Batu Kuaterner ialah perlanggaran Benua Kecil India dengan benua Eurasia sehingga membentuk banjaran Himalaya dan Penara Tibet.[17] Di bawah paradigma itu, daya angkat benua yang terhasil mendedahkan kuantiti batuan silikat CaSiO3 secara besar-besaran, yang bertindak balas dengan CO2 untuk menghasilkan CaCO3 (kapur) dan SiO2 (silika). CaCO3 akhirnya diangkut ke lautan dan dimakan oleh plankton, yang kemudiannya mati dan tenggelam ke dasar lautan, yang dengan berkesan menyingkirkan CO2 dari atmosfera.[17]

Senarai keadaan rumah air batu dan keadaan rumah hijau

[sunting | sunting sumber]
  • Keadaan rumah hijau berlangsung bermula 4.6 sehingga ke 2.4 bilion tahun dahulu.
  • Pengglasieran Huron - keadaan rumah air batu yang berlangsung dari 2.4 bilion hingga 2.1 bilion tahun dahulu
  • Keadaan rumah hijau bermula dari 2.1 bilion hingga 720 juta tahun dahulu.
  • Tempoh Kriogen - keadaan rumah air batu yang berlangsung bermula 720 hingga 635 juta tahun dahulu yang melibatkan pembekuan seluruh Bumi.
  • Keadaan rumah hijau bermula dari 635 juta tahun dahulu hingga 450 juta tahun dahulu.
  • Pengglasieran Andes-Sahara - keadaan rumah air batu yang berlangsung dari 450 juta sehingga 420 juta tahun dahulu
  • Keadaan rumah hijau bermula dari 420 juta tahun dahulu sehingga 360 juta tahun dahulu.
  • Zaman Air Batu Paleozoik Akhir - keadaan rumah air batu yang berlangsung dari 360 juta tahun dahulu sehingga ke 260 juta tahun dahulu
  • Keadaan rumah hijau bermula dari 260 juta tahun dahulu hingga 33.9 juta tahun dahulu.
  • Zaman Air Batu Senozoik Akhir - keadaan rumah air batu yang bermula 33.9 juta tahun dahulu sehingga ke hari ini.
  1. ^ a b c Summerhayes, Colin P.. (8 September 2020). Palaeoclimatology : from snowball earth to the anthropocene. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-119-59138-2. OCLC 1236201953. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2021. Dicapai pada 17 April 2021.
  2. ^ Paillard, D. (2006-07-28). "ATMOSPHERE: What Drives the Ice Age Cycle?". Science. 313 (5786): 455–456. doi:10.1126/science.1131297. ISSN 0036-8075. PMID 16873636. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17.
  3. ^ P., Summerhayes, C. (13 July 2015). Earths evolving climate : a geological perspective. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-89737-9. OCLC 907811494. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2021. Dicapai pada 17 April 2021.
  4. ^ a b Godfrey, Laurie R.; Samonds, Karen E.; Baldwin, Justin W.; Sutherland, Michael R.; Kamilar, Jason M.; Allfisher, Kristen L. (2020-08-08). "Mid-Cenozoic climate change, extinction, and faunal turnover in Madagascar, and their bearing on the evolution of lemurs". BMC Evolutionary Biology. 20 (1): 97. doi:10.1186/s12862-020-01628-1. ISSN 1471-2148. PMC 7414565. PMID 32770933.
  5. ^ a b Nge, Francis J.; Biffin, Ed; Thiele, Kevin R.; Waycott, Michelle (2020-01-22). "Extinction pulse at Eocene–Oligocene boundary drives diversification dynamics of two Australian temperate floras". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 287 (1919): 20192546. doi:10.1098/rspb.2019.2546. ISSN 0962-8452. PMC 7015341. PMID 31964242.
  6. ^ a b c Understanding Earth's Deep Past. 2011-08-02. doi:10.17226/13111. ISBN 978-0-309-20915-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17.
  7. ^ a b Stella., Woodard (2012). Oceanic and atmospheric response to climate change over varying geologic timescales. [Texas A & M University]. OCLC 805585971. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-18. Dicapai pada 2021-04-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Stella. 2012" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Steffen, Will; Rockström, Johan; Richardson, Katherine; Lenton, Timothy M.; Folke, Carl; Liverman, Diana; Summerhayes, Colin P.; Barnosky, Anthony D.; Cornell, Sarah E. (2018-08-06). "Trajectories of the Earth System in the Anthropocene". Proceedings of the National Academy of Sciences. 115 (33): 8252–8259. Bibcode:2018PNAS..115.8252S. doi:10.1073/pnas.1810141115. ISSN 0027-8424. PMC 6099852. PMID 30082409.
