Boneka (lagu Ernie Zakri)
"Boneka" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ernie Zakri | ||||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Dilancarkan | 24 Julai 2020 | |||
Format | ||||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:50 minit | |||
Syarikat | Rocketfuel Entertainment | |||
Penulis | Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh | |||
Penerbit | Omar K | |||
Kronologi Kronologi single Ernie Zakri | ||||
| ||||
"Boneka" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Boneka" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Ernie Zakri.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya.[2][3] Ia dikeluarkan pada 24 Julai 2020 oleh Rocketfuel Entertainment.[4]
Latar belakang dan komposisi
[sunting | sunting sumber]"Boneka" ialah hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dan berdurasi selama 3 minit dan 50 saat.[5] Lagu ini berkisarkan tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasih, namun dia kuat dan tabah mengharungi dugaan perpisahan itu kerana dia bukanlah 'boneka' yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.[5][6] Ernie Zakri berkata dalam satu temuramah bersama Sinar Harian:
"Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki,".[5]
Proses rakaman lagu ini dijalankan di Enormus Studio milik Omar K,[7] dan mengambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan.[8] Menurut Ernie, beliau tidak mempunyai masalah bekerja dengan Omar K kerana sudah beberapa kali beliau dan Omar bekerjasama, ia juga menjadi kerjasama sulung beliau bersama dua komposer baharu, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.[8] Beliau turut mendedahkan rakaman "Boneka" sempat dijalankan sebelum penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.[5]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi untuk "Boneka" telah dilancarkan di saluran YouTube Rocketfuel Network pada 24 Julai 2020.[9] Ia difilemkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pemulihan sekaligus menjadi muzik video Ernie pertama yang menampilkan beliau memakai tudung.[10][11] Menurut Ernie, idea untuk merakamkan muzik video itu datang daripada dirinya sendiri sambil menyatakan "saya nak sesuatu yang baharu".[12]
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Ernie mendedahkan beliau turut mengambil inspirasi fesyen yang digayakan oleh penyanyi Singapura, Rahimah Rahim untuk penataan fesyen bagi muzik video "Boneka".[13]
Biarpun mendapat ulasan positif daripada penonton dan warganet kerana mempamerkan gaya fesyen yang pelik dan unik,[14][15] ia turut mendapat kritikan kerana ia menggunakan terlalu banyak kain seolah-olah seperti di kedai tekstil.[9][16] Ernie kemudian meluahkan rasa gembira kerana konsep yang dibawa dalam muzik video "Boneka" mendapat perhatian di media sosial sambil berkata "kalau itu membuatkan mereka mengingati lagu Boneka, mengapa tidak?".[9] Muzik video "Boneka" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 750,000 tontonan sejak pelancarannya, ia turut menduduki carta sohor kini YouTube.[12][17] Ia juga turut mendapat perhatian daripada sensasi YouTube luar negara.[12]
Di belakang tabir penggambaran muzik video "Boneka" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 25 Ogos 2020.[18]
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Dalam ulasan retrospektif mengenai lagu ini, Nur Emira Saizali dari Kosmo! menyifatkan "Boneka" membeli jiwa pendengar sambil berkata: "...Malaysia memerlukan karya-karya hebat seperti "Boneka". Mungkin Ernie (Zakri) menjadi penanda aras untuk lahirnya naskhah hebat yang mampu mencabar penggiat seni lain demi melahirkan sesuatu yang epik...,".[19] Syafil Syazwan Jefri dari Harian Metro pula menakrifkan "Boneka" sebagai "satu nafas segar buat lagu yang dipopularkan oleh Ernie jika dibandingkan dengan karya dinyanyikan sebelum ini", beliau juga menambah "walaupun muziknya kedengaran seperti ada corak eksperimen, itu tidak menjejaskan kualiti vokal Ernie yang sudah diakui sangat cemerlang".[20]
Persembahan secara langsung
[sunting | sunting sumber]Bagi mempromosikan "Boneka", Ernie Zakri mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 3 Ogos 2020,[21] MPop! di TV9 pada 24 Ogos[22] dan meleTOP di Astro Ria pada 8 September.[23]
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Kredit diperoleh daripada muzik video.[24]
- Lagu
- Ernie Zakri - vokal
- Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh - komposer/penulis lirik
- Muzik video
