Bot penampang
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Bot penambang terdapat di tebing sungai Perak kerana tidak ada jambatan melintasi Sungai Perak yang lebar. Ada beberapa lokasi di mana bot penampang dijalankan. Suatu ketika dahulu bot penambang terdapat di Pasir Salak , Kampung Gajah ,Teluk Intan dan Kuala Kangsar.
Tambangya murah iaitu 30 sen sahaja untuk satu hala. Biasanya motosikal , basikal dan barang-barang boleh diletakkan di dalam bot penambang. Pelajar sekolah menengah akan menaiki bot penambang untuk ke Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela yang terletak di Kampung Gajah.
Setelah adanya jambatan dbina pada tahun 1987 merentasi Sungai Perak antara Kampung Gajah dan Pasir Salak , pengusaha bot penambang tidak dapat cari makan, terpaksa mencari pekerjaan lain. Antara pengusaha bot penambang yang terlibat ialah di Kampung Pasir Salak, Selat Pulau, Bandar Tua , Kampung Air Mati dan Kampung Pebayan.
Di Kuala Kangsar , bot penambang juga tidak beroperasi lagi kerana tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Walaupun tambangnya semurah kuih 30 sen, perkhidmatan ini telah ditamatkan.
Tambahan pula bot dah bocor dan tidak lagi menguntungkan dan tidak mampu menampung kos perkhidmatan yang semakin meningkat.
Kini bot penampang diganti dengan dua bot yang membawa pengunjung belayar selama 30 minit menyusuri Sungai Perak setiap hujung minggu di tebing Kuala Kangsar.
Bermula dari Jeti Bot Penambang, penumpang dibawa belayar menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil, kemudian berpatah balik sehingga sampai ke Jeti Padang Kawad berhampiran Istana Iskandariah.
Perkhidmatan menyusuri Sungai Perak bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang, dengan kapasiti 15 penumpang dewasa dan setiap bot dilengkapi jaket keselamatan.
Tiba di Jeti Padang Kawad, pengunjung boleh mengelilingi bandar diraja ini menaiki bas persiaran melalui pakej ‘Chandan Trail’ bermula di Istana Iskandariah, Muzium Diraja Kuala Kangsar dan Galeri Sultan Azlan di Bukit Chandan.