  9. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-09. Dicapai pada 2018-11-02.CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ a b Young, Grant M. (March 2019). "Aspects of the Archean-Proterozoic transition: How the great Huronian Glacial Event was initiated by rift-related uplift and terminated at the rift-drift transition during break-up of Lauroscandia". Earth-Science Reviews. 190: 171–189. Bibcode:2019ESRv..190..171Y. doi:10.1016/j.earscirev.2018.12.013. ISSN 0012-8252. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":62" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ a b c d e Haigh, Joanna D.; Cargill, Peter (2015-06-23). The Sun's Influence on Climate. Princeton University Press. doi:10.23943/princeton/9780691153834.001.0001. ISBN 978-0-691-15383-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":132" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Schmidt, Anja; Fristad, Kirsten E.; Elkins-Tanton, Linda T., penyunting (2015). Volcanism and Global Environmental Change. Cambridge University Press. doi:10.1017/cbo9781107415683. ISBN 9781107415683. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17.
  13. ^ "Review of "Global mean surface temperature and climate sensitivity of the EECO, PETM and latest Paleocene"". 2020-02-14. doi:10.5194/cp-2019-167-rc1. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  14. ^ Zhang, Laiming (2019). "The evolution of latitudinal temperature gradients from the latest Cretaceous through the Present". Earth-Science Reviews. 189: 147–158. Bibcode:2019ESRv..189..147Z. doi:10.1016/j.earscirev.2019.01.025. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17 – melalui Science Direct.
  15. ^ a b Summerhayes, C. P. (2020). Palaeoclimatology : from snowball earth to the anthropocene. Chichester, West Sussex. ISBN 978-1-119-59138-2. OCLC 1145913723. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":03" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ a b van Kolfschoten, Th. (August 2000). "The Eemian mammal fauna of central Europe". Netherlands Journal of Geosciences. 79 (2–3): 269–281. doi:10.1017/s0016774600021752. ISSN 0016-7746. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":152" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  17. ^ a b c d e Rose, James (January 2010). "Quaternary climates: a perspective for global warming". Proceedings of the Geologists' Association. 121 (3): 334–341. Bibcode:2010PrGA..121..334R. doi:10.1016/j.pgeola.2010.07.001. ISSN 0016-7878. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":102" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  18. ^ a b c Woodard, S. C., & Thomas, D. J. (2012). Oceanic and atmospheric response to climate change over varying geologic timescales. by Stella C. Woodard. [Texas A&M University].
  19. ^ SMITH, ALAN G.; PICKERING, KEVIN T. (May 2003). "Oceanic gateways as a critical factor to initiate icehouse Earth". Journal of the Geological Society. 160 (3): 337–340. Bibcode:2003JGSoc.160..337S. doi:10.1144/0016-764902-115. ISSN 0016-7649. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-30. Dicapai pada 2021-04-17.
  20. ^ The Tasmanian Gateway Between Australia and Antarctica: Paleoclimate and Paleoceanography. ODP Preliminary Report. 189. Ocean Drilling Program. June 2000. doi:10.2973/odp.pr.189.2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21. Dicapai pada 2021-04-17.
  21. ^ a b Stant, S.A.; Lara, J.; McGonigal, K.L.; Ladner, B.C. (2004-04-22), "Quaternary Nannofossil Biostratigraphy from Ocean Drilling Program Leg 189, Tasmanian Gateway", Proceedings of the Ocean Drilling Program, 189 Scientific Results, Proceedings of the Ocean Drilling Program, Ocean Drilling Program, 189, doi:10.2973/odp.proc.sr.189.109.2004, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-21, dicapai pada 2021-04-15
  22. ^ Smith, Alan G.; Kevin T. Pickering (2003). "Oceanic gateways as a critical factor to initiate icehouse Earth". Journal of the Geological Society. 160 (3): 337–340. Bibcode:2003JGSoc.160..337S. doi:10.1144/0016-764902-115.
  23. ^ Lenton, Timothy M.; Crouch, Michael; Johnson, Martin; Pires, Nuno; Dolan, Liam (February 2012). "First plants cooled the Ordovician". Nature Geoscience (dalam bahasa Inggeris). 5 (2): 86–89. Bibcode:2012NatGe...5...86L. doi:10.1038/ngeo1390. ISSN 1752-0894. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-20. Dicapai pada 2021-04-17.