Pergi ke kandungan

Arnab Kerdil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Brachylagus)

Arnab Kerdil
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Brachylagus

Miller, 1900
Spesies:
B. idahoensis
Nama binomial
Brachylagus idahoensis
(Merriam, 1891)

Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus.

Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.

Arnab Kerdil merupakan arnab yang paling kecil di dunia.[2][3][4][5] Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga sekitar 500 gram (kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya 23.5 hingga 29.5 sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit daripada yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang yang kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor.

Taburan arnab kerdil merangkumi sebahagian besar Lembangan Besar dan sesetengah kawasan antara gunung yang berdekatan, di rantau barat Amerika Syarikat[6]. Arnab kerdil dijumpai di Montana barat daya dari sudut paling tenggara berdekatan sempadan Idaho di utara Dillon dan Bannack di Kaunti Beaverhead[7]. Arnab kerdil terus bertaburan ke arah timur hingga Idaho selatan dan Oregon selatan, dan ke selatan hingga Utah utara, Nevada utara, dan California timur. Populasi terpencil juga dijumpai di Washington [8] and Wyoming [9].

Taburan aras tinggi arnab kerdil di negeri Nevada menjangkau 4,494 hingga 7,004 kaki (1,370–2,135 m), dan di California pula 4,986 hingga 5,298 kaki (1,520–1,615 m) [6].

Arnab Kerdil Lembangan Columbia jantan baka tulen yang terakhir, hanya ditemui di Kaunti Douglas, Washington, mati di Zoo Oregon di Portland, pada 30 Mac 2006; yang baka tulen betina pula mati pada tahun 2008.[10] Rancangan pengacukan yang dianjurkan oleh Zoo Oregon, Universiti Negeri Washington dan Northwest Trek sedang cuba memelihara susun galur genetiknya dengan membiakkan arnab betina yang ada dengan Arnab Pigmi Idaho.[11]

Templat:USDA

  1. ^ Beauvais, G.P., Sequin, E., Rachlow, J., Dixon, R., Bosworth, B., Kozlowski, A., Carey, C., Bartels, P., Obradovitch, M., Forbes, T. & Hays, D. (2008) Brachylagus idahoensis di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 February 2010.
  2. ^ George Gilbert Goodwin, Frederick Drimmer (1954). The Animal kingdom: the strange and wonderful ways of mammals, birds, reptiles, fishes, and insects; a new and authentic natural history of the wildlife of the world, Volume 1. Cornell University. m/s. 246.
  3. ^ George C. Goodwin (1962). Small mammals. Cornell University.
  4. ^ Sharon Sharth (1999). Rabbits. m/s. 12. ISBN 156766587X.
  5. ^ Meet the World's Smallest Rabbit, October 14, 2009
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r8
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r4
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r2
  9. ^ Campbell, Thomas M., III; Clark, Tim W.; Groves, Craig R. 1982. First record of pygmy rabbits (Brachylagus idahoensis) in Wyoming. Great Basin Naturalist. 42(1): 100
  10. ^ National Geographic – Editor's Note – January 2009
  11. ^ Captive breeding offers hope for near-extinct pygmy rabbits

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]