- Kel Wen - pengarah/penerbit
- Praveen Kumar - pengarah fotografi
- Abdol Monir - pembantu kamera I
- Faisal Rahman - Gaffer
- Rusman Bahari - Grip
- Kelson - penyunting/pewarna
- Behati - busana
- Abu Shaef Hamza - penggaya
- Amir Salleh - pembantu penggaya
- Farhanah Fauzy - pembantu penggaya
- Nurhidayah Idris - pembantu penggaya
- Sahir Sabri - jurusolek
- Boojae Fadzil - koreografi
- Ayana Mansor - pembantu koreografi/penari
- Shadida Madina - penari
- Raja Aizureen - penari
- Emma Tosh - penari
- Meyra Sam - penari
- Nadhirah Rahmat - penari
- Min Mohamed - pengarah seni
- Jan Chan - Propmaster
- Ravi - pembantu pengarah seni
- Feros Sayna - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Aqilah Maria - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Shaikh Affiz - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Fahmi Mahamuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Alif Shah Jamil - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Amir Yasin - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Amin Aizuddin - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Faqar Azmi - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Shaakendraa - pasukan penerbitan Rocketfuel
- Carlos Khu - terima kasih
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital[25]
- "Boneka" – 3:50
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 24 Julai 2020 | Muat turun digital[25] Media penstriman[26] |
Rocketfuel Entertainment |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri bawa penampilan dan rentak berbeza dalam 'Boneka'". FEMAG Online. 28 Julai 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ Fendi Ghafar (25 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Suara.TV. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ a b c d Aqmar Mustaza (29 Julai 2020). "Boneka: Ernie wakili wanita ditinggalkan kekasih". Sinar Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Boneka mempertahankan martabat perempuan - Ernie Zakri. Gempak TV. 12 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri bukan boneka! Nak bantu mereka yang dalam gundah". Kita Reporters. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ a b Fiza Kamarudin (27 Julai 2020). "Ernie rakam single Boneka dalam masa satu hinhga dua jam sahaja, Wow!". Astro Gempak. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ a b c Norfaezah Sakri (26 Julai 2020). "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen - "Seni itu subjektif dan besar maksudnya". mStar Online. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Julai 2020). "Ernie Zakri jaga aurat dalam muzik video". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (4 Ogos 2020). "Berkarya tanpa batasan". Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Khai Azfar (27 Julai 2020). "Peminat anggap 'Boneka' Ernie Zakri berhantu". Murai.my. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Budiey (26 Julai 2020). "Fesyen unik Ernie Zakri dalam video muzik Boneka curi tumpuan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Qistina (28 Julai 2020). "'Bakal juara AJL ni' - Penampilan pelik Ernie Zakri dalam Boneka buat peminatnya teruja". Hijabista. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Tampilkan babak kedai kain dalam MV Boneka, Ernie Zakri gembira dapat curi perhatian netizen". Suria. 27 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Teruja Boneka trending di YouTube". Harian Metro. 28 Julai 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ "Boneka: Behind The Scenes". Ernie Zakri Official. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Nur Emira Saizali (22 Ogos 2020). "Boneka beli jiwa pendengar". Kosmo!. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Ogos 2020). "Eksperimen cemerlang, muzik, vokal". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ "Malaysia Hari Ini - Artis Jemputan: Ernie Zakri". Malaysia Hari Ini. 3 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri - Boneka: Persembahan Secara Langsung". MPop!. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri - Boneka: Persembahan Live MeleTOP". meleTOP. 9 September 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Boneka" (catatan media). Ernie Zakri. Rocketfuel Entertainment. 24 Julai 2020.CS1 maint: others (link)
- ^ a b "Boneka - Single by Ernie Zakri". iTunes (MY). 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Boneka - Single by Ernie Zakri". Spotify. 24 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.