Brownies
Brownies | |
---|---|
Pengarah | Hanung Bramantyo |
Penulis | Hanung Bramantyo Salman Aristo Eric Sasono |
Dihasilkan oleh | Cindy Christina Novi Christina Mitzy Christina Leo Sutanto |
Dibintangi | Marcella Zalianty Bucek Depp Philip Jusuf Arie K. Untung Luna Maya |
Sinematografi | Tommy Jepang |
Disunting oleh | Cesa David Luckmansyah |
Muzik oleh | Gigi |
Diedarkan oleh | SinemArt |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 114 minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Brownies ialah filem komedi romantik Indonesia 2004 arahan Hanung Bramantyo. Ia mengisahkan seorang wanita berkerjaya yang jatuh cinta dengan seorang usahawan kerana cinta mereka terhadap brownie.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Marcella Zalianty sebagai Mel
- Phillip Jusuf sebagai Joe
- Elmayana Sabrena sebagai Didie
- Bucek Depp sebagai Are
- Luna Maya sebagai Astrid
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Untuk Brownies, pengarah Hanung Bramantyo menggunakan video definisi tinggi; menurut Bramantyo, ia merupakan filem Indonesia pertama yang menggunakan teknologi itu.[1][2] Bramantyo sebelum ini telah mengarahkan beberapa siri televisyen dan filem, namun Brownies ialah filem pertamanya yang disasarkan menjadi komersial.[3] Tajuknya dipilih kerana Bramantyo menggemari brownies.[4]
Pengkritik filem dan penulis skrip Salman Aristo, yang menunjukkan salah satu skripnya kepada Bramantyo di sebuah seminar, telah diminta untuk menulis lakon layar. Untuk berbuat demikian, Aristo melakukan kajian intensif mengenai penghasilan brownies. Ia buat pertama kalinya salah satu skrip tulisannya telah digunakan dalam sebuah filem.[5]
Marcella telah dipilih oleh SinemArt, sementara Bucek dipilih melalui ujibakat.[1] Kumpulan Gigi menyumbangkan runut bunyi.[2]
Kedai buku Jose Rizal Manua, berdekatan Taman Ismail Marzuki, dijadikan sebagai kafe Are. Pasukan penerbitan membelanjakan sebanyak Rp. 20 juta untuk mengubahsuainya.[1]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Brownies dikeluarkan pada Disember 2004.[4]
Satu ulasan dalam Republika menulis bahawa cerita itu tiada apa yang istimewa dan barisan pelakonnya tidak semua yang memberikan persembahan terbaik. Bagaimanapun, ulasannya memuji runut bunyi filem itu.[2] Leila S. Chudori, mengulas untuk majalah Tempo, menulis bahawa plotnya kuat dan lakonan yang umumnya menakjubkan, namun tidak tertarik dengan dialog panjang filem itu, menulis bahawa beliau "berdoa agar penulis skrip mula belajar teknik untuk menyunting dialog supaya penonton menarik nafas lega."[a][4]
Di Festival Film Indonesia, Bramantyo memenangi Anugerah Citra untuk Pengarah Terbaik untuk Brownies. Beliau kemudian menerbitkan filem-filem yang meraih kejayaan komersial seperti Get Married (2006) dan Ayat-Ayat Cinta, yang mana kedua-duanya menjadi filem yang paling ditonton oleh lebih dari sejuta penonton.[3]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Brownies telah menerima sebelas Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia 2005, memenangi tiga.[6]
Anugerah | Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Festival Film Indonesia | 2005 | Filem Terbaik | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Hanung Bramantyo | Menang | ||
Lakonlayar Terbaik | Hanung Bramantyo, Salman Aristo, Eric Sasono | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Bucek Depp, Arie K Untung | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Marcella Zalianty | Menang | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Elmayana Sabrenia | Tercalon | ||
Sinematografi Terbaik | Tommy Jepang | Tercalon | ||
Tatarias Terbaik | Eros Eflin | Tercalon | ||
Suntingan Terbaik | Cesa David Luckmansyah | Tercalon | ||
Penata Muzik Terbaik | Dewa Budjana | Tercalon | ||
Gubahan Bunyi Terbaik | Siti Asifa Nasution | Menang |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Asal: "... saya berdoa agar para penulis skenario mulai belajar teknik menyunting dialog yang bikin penonton menghela napas."
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Nota kaki
- Bibliografi
- "Brownies: Biarkan Rasa yang Memilih". Republika (dalam bahasa Indonesia). 5 December 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2005. Dicapai pada 13 May 2012.
- "Brownies: Simbol Cinta Yang Tak Semudah Membuatnya". Tabloid Nova (dalam bahasa Indonesia). 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2012. Dicapai pada 13 Mei 2012.
- Chudori, Leila S. (20 Disember 2004). "Sepotong Brownies bagi Remah-Remah Hati". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2012. Dicapai pada 13 May 2012.
- Ismono, Henry (22 Julai 2009). "Salman Aristo, "Rajanya" Skenario Andal" [Salman Aristo, "King" of Quality Screenplays]. Tabloid Nova. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2012. Dicapai pada 27 April 2012.
- Mariani, Evi (23 Mac 2008). "Hanung Bramantyo: Hitting the right marks". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2011. Dicapai pada 28 November 2011.
- "Penghargaan Brownies". filmindonesia.or.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2012. Dicapai pada 13 May 2012.